BTC USD 86,522.6 Gold USD 4,364.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News 5 'Laptop' Berbaloi Untuk Pelajar Sekitar RM2000

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,591
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,591
Reaction score
7,741
Points
916
Bermula bulan Oktober ini, ramai dalam kalangan anak-anak muda mula menyambung pengajian tinggi mereka selepas fasa SPM. Sudah pasti peranti komputer riba adalah penting dan perlu untuk memenuhi, menjalankan dan menyiapkan tugasan yang diterima. Oleh itu, Wiser dengan sukacitanya memberikan senarai 5 'laptop' terbaik sekitar harga RM2,000 untuk pelajar-pelajar sekalian.

Nota - harga yang dipaparkan adalah ketika artikel ini ditulis.

1. Acer Aspire 3 (RM1,989.00)

3-2-e1662092647232.jpg


Acer adalah salah satu jenama yang sangat sinonim dalam pasaran komputer riba. Model Acer Aspire 3 ini pula menawarkan pelbagai spesifikasi berbaloi dalam harganya. Peranti ini dikuasakan cip AMD Ryzen™ 5 5500U, memori RAM DDR4 8GB, guna GPU AMD Radeon Graphics dan storan M.2 NVMe SSD PCIe berkapasiti 512GB. Tidak lupa juga waranti selama 2 tahun. Selain itu, ia mempunyai skrin IPS 15.6" beresolusi FHD, ada Microsoft Office Home & Student versi penuh, serta percuma Urban Backpack, tetikus wayarles dan pad tetikus. Klik Untuk Beli

2. ASUS Vivobook 15 (RM2,069.00)

asus-vivobook-15x-oled-m1503q-ama161ws-r5-8-512-quiet-blue_2.jpg


Komputer riba ASUS ini dikuasakan cip Intel Core i3-1220P, memori RAM DDR4 8GB, GPU Intel UHD Graphics, dan storan M.2 NVMe SSD PCIe 3.0 berkapasiti 512GB. Asus Vivobook 15 ini mempunyai skrin IPS anti silau yang berukuran 15.6" beresolusi FHD yang menyokong bukaan 180º dan waranti antarabangsa selama 2 tahun. Setiap pembelian disertakan sekali lesen seumur hidup Windows 11 Home Office Home & Student 2021 bernilai RM529, baucar Touch 'n Go, 1 tahun ASUS Perfect Warranty dan bag. Klik Untuk Beli

3. MSI Modern 14 C7M-058MY (RM2,099.00)

msi-modern-14-core-i3-8gb-512gb-windows-11-14-inch-laptop-classic-black-c11m-042my_2.jpg


Komputer riba MSI Modern 14 ini dikuasakan cip AMD Ryzen 5 7530U, memori RAM DDR4 8GB, guna GPU AMD Radeon Graphics dan storan M.2 NVMe SSD PCIe Gen3 berkapasiti 512GB. Setiap pembelian disertakan sekali waranti antarabangsa selama 1 tahun, dilengkapi skrin 14" beresolusi FHD, ketahanan bergred tentera dan juga ciri Hi-Res Audio. Klik Untuk Beli

4. Lenovo IdeaPad Flex 5 (RM2,199.00)

81AbJXWCxXL.jpg


Lenovo IdeaPad Flex 5 dikuasakan cip Intel Core i3-1215U, memori RAM LPDDR4X 8GB, guna GPU Intel UHD Graphics, dan storan M.2 NVMe SSD PCIe Gen 3 berkapasiti 512GB. Menariknya lagi, ia mempunyai skrin boleh sentuh berukuran 14" beresolusi WUXGA (1920x1200), dan boleh dibuka hingga 360º. Selain menggunakan Windows 11 Home dan menawarkan Office Home & Student 2021, komputer riba ini memberikan waranti yang lama hingga 3 tahun. Klik Untuk Beli

5. HP Laptop 15s-eq2196AU (RM2,172.88)

hp-laptop-15s-eq2196au-ryzen-3-8gb-512gb-windows-11-15-6-inch-laptop-pale-gold_3-1.jpg


Komputer riba ini dikuasakan cip AMD Ryzen 3 5300U, memori RAM DDR4 8GB, guna GPU AMD Radeon Graphics dan storan M.2 NVMe SSD PCIe berkapasiti 512GB. Ia dilengkapi skrin berukuran 15.6" beresolusi FHD yang anti silau, mempunyai Windows 11 Home dan waranti tempatan selama 2 tahun.
Klik Untuk Beli
 
Back
Top
Log in Register