BTC USD 81,545.2 Gold USD 4,131.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

9/11 ialah konspirasi

Biasaler.. Tapi derang tetap menafikan.. Cam negera kita jgk.. Acaner betul sekali pun berjuta alasan tetap diberikan..

sebab negara kita pun...termasuk dalam agenda...

eskatologi
 
yg lakukan 9/11 tu org2 amirika dgn zionis. yg jadik mangsa ye org2 Islam. Tapi kira bagus skang ni dh ramai org2 amirika dh sedar dan tahu sapa yg buat, dan ramai yg tak percaya org2 Islam yg buat..
 
mmg false flag pun 9/11 ni.. banyak perkara yg mencurigakan...

laknat kapir penyembah setan..
 
20 tahun konspirasi 9/11

WASHINGTON: Tahun ini genap 20 tahun berlakunya serangan ke atas bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, Amerika Syarikat (AS) yang mengorbankan lebih 3,000 nyawa.

Serangan pada 11 September 2001 itu turut menggemparkan Pentagon apabila sebuah pesawat menghentam ‘kota pertahanan’ utama AS itu selain sebuah lagi terhempas di Pennsylvania.

Namun bagi Heather Bauer, jauh di sudut hatinya, ulang tahun 9/11 kali ini adalah ‘lain daripada yang lain’ yang dirasainya.

Menurutnya, peristiwa itu bukannya berkaitan ‘tumbangnya’ menara berkembar WTC atau jatuhnya pesawat di Pentagon serta di Pennsylvania.

Daripada versi yang diterima – bahawa al-Qaeda melakukan serangan itu – dia sendiri percaya kerajaan AS bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang berlaku.

Itulah antara ‘kepalsuan’ yang ‘dipromosikan’ di pelbagai acara memperingati ulang tahun ke-20 peristiwa 11 September.

“Saya mempersoalkan semuanya sekarang,” katanya.

Menurut Bauer, perkara itu termasuk Covid-19 yang beliau sendiri tidak mempercayainya.

Bauer, seorang suri rumah di Wisconsin, berusia 14 tahun ketika serangan 11 September berlaku.

Beliau mempercayai ‘jalan cerita’ itu selama bertahun-tahun tetapi selepas mempercayai teori konspirasi QAnon, Bauer kembali melihat kisah 9/11.

Bauer ketika ini berpendapat serangan itu disusun untuk ‘menghalalkan’ perang di Iraq yang berlaku pada 2003.

Bauer merupakan ‘penganut’ setia pergerakan konspirasi 9/11 dengan anggotanya selalu membincangkan mengenai bukti runtuhnya bangunan WTC.

Menurut mereka, WTC runtuh bukannya disebabkan serangan pesawat tetapi isu teknikal lain.




SEORANG lelaki berdiri di sebalik kesan runtuhan bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001. – AFP

‘NEGARA KONSPIRASI’

Bauer turut mendedahkan pergerakan yang dianggotainya turut membincangkan asal-usul Covid-19 dan vaksin.

Edisi ke-17 ‘Festival Filem Kebenaran 9/11’ yang akan berlangsung di Oakland, California dan disiarkan secara dalam talian, memaparkan dua dokumentari yang berkaitan dengan pandemik, termasuk ‘plandemic’, sebuah dokumentari yang membongkar ‘kepalsuan mengenai virus’.

Carol Brouillet, penganjur acara dan pengasas Northern California 9/11 Truth Alliance, berkata: “Terlalu banyak yang mahu didedahkan.”

Menurutnya, jumlah kandungan kebenaran di sebalik 9/11 sangat besar.

Salah seorang panel undangan, Ken Jenkins sendiri telah menghasilkan puluhan video berkaitan 9/11.

Jelasnya, teori konspirasi 9/11 adalah yang pertama mendapat perhatian melalui akses internet termasuk mengenai pembunuhan John F. Kennedy dan ekspedisi mendarat di bulan.

“Amerika adalah negara konspirasi yang unik,” kata Garrett Graff, seorang wartawan dan pengarang buku mengenai perkara itu.

Dengan adanya internet, katanya, teori kebenaran 9/11 dapat mencapai jangkauan yang lebih besar dan cepat daripada konspirasi sebelumnya.

‘DARI ANTRAKS KEPADA PANDEMIK’

Graff berkata, konspirasi 9/11 tiba pada saat yang tepat di mana media sosial dan media dalam talian seperti YouTube membolehkan sesiapa sahaja ‘menyebarkan idea’ dengan cara yang luas.

Seperti kumpulan Brouillet, Jawatankuasa Peguam untuk Inkuiri 9/11 yang akan bersidang sempena ulang tahun ke-20 peristiwa itu selain membincangkan mengenai Covid-19.

Acara dinamakan ‘From 9/11-Anthrax to the pandemic’ itu merujuk kepada surat-surat yang mengandungi racun yang dihantar kepada wartawan dan ahli politik pada September 2001.

Bagi Mick Harrison, seorang peguam di Indiana, hubungan antara antraks pada 2001 dan virus Covid-19 pada hari ini sangat jelas.

“Kerana kami meneliti sejarah AS mengenai senjata biologi untuk kes antraks, kami sekarang bimbang mungkin ada ‘masalah yang berterusan’ dengan penggunaan senjata biologi di negara ini,” kata Harrison.

Ketika ditanya mengenai mengapa mereka berjuang untuk menidakkan naratif berusia 20 tahun yang sudah disahkan, Bauer dan Harrison, kedua-duanya mengatakan mereka melihatnya sebagai tugas sebagai seorang rakyat.

“Saya berusaha menjadikan negara ini lebih baik dengan menjadikan pemerintahannya lebih demokratik, lebih bertanggungjawab, lebih telus.

“9/11 adalah masalah besar dalam hal itu, kerana kami masih tidak mengetahui kebenaran tentang apa yang terjadi,” jelas Harrison. – AFP

 
Aku nak caya bulat2 pun susah....

1. Semua bende dalam pesawat hancur, kecuali paspot2 perampas :LOL:
2. Bangunan tumbang macam diletupkan
3. Wtc7 yang takde kene mengena pun tumbang
4. Flight93 jatuh atau ditembak?
5. Berlaku pada hari latihan besar2an ajensi kerajaan dan takde satupun pesawat tempur di kawasan tu yang bawa peluru hidup

Kombinasi serangan dalaman atau dibiarkan berlaku untuk tujuan kayakan kroni minyak dan military

Handal betul juruterbang AQ dengan latihan beberapa jam je. Cuma rempuh wtc tinggi sangat
 
Tapi yang aku pelik kenapa Amerika mesti buat 9/11. Dia kan ade kuasa pergi je lah serang Iraq kenapa sampai nak bunuh rakyat sendiri. Nak kata dia tak de kuasa Veto ade & backup dari nato sekali
Ada veto pun mana boleh serang tanpa sebab. Semua pemimpin nak tinggalkan legasi positif.

Ada jugak terbaca teori asbestos. Katanya pemilik wtc akan bengkrap nak kene ganti asbestos dalam bangunan. Lagi senang je runtuhkan, dapat insuren.
 
Dua lagi korban 9/11 dikenal pasti selepas 20 tahun

1198836.jpg

Gambar diambil kakitangan Perkhidmatan Rahsia AS ketika serangan ke atas WTC, New York pada 11 September 2001 yang tidak pernah didedahkan kepada umum. - Foto: Agensi

NEW YORK - Penyiasat kota metropolitan New York, Amerika Syarikat (AS) mengenal pasti dua lagi identiti korban tragedi 9/11 menjelang ulang tahun ke-20 serangan menggemparkan itu pada Sabtu ini.

Ketua Pejabat Pemeriksa Perubatan (OCME), Barbara A Sampson memaklumkan mereka menggunakan analisis DNA untuk proses kenal pasti identiti Dorothy Morgan dan seorang lelaki yang namanya tidak didedahkan atas permintaan keluarganya.

Laporan itu menjadikan kedua-duanya menjadi mangsa ke-1,646 dan ke-1,647 yang berjaya dikenal pasti daripada 2,753 yang disahkan terkorban di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

"Kira-kira dua dekad lalu, kami telah berjanji kepada waris keluarga korban serangan WTC untuk melakukan segala termampu bagi mengenal pasti identiti insan tersayang mereka yang terbunuh.

"Kami telah menunaikan janji itu. Kami tidak akan pernah lupa, tidak kira berapa lama masa berlalu sejak insiden 11 September 2001. Kami berjanji menggunakan segala peralatan yang ada untuk memastikan mangsa yang 'hilang' dapat disatukan semula dengan keluarga mereka," jelasnya.

Difahamkan, Morgan dikenal pasti menerusi ujian DNA terhadap mayat yang ditemui pada 2001 manakala identiti lelaki tidak dinamakan itu diperoleh berdasarkan keputusan ujian terhadap mayat ditemui pada 2001, 2002 dan 2006.

Menurut OCME, proses pengenalpastian identiti baharu itu dibuat menggunakan teknologi penjujukan DNA generasi akan datang yang lebih sensitif dan pantas berbanding teknik DNA konvensional.

"Sains akan terus digunakan untuk mengenal pasti lebih banyak identiti. Komitmen pada hari ini masa sama seperti 20 tahun lalu," kata Penolong Pengarah Jabatan Biologi Forensik OCME dan Pengurus Pasukan Pusat Pengenalpastian DNA di WTC, Mark Desire. - Agensi

Info:

- Kira-kira 1,106 mayat korban tragedi 9/11 belum dikenal pasti secara rasmi.

- Ketika kejadian pada 11 September itu, dua pesawat merempuh WTC manakala pesawat ketiga dan keempat terhempas di Pentagon serta Pennsylvania.

 
Fb ada up benda ni doku pasal peristiwa ni.. interview balik bush n secretary dia.. budak3 kt tadika time bush kt situ waktu kejadian.. secretary defend pon ada kt situ.. muke blur.. 1st attak secretary defend kata bukan national security.. 2nd attak baru national security.. bush still muke blur konon tak nak rosakkan majlis.. hahah gile national isu bole lagi relex2
 
Back
Top
Log in Register