Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,559
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,559
- Reaction score
- 7,740
- Points
- 916
Filem yang baik adalah hasil sinergi beberapa elemen penting, termasuklah lakon layar, naratif, terjemahan karakter dan perihal teknikal lain seperti skor muzik dan sinematografi. Semua yang disebutkan itu terkandung dalam sebuah mahakarya berjudul Aadujeevitham – The Goat Life. Pertama sekali, syabas buat pengarah, merangkap penulis dan juga penerbit bersama bernama Blessy. Sejujurnya, Aadujeevitham – The Goat Life yang diadaptasi daripada novel terlaris 2008 dengan judul sama diterjemahkan cukup terbilang pengarah terbabit.
Mengisahkan seorang imigran atau pendatang asing bernama Najeeb dari India yang mencuba nasib di Arab Saudi, filem berkenaan membentangkan realiti erti kepayahan dan keperitan mencari sesuap nasi di negara orang. Itu sedikit sinopsis tentang Aadujeevitham – The Goat Life yang secara peribadi boleh disifatkan antara pengalaman sinematik terhebat pernah dirasai walaupun sekadar melunaskan tontonan di platform Over-The-Top (OTT), Netflix.

Sinergi lakonan luar biasa antara dua watak iaitu Najeeb Muhammed (kiri) dan Ibrahim Khadiri (lakonan Jimmy Jean-Louis) yang berkomunikasi dalam dua bahasa berbeza di tengah ‘kesesatan’ padang pasir. Keduanya, Aadujeevitham juga dikukuhkan dengan dampak sinematografi dan visual yang cukup mempesona. Kebanyakan adegan berlatar padang pasir. Produksi karya berkenaan tahu bagaimana untuk merakamkan babak-babak ‘penting’ dan menusuk masuk tepat ke sanubari setiap penonton.
Ada satu babak, Najeeb (lakonan Prithviraj Sukumaran) cuba melarikan diri daripada cengkaman majikan orang Arab, namun terbantut tidak sampai beberapa langkah apabila mendapati tubuh seorang pekerja lain yang mati tertimbus di padang pasir sedang dipatuk kawanan burung helang.
Itu masih berbekas dalam fikiran penulis sehingga sekarang.