BTC USD 75,879.3 Gold USD 4,332.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Akauntan MyCARE Gaza Maut Dalam Serangan Rejim Zionis

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80
eaaad714779caa01a47ff27f6d8f760568b69a38b10b0

Kredit : Fb MyCARE

Akauntan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Gaza, Nour Al-Din Tayser Mustafa Dababesh terbunuh dalam serangan kejam rejim Zionis pada 2.30 petang semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE Kamarul Zaman Shaharul Anwar dalam kenyataan hari ini berkata serangan itu turut mengorbankan isteri, nenek, kakak dan dua anak saudaranya manakala empat anaknya cedera.

“Pengurus MyCARE Gaza Dr Ziad Shehada memaklumkan perkara itu kepada ibu pejabat MyCARE melalui Telegram. Nour telah berkhidmat bersama MyCARE Gaza sebagai akauntan sejak awal penubuhan pada 2014 dan bertanggungjawab menguruskan kewangan MyCARE di Gaza.

“MyCARE menyifatkan syahidnya beliau adalah satu kehilangan besar dan amat tragis kerana beliau telah menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah. Dr Ziad melaporkan saban hari kawasan kejiranannya dibedil bom dan situasi sukar ini turut dirasai seluruh warga MyCARE,” katanya.

Kamarul Zaman berkata pada Jun tahun lepas, juruvideo MyCARE Anas Ashour turut terkorban.

Beliau turut menggesa pihak antarabangsa untuk terus memberikan tekanan kepada Israel agar menghentikan pembunuhan ke atas rakyat Palestin, menghormati undang-undang antarabangsa, mengembalikan hak rakyat negara berkenaan dan membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

“Terus titipkan doa buat saudara kita di Palestin. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi dan mengurniakan kekuatan buat mereka dalam menghadapi ujian ini,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register