BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Aksi di Paroi tangguh, 15 pemain KL City diserang influenza

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

Aksi di Paroi tangguh, 15 pemain KL City diserang influenza​

3622777.webp

KL City tidak dapat meneruskan aksi Liga Super menentang Negeri Sembilan susulan 15 pemain mereka dijangkiti influenza. FOTO: FB KUALA LUMPUR CITY.

NEGERI Sembilan FC (NSFC) dan Kuala Lumpur (KL) City tidak dapat membuka kempen Liga Super 2026/2027 seperti dijadualkan apabila aksi pertama kedua-dua pasukan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, petang ini ditangguhkan susulan penularan influenza dalam kem KL City.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu dibuat selepas menerima permohonan rasmi KL City berikutan 15 pemain dan dua pegawai pasukan mengalami simptom demam, batuk, selsema dan cirit-birit.

"Kuala Lumpur City FC dalam permohonan rasmi itu menyatakan 15 pemain dan dua pegawai pasukan mengalami simpton demam, batuk, selsema dan cirit-birit menerusi surat laporan perubatan kepada MFL.

"Menurut kelab itu, semua pemain dan pegawai akan dirujuk ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling untuk rawatan lanjut memandangkan penyakit itu mudah merebak dan memerlukan masa bagi tujuan pemulihan," menurut kenyataan MFL.

MFL berkata, selepas menilai permohonan berkenaan serta keadaan yang dihadapi KL City, pihaknya memutuskan perlawanan itu tidak dapat dilangsungkan bagi mengutamakan kebajikan dan kesihatan pemain serta pegawai kedua-dua pasukan.

"MFL bagaimanapun akan membawa perkara ini ke peringkat Ahli Lembaga Pengarah untuk membuat keputusan mengenai status perlawanan itu dalam masa terdekat," kata MFL.

Saingan Liga Super 2026/2027 dibuka secara rasmi semalam menerusi aksi Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) menewaskan Kuching City 3-0.

Perlawanan NSFC menentang KL City sepatutnya berlangsung pada jam 5 petang ini.
 
Back
Top
Log in Register