BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ancaman Penipuan Digital Kian Serius, Kerugian Hampir RM3 Bilion

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Ancaman Penipuan Digital Kian Serius, Kerugian Hampir RM3 Bilion​

a35d359f4f3fcb8edf184b870dee0f0669703570aa1c9

Pengerusi Jawatankuasa Pencegahan Jenayah dan Pemulihan Berkaitan Dadah (MCPF) Datuk Kamarudin Md Ali bercakap pada sesi temu bual mengenai topik “Jerat Halusinasi: Antara Penjara dan Jalan Pemulihan” di Felda Bukit Waha

Malaysia merekodkan lebih 66,000 kes penipuan dalam talian dengan kerugian kira-kira RM2.97 bilion tahun lepas, sekali gus mencerminkan ancaman semakin serius daripada sindiket yang memanfaatkan platform digital, kecerdasan buatan (AI) dan teknik manipulasi sosial.

Ahli Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) merangkap Presiden Persatuan Graduan-Graduan British Malaysia (BGAM) Datuk Kamarudin Md Ali berkata kegiatan penipuan kini bukan lagi kes terpencil, sebaliknya berkembang menjadi cabaran serius di peringkat nasional yang memberi kesan kepada individu, keluarga dan perniagaan.

“Usaha memerangi ancaman ini memerlukan tanggungjawab bersama, dengan setiap rakyat yang mempunyai pengetahuan dan kesedaran menjadi benteng tambahan dalam menghadapi penipu,” katanya dalam ucapan alu-aluan pada Siri Syarahan BGAM: Kesedaran Penipuan 2.0 - Tindakan dan Pencegahan di HELP University di sini hari ini.

Siri syarahan itu dirasmikan Canselor Asia e University, Pengerusi pertama MCPF dan bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Dr Syed Hamid Albar yang turut menyampaikan ucapan perasmian.

Program setengah hari anjuran BGAM dengan kerjasama HELP University dan The Hainan Professional and Graduate Team Malaysia (HPGTM) itu menghimpunkan pemimpin kerajaan, pakar penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan siber, pengamal industri, ahli akademik serta orang ramai bagi membincangkan ancaman penipuan dan jenayah berasaskan siber yang semakin meningkat.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf pula berkata Asia Tenggara kini menjadi pusat utama jenayah komersial dunia dengan kerugian akibat penipuan di rantau ini pada 2025 dianggarkan antara USD88 bilion (RM359.91 bilion) hingga USD114 bilion (RM466.25 bilion).

Dalam ucaptamanya, Ramli berkata pusat operasi sindiket penipuan terancang di Myanmar, Kemboja, Laos dan Filipina dianggarkan menjana kira-kira USD40 bilion (RM163.59 bilion) setahun, dengan kegiatan itu semakin didorong oleh penggunaan teknologi deepfake berasaskan AI, pengubahan wang haram menerusi mata wang kripto serta eksploitasi mangsa pemerdagangan manusia dari lebih 80 negara sebagai buruh.

Beliau berkata Malaysia telah memperkukuh usaha membanteras jenayah berkenaan menerusi Akta Keselamatan Siber 2024, peningkatan pematuhan terhadap piawaian Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF) serta penyelarasan lebih erat antara agensi menerusi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).

“Bagaimanapun, sindiket penipuan terus berkembang dengan pantas, justeru memerlukan kerjasama lebih kukuh, inovasi teknologi serta usaha berterusan meningkatkan kesedaran awam,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register