BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Alibaba Sekali Lagi Suntik Dana Ke Lazada, Kali Ini Berjumlah RM1.5 Bilion

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Alibaba, gergasi edagang dari China yang turut memiliki Lazada, kini sekali lagi melakukan suntikan dana ke Lazada, dimana ia dilakukan kali ketiga untuk tahun ini. Buat kali ketiga ini, ia berjumlah $342.5 juta, iaitu sekitar RM1.5 bilion mengikut kadar tukaran matawang semasa. Lazada sebelum ini telah melalui perubahan tampuk pengurusan beberapa kali, dan kali terakhir ia dilakukan pada Jun lepas.

Arena e-dagang sendiri dilihat mengalami sejumlah perubahan, dengan angka tempahan yang berkurangan berbanding ketika era Covid-19, disamping cabaran yang dibawakan oleh TikTok Shop akhir-akhir ini.
1670844716661.png
 
Alibaba Melakukan Suntikan Dana Tambahan Ke Lazada Hampir RM1.5 Bilion

Alibaba
sedia menyatakan akan mengasingkan pelbagai operasi dan jenama kepada perniagaan berasingan sebelum ini. Namun, ia tidak menghentikan mereka daripada melakukan suntikan dana tambahan ke platform-platform dibawah mereka. Melalui data terkini, Alibaba didapati telah melakukan suntikan dana berjumlah $353 juta di Lazada, iaitu sekitar RM1.5 bilion mengikut kadar tukaran matawang semasa.

Dengan suntikan dana terbaru ini, Lazada dijangka akan terus bersaing secara aktif dengan pesaing mereka Shopee, disamping turut menyiapkan diri untuk pesaing-pesaing baharu termasuk TikTok Shop dan juga VIPShop yang akan tiba.

Sumber asal https://www.techinasia.com/alibaba-pumps-353m-lazada-spinoff-plans
 
Alibaba Menyuntik Dana Tambahan Baharu Ke Lazada Berjumlah Lebih RM3.8 Bilion

Alibaba kini nampaknya terus menyokong Lazada, dan telah melakukan suntikan dana baharu berjumlah $845 juta (~RM3.8 bilion). Suntikan dana ini dijangka akan terus membantu Lazada dalam bersaing di arena edagang, disamping turut memperluaskan lagi perkhidmatan. Baru-baru ini juga, Lazada telah mula mengintegrasi teknologi ChatGPT dalam membantu pengguna melakukan pembelian.

Pada hari ini, di Malaysia sahaja, Lazada menerima saingan dari beberapa pihak, termasuk Shopee dan juga TikTok Shop. Mengikut data yang dihimpunkan berasaskan pembelian sebelum ini, Lazada memegang sekitar 19% pasaran sahaja di Malaysia, berbanding Shopee berjumlah 78%. TikTok Shop yang baharu dimulakan sedia mempunyai pegangan sekitar 3% di arena edagang di Malaysia.

Sumber asal https://www.scmp.com/tech/big-tech/...lazada-chinese-e-commerce-giant-eyes-overseas
 
Back
Top
Log in Register