BTC USD 81,580.1 Gold USD 4,080.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

439,255 calon duduki SPM 07

rimau

Fun Poster
Messages
642
Joined
Nov 28, 2006
Messages
642
Reaction score
14
Points
15
439,255 calon duduki SPM Isnin ini



PUTRAJAYA: Seramai 439,255 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Isnin ini hingga 6 Disember.

Seramai 386,265 (87.9 peratus) adalah calon sekolah kementerian, 14,672 (3.3 peratus) calon sekolah kerajaan negeri dan tajaan badan-badan tertentu, 10,687 (2.4 peratus) calon sekolah swasta dan 27,631 (6.3 peratus) calon persendirian.

Dalam kenyataan Kementerian Pelajaran, sebanyak 3,913 pusat peperiksaan disediakan bagi peperiksaan itu di seluruh negara.

Lembaga Peperiksaan mengingatkan kepada semua calon supaya sentiasa merujuk jadual peperiksaan terkini mengenai masa peperiksaan, peringatan kepada calon, arahan serta amaran yang perlu dipatuhi semasa menduduki peperiksaan.


"Mereka juga dikehendaki membawa kad pengenalan pada setiap masa a berada di bilik atau dewan peperiksaan. Ini penting bagi menjamin pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar," katanya. - Bernama



Maksudnya setiap tahun lebih 400k penduduk memerlukan perkerjaan...kemanakah hala tuju mereka ???:o
 
Tak cukup manpower !?

Radzi tempelak Shahidan
Oleh Kamarulzaman Pid


PUTRAJAYA: Jika Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, kekal dengan keputusan untuk tidak menggunakan pekerja asing di negeri itu, beliau perlu memecat lima pembantu rumah warga Indonesia yang bekerja di rumahnya sendiri dan digantikan dengan pekerja tempatan.

Selain itu, beliau perlu memastikan 200 pekerja asing dari Thailand yang bekerja di Arked Niaga, Padang Besar, dan 12 pekerja di ladang anggur yang dimiliki kerajaan negeri, diganti dengan pekerja tempatan.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, berkata Shahidan mempunyai kuasa untuk menghentikan penggunaan pekerja asing yang bekerja di syarikat milik kerajaan negeri itu pada bila-bila masa yang dikehendaki, termasuk pembantu rumah yang bekerja di rumahnya.

"Kalau dia suruh nak bawa balik, suruh bawa balik. Yang mustahak sekali di Arked Niaga (Padang Besar), itu dia boleh kawal bila-bila masa kerana ia milik kerajaan negeri Perlis.

"Di ladang anggur, itu di bawah jagaan dia (syarikat milik kerajaan negeri), dia balik ke rumah tengok ada lima orang, itu dia kata okey, keluar, tiada masalah.

"Persoalannya, kenapa dia ambil pekerja dari Indonesia, bagilah kat orang kita, ramai lagi ibu tunggal yang boleh kerja, dia kena tunjuk contoh terbaik," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Shahidan yang disiarkan dalam sebuah akhbar minggu lalu bahawa Perlis tidak mahu lagi menggunakan pekerja asing, sebaliknya akan bergantung kepada tenaga tempatan untuk bekerja di negeri itu.

Beliau berkata, kenyataan Shahidan yang menyatakan bahawa Perlis tidak mahu menggunakan pekerja asing selepas ini, seolah-olah menggambarkan beliau dengan mudah meluluskan kemasukan pekerja asing di negeri itu.

"Johor yang menggunakan beratus ribu pekerja asing, tidak bising pun," katanya.

Sebagai negeri pertanian, Radzi berkata, Perlis memerlukan pekerja asing untuk bekerja di sawah dan ladang tebu kerana tenaga pekerja tempatan tidak mencukupi untuk menampung keperluan.
"Di Perlis juga, kita ada ladang tebu terkemuka, mereka perlu pekerja asing dan sejak 1982 lagi kira-kira 1,200 pekerja asing dari utara Thailand datang untuk bekerja di situ.

"Tanpa pekerja asing, ladang tebu tak boleh beroperasi kerana pekerja tempatan tak cukup. Begitu juga pekerja asing yang kebanyakannya orang Siam digunakan di Felda Lubuk Sireh, Lubuk Emas dan Mata Ayer," katanya.

Kata Radzi, beliau perlu memberi gambaran sebenarnya mengenai pekerja asing di Perlis berikutan kenyataan yang dibuat Shahidan itu boleh mengelirukan penduduk negeri di utara Semenanjung Malaysia itu.

"Bila dia cerita benda yang tak betul, saya kena cerita benda yang betul. Saya cakap apa yang saya tahu kerana saya khuatir, orang Perlis keliru," katanya.

Apabila ditanya adakah 'perang mulut' itu menandakan hubungan kedua-duanya keruh, Radzi berkata, beliau hanya berkata apa yang sebenarnya berlaku di negeri itu.

"Pasal apa nak keruh pulak. Saya nak cerita yang sebenar," katanya.

Mengenai sidang media semalam yang dibuat seolah-olah menggambarkan beliau begitu kecewa dengan kenyataan Shahidan itu, Radzi berkata, beliau bukan kecewa atau marah.

"Kita bukan kecewa, bukan marah. Kalau boleh, kita nak tengok orang kita yang bekerja.

"Saya hanya mahu memaklumkan kepadanya (Shahidan), bila cakap kena ikut fakta. Jangan cakap lepas saja," katanya.


Apa yg mereka debatkan ...hanya lah nak menutupp kelemahan diri masing2 atau nak mengaburi mata rakyat ...:mad: ~X(
 
15,000 warga asing di stesen minyak



KUALA TERENGGANU: Kira-kira 15,000 warga asing, terutama dari Bangladesh dan Indonesia, dikatakan masih bekerja di stesen minyak di seluruh negara, sama ada diambil secara sah atau digaji secara haram.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar, berkata pengusaha stesen minyak yang didapati masih menggunakan khidmat pekerja warga asing akan dikenakan tindakan tegas undang-undang.

"Ketika ini kementerian melancarkan pemeriksaan terhadap 10,000 majikan pelbagai sektor dalam usaha mengesan pekerja warga asing di seluruh negara.

"Majikan yang didapati bersalah menggaji pekerja warga asing secara haram boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Graduasi 331 murid daripada 16 sekolah di daerah ini di Sekolah Kebangsaan Kedai Buluh, di sini, semalam.

Abdul Rahman berkata, kebanjiran warga asing yang diambil bekerja di stesen minyak di seluruh negara sungguh membimbangkan kerana menyekat peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan."Justeru, saya meminta semua pengusaha stesen minyak supaya memberhentikan pengambilan pekerja asing mulai sekarang," katanya.

Abdul Rahman berkata, ramai juga warga asing diambil bekerja di hotel dan restoran, terutama di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru, Johor.

Katanya, kebanjiran warga asing ke negara ini kerana visa ketibaan mudah diperoleh di pintu masuk dan mereka mulanya datang sebagai pelancong sebelum diambil bekerja di stesen minyak, hotel dan restoran.

"Jika kebanjiran warga asing itu tidak disekat segera, jumlahnya akan meningkat berlipat ganda hingga menjejaskan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan," katanya


Masukkanlah ramai-ramai , biar meriah dan boleh mengatasi rakyat tempatan.

Kepada Graduan ...silalah apply visa kat oversea ..us ke,kanada ke...etc...peluang kerja kat negara sendiri dah takder ...you nak apply jawatan eksekutif ke atas...berapa sangat yg ada atau yg diadakan...jawatan operator pon dah pakai pekerja asing...


boleh dikatakan 90% dari 400 ribu lepasan SPM , lepasan U ke akan menganggur...

BTW ...sapa ada data yg lebih tepat silalah reply...cuba buat kajian sehingga 2020 ...sekiranya kebanjiran ini tidak disekat.

~X( ~X( ~X(
 
Hati-hati bila guna perkataan Orang Siam.

Melayu Patani sangat sensitif jika dipanggil orang Siam, dan ianya satu pengkhianatan terhadap perjuangan nasionalis mereka.

Kita sebagai Melayu harus sensitif dengan mereka.
 
Back
Top
Log in Register