BTC USD 84,913.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al kisah

Mr-jack

Fun Poster
Messages
539
Paid Membership
Joined
Jul 21, 2006
Messages
539
Reaction score
0
Points
10
Di sebuah kampung yang diberi nama Kg. Kuali Lebam Sebatang....
tinggallah
seorang janda beranak satu...Senah namanya.
Anaknya nak kata budak
tidak...nak kata tua pun
tidak tapi perangai...masyaalah! ngalah kan setan aprait.... Mereka
hidup takler senang...hidupnya kais pagi makan pagi...kais petang makan
petang.
Nama anak Si senah nie orang panggil
Dak Atan... SiAtan nie kurang ajar
orangnya....hobi utama dia lumba
motor
haram....oleh sebab perangainya tak serupa orang .maka maknyapun tak
kuasa nak layan kerenah anaknya tuh! nak dijadikan cerita....
Suatu hari tuh Atan teringinkan sebuah
motor...selama nih pun kalau Si
Atan
teringin nak ber-racing dia pinjam dari
kekawannya...tapi kali nih dia
tak
berpeluang lagi disebabkan kawannya dah serik pinjamkan motor kat
dia...maklumlah ganas dan gelojoh dan rakus sangat. so, dia paksa ler
maknya belikan sebuah motor yang canggih!!!
dengan kurang ajarnya Atan
berkata " oii! kau!! aku nak motor" . Dengan lemah maknya jawab " mana
aku nak cekau duit Atan oii?"
Atan bengang lalu dengan biadapnya Atan berkata lagi" Aku tak kira orang
tua!!! kalau aku kata aku nak...aku naklah!!! besok aku nak tengok motor
tuh dah ada depan mata aku.. FAHAM????" maka keesokkan harinya
tersedialah motor tuh utk SiAtan...sebulan selepas tuh...
Senah teringin nak minum
air
teh BOH.. Disuruh anaknya belikan serbuk teh tu....Dengan angkuhnya Atan
melenting..........
Atan: Apa ??? ko nak aku belikan teh semata2 untuk ko, dengan naik motor
aku yg canggih nih?? mana boleh!!! Tak glamour!!!!
Mak: tak pe kalau ko tak nak tolong aku !!
Dengan sedih Senah menahan sabar...Lepas tuh Atanpun blah ngan motornya
((pergi Racing)) ... Nasib Atan agak malang..dia mati katak dlm
kemalangan ketika berlumba ((padan muka)) ...maka mayatnya pun
dikebumikan dengan selamat... semua sanak saudara sedih atas kematian
Atan kecuali emaknya....
Kemudian ketika orang menyiram air mawar di pusara Atan..maknya enggan
menyiram pusaranya ngan air mawar.. tetapi maknya menggunakan air
TEH.......lalu... maknya berkata "kerana teh la anak aku mati..."
Sedang maknya sibuk menyiram...tetiba...kubur Atan merekah..maka semua
yang ada disitu lari lintang pukang ..tak cukup tanah kecuali
Senah..(.emaknya)
lepas tuh....atan keluar dari kubur dan bertentang mata dgn maknya..
Lalu
dengan tak semena2 mulut Atan bergerak dan berkata dengan
lantang.........
"Teh BOH ada UMMMPPHHHH !!!!!!"
:( :( :(
 
Last edited:
Al-kisah..... adalah satu kampung ni..nama kampung
ni kampung pinang 18 batang.kat kampung ni orang
ramai idup aman dan bahagia. Dalam kampung yang
aman ni... ada la sorang laki ni. Nama dia
Ali(nama sebenar). Ali ni orang gila kat kampung
ni. So... ramai la yang pandang slag kat dia.
Ramai la yang suka memainkan dia.. nak dijadikan
cerita...


Pada suatu hari... si Ali ni gi la masjid nak
semayang jumaat... ey... ni educated nyer orang
gila tau... semayang tak tinggal. Contohi lah dia
ni. Sedangkan orang gila pun semayang... korang
yang siuman ni pun semayang la gak ek... ok,
sambung citer.

Lepas si Ali ni semayang jumaat, dia nak balik la
kan. So... masa dia nak balik tu tetiba dia tengok
selipar jepun kesayangannye dah takdek. Aper
lagi... mengamuk la dia...

Tanpa segan silu dia pun pegi la dekat mikrofon
masjid tu lalu dia pun berkata: "kepada sesiapa
yang mencuri selipar aku, baik ko pulang
cepat.!!!!!!!..."


Semua orang menjadi takut... ye la... orang gila
kan... memacam dia buleh buat. Buatnya dia tetak
anak bini orang kang... ha... naya.."kepada
sesiapa yang curik selipa kesayangan aku tu...
baik ko pulang cepat. Kalau tak aku akan buat
seperti mana ayah aku buat!!!" lalu orang yang
curik tu pun pulang la balik.

"nah la bang... gurau jek"

Tapi Ali memandang nyer dgn muka yang serius...
muka macam nak makan orang gitu... haa... lalu
budak yang curi selipa dia tu pun blah tanpa
memandang ke arah Ali... takut la tue... lalu tok
imam pun menegur Ali dan bertanya; "kalau dia tak
pulang apa yang akan kamu lakukan..?? apa yang
ayah kamu lakukan..??" dengan suara dan wajah yang
slamber..Ali pun berkata

"saya balik kaki ayam la tok.."
 
Ada seekor burung kakak tua yang sangat cerdik dan mempunyai pandangan mata
yang sangat tajam sehingga boleh menembusi apa-apa halangan yang menutup matanya (Transparent le tu... )

Setiap pagi burung ini akan bertenggek di dalam sangkarnya yang tergantung di tingkap. Rumah tuan punye burung ni terletak di antara sekolah rendah dan kuaters guru

Setiap pagi ada 3 orang cikgi melintas di hadapan rumah tuan punye burung ni dari sekolah ke kuaters guru, oleh itu hari-hari lah burung ni perhati 3 orang cikgi yang bertutup litup tuh ke hulu ke hilir... ke hulu, ke hilir... ..

Setiap hari burung ni tengok cikgi-cikgi tu atas bawah, atas bawah.. Bila dia boring dia menyanyi -nyanyi... . tak pun, dia akan baca skrip cerita sembilu 2... lama-lama makin boring pulak... so dia ternampak le si cikgi-cikgi tu berderet jalan slow-slow nak pergi ke sekolah

Burung ni pun kuyu-kuyukan mata dia... then tonyoh tonyoh sikit mata dia... dah tu dia kibas-kibas kan kepak dia... pas tu dia jerit kuat-kuat... .

"BELANG!! PUTIH!! BIRU!!!"

Cikgi-cikgi tadi sama-sama menoleh ke arah burung tu dan pandang ke depan semula. Mereka jalan cepat-cepat... Sampai di sekolah mereka cuma saling pandang memandang... ..

Keesokan harinya cikgi-cikgi tu pun macam biasa lalu depan burung tu lagi. Bila balik ke rumah kuaters guru, burung tu buat dek je... bila cikgi ni nak ke sekolah, burung tu jerit lagi... ... .

"PUTIH!!! BUNGA-BUNGA!!! PINK!!!"

Cikgi-cikgi tu terkejut... dan berjalan cepat-cepat lagi..sampai di sekolah depa pun tanya sesama depa... ..cikgi pertama bercakap "camna burung kakak tua tu tau warna sepender yang kita pakai?"
Cikgi kedua menjawab "Tak tau pulak ... . ahli
sihir ke apa ntah... .." .

Cikgi ketiga mencelah "Alah ..kebetulan je agaknyer... .. tak pe, kita tengok besok pulak camana... "

Keesokan hari nya macam biasa... pagi-pagi cikgi-cikgi tu lalu depan rumah burung tu... . burung tengah bersenam memusing-musingkan kepaknya 360 darjah... ... .."Iyah! iyah! lapan lapan lagi... satu... dua... " dan seterusnya.

Bila cikgi ni nak ke sekolah, lalu lagi depan burung... . Burung pun tengok... . dia jerit lagi..

KELABU!! HIJAU!! PURPLE!!"

Cikgi-cikgi berlari-lari anak tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Setiba di sekolah guru mereka berbicara lagi... Cikgi pertama "Memang betul apa yang burung tu cakap... . heh, apa nak buat hah?". Cikgi kedua "Kita mesti buat something untuk uji burung tu... ".Cikgi ketiga... ."Aku tau... apa kata esok kita semua
pakai color hitam". "Okey... Set!!!!!" balas depa... ..

Keesokan harinya... ... sama juga... . bila< ke sekolah, burung tu jerit lagi...

HITAM!!HITAM!!!HITAM!!!!"

Cikgi-cikgi tu berlari anak lagi... .di sekolah mereka berbincang... . cikgi pertama "Nampak nya burung tu mempunyai pandangan mata yang transparent... "
Cikgi kedua "Atau pun dia cuma boleh kenal warna... .". Cikgi ketiga... "Betul tu, mungkin dia dah di latih untuk meneka warna, tapi tidak dilatih untuk meneka bentuk. Kengkawan, apa kata esok kita jangan pakai sepender langsung."

"Orait!! Set!!" depa jawab.

Keesokan hari nya, lagi sekali macam biasa Di waktu pagi burung buat dek je... . bila cikgi-cikgi tu nak ke sekolah, burung tu tengok... . ditenungnye lama-lama... cikgi-cikgi tu mula tersenyum dan jalan slow-slow... ... sambil toleh-toleh kat burung tu... burung tu tengok lagi... . dia naik-naikkan matamacam Ziana Zain gitu... .dah tu pusing belakang... dia tengok lagi dengan cara menonggeng... ..dah tu dia pandang ke depan balik... . dia garu-garu kepala... dah tu usap-usap
dagu... ..dia cekak pinggang... .. dah tu burung tu
pegang dagu lagi... pastu dia senyum... ..dia jerit lagi kuat kali ni...

"LURUS!!! LURUS!! KERINTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Cikgi-cikgi ni terus lari sampai tak cukup tanah gamak nyer... ..
 
Banyak citer ko pagi2 ni MJ hehe...
tak tau nak baca mana satu dulu ni :p
 
MALAM PERTAMA



Seorang lelaki bernama Baskon yang baru saja menjalani malam pertama bersama isterinya, menceritakan tentang kemusykilannya kepada seorang kawan, Abon.

"Wah, gila juga! Ternyata memang benar," ujar Baskon. "Kebiasaan yang sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin."

"Sebenarnya apa yang berlaku semalam?" si Abon ingin tahu.

"Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka
melanggan perempuan."
"Ho oh."
"Nah, terus malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, tanpa sengaja aku memberikan wang RM 100 pada isteri aku."

"Wah, gila kau!" Abon terperanjat. "Bagaimana? Isteri kau marah?"

"Itulah masalahnya," Baskon menjawap. "Dalam keadaan separuh sedar dia menjawab, Terima Kasih Bang, datang lagi ya... !":p :p
 
Back
Top
Log in Register