BTC USD 83,952.9 Gold USD 4,180.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Air-Antara Kebesaran Allah

private_eye217

Active+ Member
Messages
2,724
Joined
Aug 12, 2008
Messages
2,724
Reaction score
47
Points
30
Pada pagi Sabtu seorang hamba Allah telah menghadiri kuliah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah Mahmood.

Ada satu cerita menarik yang saya kira bagus untuk kita kongsi bersama. Ustaz menceritakan bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar di Istana Hotel yang disampaikan oleh seorang rakyat Jepun yang menunjukkan hasil kajian nya mengenai Air.Contoh-contoh diambil dari sungai, laut dan merata-rata tempat. Dikaji molikul-molikul air itu dan dengan menggunakan mikroskop serta projektor maka dipancarkan keputusannya dilayar putih.Maka keluarlah bermacam-macam rupa bentuk susunan molikul air tersebut. Ada yang menakutkan dan ada yang menggerunkan.Apabila diambil air zam zam, maka keluarlah cahaya yang bersinar dengan susunan molikul yang tersusun lagi cantik.Kemudian disuruh pula dibacakan ayat-ayat suci dan zikir-zikir pada air biasa. Apabila diuji, air tersebut juga bercahaya. Untuk menguatkan lagi bukti maka diambil air biasa juga dan air tersebut dimaki hamun dengan perkataan yang hudoh, maka keputusannya, tergambarkan gambaran yang menakutkan.
Subhanallah.....
Air kosong yang kita minum dan guna hari-hari pun tahu betapa agungnya ayat-ayat Allah. Bagaimana kita yang setiap saat dan detik ini menghirup dan menikmati rahmat Allah. Tidak terfikir kah kita? Semoga orang Jepun tersebut mendapat hidayat dan memeluk Islam. Dalam seminar itu hanya segelintir sahaja orang Islam yang hadir. Itulah lebih kurang yang saya ingat. Kalau sahabat-sahabat ada maklumat lanjut, ingin juga saya kongsi bersama.
:):):):)cgrock
 
ade gambar x bro..3ngin jgk nak nengok rupa air tuh?
 
Back
Top
Log in Register