BTC USD 76,258.2 Gold USD 4,344.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

80 Tahun JKM: Menelusuri Denyut Nadi Rakyat

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,782
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,782
Reaction score
289
Points
146

80 Tahun JKM: Menelusuri Denyut Nadi Rakyat​

f57f9a571f261d68325e72d435d517e96a97894025ec0

86166e883a7a58e8373faf9085ccf3b76a97896684be1

Ketua Pengarah JKM Datuk Che Murad Sayang Ramjan

- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Lapan dekad penubuhan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencerminkan evolusi pendekatan kebajikan negara, daripada pemberian bantuan kepada usaha lebih menyeluruh meliputi pemulihan, perlindungan dan pemerkasaan golongan rentan agar mereka mampu kembali menjalani kehidupan bersama masyarakat dengan lebih bermaruah.

Ketua Pengarah JKM Datuk Che Murad Sayang Ramjan berkata perubahan pendekatan itu penting selaras dengan perkembangan dan kompleksiti isu sosial yang dihadapi masyarakat, sekali gus menuntut JKM sentiasa peka terhadap keperluan semasa.

“Kita bukan lagi bercerita tentang menyalurkan bantuan sampai bila-bila. Tidak. Kita mahu supaya mereka ini dikembalikan ke dalam masyarakat, diberi upaya yang baharu dalam masyarakat.

“Akhirnya mereka ini boleh meneruskan kehidupan bersama masyarakat,” katanya kepada Bernama dalam temu bual khas baru-baru ini.

Menurut beliau, konsep “menelusuri denyut nadi rakyat” bermaksud JKM perlu memahami isu yang berlaku dalam masyarakat dan memberikan tindak balas berdasarkan keperluan semasa.

Beliau berkata antara perubahan ketara dapat dilihat menerusi peningkatan kesedaran mengenai autisme, dengan jumlah individu berdaftar dengan JKM meningkat daripada 10,346 pada 2015 kepada 96,359 sehingga 31 Ogos 2026.

Che Murad Sayang berkata peningkatan itu bukan semata-mata menggambarkan pertambahan individu yang dikenal pasti, malah turut mencerminkan tahap kesedaran masyarakat yang semakin baik hasil program advokasi, kesedaran dan pemulihan.

Beliau berkata pendekatan sama turut diterapkan dalam penyampaian perkhidmatan kepada Orang Kurang Upaya (OKU), dengan 863,210 individu kini berdaftar dalam Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU) merangkumi tujuh kategori OKU.

“Angka ini memperlihatkan luasnya kelompok masyarakat yang memerlukan perhatian dan sokongan, sekali gus menuntut JKM terus memahami realiti kehidupan mereka dan menyesuaikan perkhidmatan dengan keperluan yang berubah,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register