RuthlessFairy
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,239
Paid Membership
- Joined
- May 15, 2009
- Messages
- 30,239
- Reaction score
- 879
- Points
- 166
Nampaknya drama bersiri dari Thailand juga tidak ketinggalan menjadi kegemaran buat para penonton masa kini. Drama bersiri yang meletup pada tahun 2021 iaitu 46 Days boleh ditonton di Viu Malaysia. Drama bersiri ini yang berdurasi 48 minit setiap satu episod bakal menampilkan secara keseluruhannya 18 episod semuanya.
Drama bersiri Thailand 46 Days ini mengisahkan tentang Ying Ying (Baifern Pimchanok Luevisadpaibul) seorang net idol yang kurang berjaya dan tidak dikenali yang juga bernasib malang kerana telah tertangkap kerana menipu dalam salah satu klip videonya. Drama bersiri Thailand yang membawa genre komedi dan romantik ini menonjolkan kerja keras dan susah-payah Ying Ying untuk bertahan hidup dari pelbagai cabaran termasuk belenggu hutang yang bertimbun-timbun.
Ying Ying bersama sahabat baiknya sejak dari kecil dahulu iaitu Noina (Mild Lappassalan Jiravechsoontornkul), terperangkap dengan rahsia seorang wanita yang merupakan selebriti terkenal. Kebetulan Noina menjumpai bakal suami idamannya iaitu Doktor Korn (Non Chanon Santinatornkul). Menurut Noina, Doktor Korn adalah pasangan yang paling cocok buatnya berdasarkan ramalan seorang penilik nasib. Lelaki yang sesuai buatnya adalah jejaka berwajah tampan dan berkerjaya. Ying Ying perlu membantu Noina mendapatkan Doktor Korn walau dengan apa cara sekalipun kerana jika mereka berjaya di dalam misi yang mustahil dan sukar ini, semua hutang Ying Ying akan berjaya dilangsaikan.
Cabaran paling besar bagi Ying Ying dan Noina adalah apabila mereka mendapati Doktor Korn bakal melangsungkan perkahwinan dengan dengan seorang selebriti iaitu Wisa (Ploypach Phatchatron Thanawat) dalam tempoh 46 hari lagi. Dua sahabat ini mengetahui rahsia hitam yang disembunyikan oleh Wisa yang licik itu, mereka cuba menyelamatkan Doktor Korn dari jatuh ke tangan wanita yang bermuka-muka tersebut. Berjayakah misi Ying Ying dan Noina? Bagaimana pula cara mereka menambat hati Doktor Korn dan menjatuhkan Wisa dalam tempoh 46 hari tersebut? Dalam galak dan bersungguh-sungguh mereka berdua menjalankan misi mereka, dalam diam ada sepasang mata lain yang sedang memerhati dan sekaligus bakal menyukarkan tugas mereka berdua.