BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

NFT 95% NFT Kini Tidak Lagi Mempunyai Sebarang Nilai

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Masihkah anda ingat awal tahun 2021 media sosial dilanda deman NFT. Token yang tidak boleh diubah ini dinobatkan sebagai pelaburan baharu yang menguntungkan. Selebriti luar negara dan tempatan berebut-rebut melancarkan koleksi NFT mereka tersendiri dengan pelbagai janji manis mengenai ia bukan sekadar koleksi gambar beruk. Kita kini di penghujung 2023 dan dappGambl melaporkan 95% koleksi NFT di pasaran sekarang langsung tidak mempunyai nilai.
1695454960069.png

dappGambl menganalisa 73,257 koleksi NFT dan pada ketika 69,795 daripadanya mempunyai nilai 0 ETH. Dianggarkan sebanyak 23 juta pelabur kini mempunyai koleksi NFT langsung tidak bernilai. Hanya sekitar 1% koleksi NFT yang didapati mempunyai nilai melebihi $1000 pada waktu ini seperti koleksi Bored Ape Yacht Club. Walaupun demam NFT sudah berakhir, masih terdapat koleksi-koleksi baharu dilancarkan tahun ini. Di Malaysia komuniti NFT yang dahulunya agak aktif kini sudah mengecil dengan terdapat beberapa kontroversi mengenai penipuan yang tular beberapa bulan yang lalu.​
 
NFT mmg xde nilai pun..dia cuma sebagai identiti secara digital benda tu milik siapa je..

Bored ape yacth club lain sebab ada benefit club..nft lain mana ada benefit apa2 pun..
 
NFT crypto ni actually hanya sebahagian permainan minda opportunist utk generate money opportunity, not more than that. Zaman skrg ni yg selalu terpengaruh ialah yg selalu follow contents2 dari influencer atau dari viral. Sebab tu senang NFT ni nak famous dan senang jadi tak famous. Yg membezakan antara investor2 crypto ialah due diligence dan pengalaman.
 
Back
Top
Log in Register