BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

900 ular terlepas semasa banjir diburu

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,702
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,702
Reaction score
97
Points
80

900 ular terlepas semasa banjir diburu​

ULAR-VIRAL.jpg

TANGKAP layar menunjukkan penduduk kampung cuba menangkap ular-ular yang terlepas. - AGENSI

BEIJING – Penduduk di selatan China menyertai pasukan penyelamat memburu beratus-ratus ular yang terlepas dari sebuah ladang ternakan ular yang tenggelam selepas Taufan Maysak menyebabkan banjir di Hengzhou, Wilayah Autonomi Guanxi Zhuang, lapor laman berita VnExpress.

Rakaman video kejadian menunjukkan penduduk kampung di kawasan yang ditenggelami air menggunakan jala untuk menangkap ular.

Malah, seekor ular tedung dilihat  muncul dari dalam air banjir sebelum penduduk meneruskan pencarian dan menangkap semula ular yang masih hidup.

Pihak berkuasa tempatan berkata, dianggarkan 800 hingga 900 ekor ular termasuk spesies tedung berbisa, terlepas apabila ladang di Hengzhou itu dilanda banjir, Isnin lalu.

Seorang penduduk kampung turut dipatuk ular dan kini  menerima rawatan kecemasan.

Menurut media tempatan, banjir menyebabkan takungan air di Liulan dan Yunbiao pecah seterusnya menenggelamkan komuniti di kawasan rendah serta menghanyutkan beberapa ladang ternakan ular berskala kecil.

Pihak berkuasa menggerakkan pasukan kecemasan untuk menangkap semula reptilia yang terlepas dan memberi amaran kepada penduduk agar mengelakkan kawasan banjir sepanjang operasi dijalankan. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register