BTC USD 84,853.7 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aku dan Baitullah

Al-jib

Fun Poster
Messages
522
Joined
Jun 13, 2011
Messages
522
Reaction score
148
Points
23
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Ini adalah pertama kali saya menulis di sini. Entah kenapa hati ini terasa begitu ingin untuk menulis di sini. Jiwa ini begitu meronta-ronta untuk berkongsi pengalaman mengerjakan ibadah umrah di tanah suci pada 16 Mei lepas. Mungkin ada yang akan menganggap tulisan saya ini hanya untuk menunjuk-nunjuk atau apa-apa sahaja. Demi ALLAH saya hanya sekadar berkongsi pengalaman saya sahaja dan menguraikan perasaan yang terbuku di hati ini dan barangkali memang sudah ditakdirkan saya akan bercerita tentang perkara ini. Semoga pengalaman saya ini dapat memberi manfaat kepada rakan-rakan yang sedang membaca.

Saya ringkaskan cerita ini, setelah bersiap-siap dari hotel di Madinah kami pun menuju ke Makkah untuk menunaikan umrah menaiki bas yang disediakan syarikat pengurusan umrah. Semua jemaah telah siap mengenakan ihram masing-masing kerana mengikut program setelah tiba ke Makkah kami semua akan terus mengerjakan ibadah umrah. Bagi saya inilah kali pertama menjejakkan kaki ke tanah suci dan perasaan teruja untuk melihat secara 'live' kaabah itu hanya ALLAH sahaja yang tahu. Perjalanan dari Madinah ke Makkah mengambil masa 6 jam dan kami berhenti di sebuah tempat Miqat untuk berniat ihram dan menunaikan solat jamak Maghrib dan Isya'.

Perjalanan diteruskan dan pada jam 9 malam kami mula memasuki kota Makkah. Alhamdulillah, kelihatan dari jauh terang benderangnya Masjidil Haram seterang bulan purnama di malam hari. "Ya ALLAH hambamu ini datang menyahut seruanmu", bisik hati kecil saya. Setibanya di hotel, kami berehat sebentar di bilik masing-masing kerana bas tersebut akan menghantar sebilangan jemaah yang menginap di hotel yang lain pula. Perasaan saya mula melonjak-lonjak untuk melangkah ke dalam Masjidil Haram, mana tidaknya sepanjang perjalanan tadi terbayang-bayang suasana di tengah-tengah Masjidil Haram dan bagaimana syahdunya ketika memandang Kaabah, kiblat seluruh umat Islam. Dalam hati ini bersungguh-sungguh beranggapan saya akan menangis berjurai-jurai air mata memandangkan saya ini memang sedikit lembut hatinya. Jika menonton drama-drama ketuhanan dan mendengar ceramah tentang Rasulullah SAW pasti saya akan menangis paling tidak pun bergenang air mata. Maka mana mungkin saya tidak akan menangis jika betul-betul berada di tengah-tengah tempat yang paling berkat di bumi bersama-sama jutaan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia dan berpakaian ihram pula! Dua helai kain tidak berjahit simbolik kepada alam kubur dan alam akhirat setelah kita dibangkitkan nanti.

Jam sudah pun menunjukkan pukul 11 malam dan kami dibimbing oleh seorang Mutawif berjalan kaki memasuki Masjidil Haram. Jarak hotel kami ke pintu masuk masjid hanyalah 40 meter sahaja, pendek kata memang turun sahaja tangga hotel terus masuk pintu masjid. Memang ramai manusia pada malam tersebut memandangkan cuti minggu di sana dan mengikut kata Ustaz semasa kursus di tanah air, pergolakan yang tercetus di kebanyakan negara Arab menyebabkan ramai yang datang ke sini. "Barangkali manusia itu akan lebih mengingati Tuhannya bila musibah melanda", kata Ustaz itu berseloroh.
Ketika melangkah masuk melalui 'King Abd Aziz Gate' perasaan saya semakin teruja namun dalam masa yang sama mata ini tidak boleh terlepas pandang takut nanti terpisah pula dengan Mutawif di hadapan. Ada juga perasaan risau takut tak nampak pula Kaabah tu, cerita yang biasa kita dengar di tanah air. Takut juga kan, maklumlah kita ini manusia biasa tidak terlepas dari melakukan dosa. Alhamdulillah dapat juga saya melihat Kaabah dengan mata kepala sendiri. Setelah itu kami dibawa untuk melakukan tawaf sebanyak 7 kali bermula dari kedudukan Hajarul Aswad. Pada masa itu manusia punyalah ramai, tak dapat dibayangkan bagaimana agaknya keadaan pada musim Haji.

Hah, pada ketika tawaf inilah cerita saya bermula. Saat tawaf yang pertama lagi saya mula merasakan sesuatu yang aneh pada diri saya. Tatkala memandang Kaabah itu sendiri dan melihat manusia-manusia yang bercucuran air mata mengelilinginya, terlintas dalam fikiran saya betulkah apa yang semua orang sedang buat ini dan kenapa pula saya mengeliling bangunan hitam ni. "Bangunan batu segi empat ini ke yang saya tengah keliling. Apa rasionalnya saya dan orang-orang di sini mengeliling bangunan batu ini". Sampaikan saya merasakan seperti orang *****. Astaghfirullahalazim... Begitu dahsyat bisikan syaitan dalam diri saya ini. Padahal sebelum berangkat ke sini saya telah melengkapkan pengetahuan sedikit sebanyak berkenaan Makkah dan Kaabah melalui pembacaan. Yakin saya pada kehebatan Kaabah dan Kota Suci Makkah ketika di tanah air seolah-olah hati ini begitu hampir kepadanya. Tak sangka begini pula jadinya.

Saya tetap melawan godaan tersebut dengan berselawat dan menyebut nama ALLAH namun bisikan itu semakin kuat. Seolah-olah saya sedang bertarung dengan diri saya yang satu lagi, bersama-sama tawaf dengan saya menghasut dan menidakkan keimanan saya kepada ALLAH. Hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa terseksanya batin saya ketika itu. Serangan demi serangan ditujukan pada batin saya. "Takkanlah kau tidak yakin pada ALLAH dan mensyirikkan Nya pula, sia-sialah pengorbanan kau datang ke sini jika kau pulang dengan murka ALLAH", lawan hati saya. Manakala bisikan syaitan masih kuat menerobos minda seolah-olah angin kuat yang datang secara tiba-tiba menerbangkan sisa-sisa iman yang masih ada. Sepanjang pusingan tawaf itu jiwa saya bertarung dengan bisikan-bisikan yang tidak berkesudahan. Sehinggakan tubuh saya menjadi letih seperti orang yang kehabisan tenaga.

"Ya ALLAH, kuatkanlah imanku, jauhilah aku dari sifat syirik dan terimalah ibadahku". Itulah doa saya sepanjang mengelilingi Al-Kaabah sambil memandang ke langit. Selesai 7 pusingan, kami melakukan solat sunat tawaf di hadapan Maqam Ibrahim yang terletak berhampiran dengan Hajarul Aswad. Ketika solat hati saya masih tidak tenteram dan tidak khusyuk. Padahal Maqam Ibrahim adalah salah satu kawasan yang mustajab untuk berdoa. Selesai solat 2 rakaat kami menempuh ribuan manusia untuk ke tempat saei, Bukit Safa dan Marwah. Sepanjang saei itu pun saya masih diganggu oleh bisikan-bisikan tersebut seolah-olah ada awan hitam berjerebu di dalam minda saya. Setelah Saei dan bertahallul (gunting sekadar 3 helai rambut) tiba-tiba sahaja bisikan itu menghilang, penat seketika tadi pun sudah hilang. Ibarat hari yang cerah setelah mendung. Terukir wajah kegirangan pada rakan-rakan jemaah yang lain, saya pula hanya mampu berpura-pura senyum. Langkah kaki ini begitu layu dan longlai saat pulang ke hotel. Mulut ini masih berdoa agar ALLAH menerima ibadah tadi.

Mengapa keadaan jadi sebegitu fikir saya sedangkan impian untuk menjejakkan kaki ke sini begitu besar dan saya bukanlah orang yang melakukan dosa besar seperti kisah-kisah yang pernah saya baca di internet dan di majalah (wallahua'lam harap-harapnya tidak). Ternyata ALLAH itu maha mengetahui dalam menguji hambanya. Masakan tidak, sebulan sebelum berangkat ke tanah suci baru nak jaga solat. Itu pun ada solat yang terlambat waktunya dah hampir-hampir hendak masuk waktu solat yang berikutnya dek kerana kesibukan kerja. Niat solat itu pun dah jadi berubah dengan sendirinya, solat supaya tidak kena pembalasan 'cash' dekat Makkah daripada niat solat kerana ALLAH.

Dalam mengerjakan ibadah seharian pun saya berpegang pada prinsip Islam itu 'mudah'. Janji kita solat, berpuasa dan ikut suruhan agama kira lepaslah tanggungjawab kita. Ya, memang benar Islam itu mudah tetapi tanpa ilmu pengetahuan, bagaimana kita hendak praktikkan Islam dalam kehidupan seharian. Dalam bab solat misalnya, yakinkah kita solat itu benar-benar diterima, betulkah setiap rukun qalbi, fi'li dan qauli nya? Yakinkah kita bahawa rukuk dan sujud kita itu sempurna? Cukupkah dengan solat lima waktu sahaja dapat mempengaruhi berat sebelah amalan baik dari sebelah amalan mungkar pada Neraca Al-Mizan kelak? Huh, rasa hendak menangis bila difikirkan semula. Tapi saya bukan ustaz mahupun imam muda, belum layak berceramah agama.

Berbalik kepada cerita saya tadi, setelah beristighfar panjang dan membuat 'post mortem' terhadap diri sendiri, Alhamdulillah hari-hari yang berikutnya disertai keindahan dan kemanisan semanis kurma Ajwa' kurma Nabi. Ibadah umrah kedua dan ketiga (pada hari-hari bebas yang telah dijadualkan oleh syarikat pengurusan umrah) dapat saya laksanakan dengan tenang, tiada lagi bisikan-bisikan bertandang.

Pengajaran berharga yang saya peroleh dari pengalaman ini ialah saya terlalu memandang mudah terhadap apa jua amalan apatah lagi ibadah wajib kepada setiap individu iaitu ibadah fardhu ain. Pernahkah anda terfikir bilakah kali terakhir anda belajar fardhu ain? Ambil solat lima waktu sebagai contoh, kali terakhir kita belajar cara mengerjakan solat ialah ketika di sekolah rendah atau sekolah menengah. Sedangkan ilmu solat itu perlu di 'upgrade' supaya menjadi lebih mantap. Itu belum lagi bab hukum tajwid lagi tu..huhu.. Lemahnya iman saya ini seumpama nipisnya kulit bawang. Sekarang baru terfikir macam mana nanti hendak mengatasi fitnah Dajjal di akhir zaman ini sedangkan bacaan surah Al-Fatihah pun belum tentu betul setiap sebutannya.

Itulah sahaja coretan saya walaupun ada lagi cerita-cerita menarik sepanjang berada di sana. Biarlah saya simpan cerita-cerita tersebut buat rakan-rakan terdekat saya. Nasihat saya kepada rakan-rakan, jika berkesempatan ke sana, pergilah segera. Jangan ditangguh lebih-lebih lagi kita sekarang berada di akhir zaman. Lawatlah makam Junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan perbanyakkan selawat ke atas baginda mudah-mudahan memperoleh syafaat di hari akhirat kelak. ALLAH telah memberikan saya satu pengalaman yang amat bermakna yang membuatkan saya melihat dunia ini dalam kaca mata yang berlainan. InsyaALLAH semoga kita menjadi umat yang terbaik, mati dalam keimanan dan hidup kekal dalam Jannatun Naim.
Wassalam.
 

Attachments

  • 114.4 KB Views: 34
Last edited:
peh...ak rase kalo bro buat perenggan lagi cntik
serabut nk bce gtu
 
mencabar gak baca artikel tak berperenggan nih..

ejas ler sikit2
 
Seperti yg kita ketahui bahwa ka'bah adalah rumah Allah yg disucikan`Nya.
Yang merupakan simbol Islam yg kental akan unsur suci.
Unsur dari suatu lambang kesucian dlm sejarah Islam.

Apa arti hirarki dari sejarah ka'bah itu sendiri adalah,
Dimana pd zaman jahililah merupakan suatu tempat pemujaan bagi kaum fasik, siriq dan musryik.
Yang pada akhirnya ka'bah menjadi simbol penting dlm islam itu sendiri pada jaman Rasulullah Saw.

Ka'bah bisa diibaratkan suatu cerminan hati.
Cerminan sikap diri manusia..
Dan cerminan sifat, tabiat dan habit dari manusia itu sendiri..

Diketahui bahwa ka'bah adalah rumah Allah,
Kiblat bagi umat muslim sebagai tempat perantara antara makhluk ciptaan`Nya dan Tuhan`Nya...,
Yaitu tempat persembahan antara manusia dgn pencipta`Nya.
Dan ka'bah merupakan tempat ritual yg sakral bagi umat muslim pada khususnya.

Ka'bah merupakan cerminan hati suatu kaum...
Seperti yg kita lihat bentuk dari ka'bah itu adalah persegi 4.
Dimana bisa kita lihat pada diri manusia itu sendiri terdapat 4 unsur penting dlm diri.
Yaitu terdapatnya arti dari unsur 4 yg ada pada manusia.
Yaitu unsur tanah, api, angin dan air.
Dimana ke 4 unsur itu yang lazimnya dikenal dalam pelajaran Islam yaitu..
4 unsur hawa nafsu yang ada dlm diri manusia itu sendiri.

Ka'bah merupakan cerminan hati bagi suatu makhluk.
Dimana ka'bah merupakan rumah bagi Allah dan selalu suci dan bersih.
Dan Ka'bah itu sendiri bisa kita aplikasikan ke dalam diri kita sendiri yaitu antara diri jasab dgn Ruh..

Dimana rumah (ka'bah) itu di ibaratkan jasab bagi diri kita sendiri..
Ya memang kita hrs memiliki rumah yg suci dan bersih dari kotoran,
Dan selalu terjaga dari 4 unsur hawa nafsu yg ada pada diri kita sendiri.

Bila ke 4 unsur itu bisa kita kendalikan dgn baik maka rumah kitapun akan tercerminkan sifat, tabiat dan karatker sebagai manusia yg sempurna.
Sempurna disini dalam artian bisa mengusai atas ke 4 unsur yg ada dlm diri kita sendiri.

Kabah adalah rumah kita, dan kita berhak memelihara ke 4 unsur yg sangat terpenting bagi diri kita demi kelangsungan hidup kita sebagai manusia ciptaanNya.

Yuk saatnya kita lebih bebenah diri, islah diri, mengontrol diri dan intropeksi diri,membersihkan rumah kita sendiri, agar rumah kita selalu terjaga dari hal yg tidak di sukai Allah.

Orang yg tdk bisa mengendalikan ke 4 unsur hawa nafsu yg ada dlm diri kita sendiri adalah orang yang selalu diperbudak oleh hawa nafsunya.
Celakalah ia dan itu merupakan perbuatan yg tidak mendatangkan manfaat byk bagi dirinya sendiri.

Orang yang selalu bisa menjaga rumahnya dan bisa mengendalikan ke 4 hawa nafsunya adalah manusia yg bisa mengendalikan atas dirinya dan ia bisa menjadi raja dlm dirinya sendiri.
Hal itu akan mendatangkan kebarokahan dan rahmat yg indah dan suci dariNya.

Bersihkanlah Ka'bah mu dari hal yg mengotorinya.
Ka'bah adalah cerminan hatimu.
Ka'bah adalah rumah bagi kita dlm menyikapi ke 4 unsur yg selama ini menghiasi diri kita sendiri.
Hiasilah apa yg ada dlm diri agar dirimu selalu bersih, suci dan selalu dalam anugerahNya.
Amin 99x

“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati itu semua akan ditanya” (QS. Al-Isra’: 36)

p/s: aku copy dari FB jugak tapi bukan fb aku, fb org lain

 
Back
Top
Log in Register