BTC USD 84,167.4 Gold USD 4,253.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

4 Bulan HARAM Dalam Islam

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Empat Bulan Haram

عن أبي بكرة نفيع بن الحارث رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال‏:‏ الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو القَعْدَةِ وَذُو الحِجَّةِ وَالمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ، الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ

Daripada Abi Bakrah Nafi’ bin al Harith RA, dari Nabi SAW bersabda: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab Mudhor terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban.” (HR Bukhari No: 4054) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Bulan Haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab) bermaksud bulan ini diharamkan berperang juga sebarang kezaliman dan setiap kezaliman yang dilakukan dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan yang lain.

2. Imam al-Hafiz Ibn Kathir di dalam tafsirnya telah menukilkan pendapat Ibn Abbas RA yang menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan pada bulan bulan ini juga adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain. (Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 130/4)

3. Ambillah kesempatan ketika berada di salah satu bulan haram yang mulia ini iaitu bulan Zulhijjah khususnya di awal 10 haribulan serta hari tasyrik 11, 12 dan 13 untuk melakukan pelbagai amal soleh. Antara amal soleh yang boleh dilakukan:

a. Perbanyakkan zikir, membaca al-Quran, berdoa dan memohon keampunan
b. Puasa sunat sekurang-kurangnya pada 9hb Zulhijjah
c. Hidupkan malam hari dengan ibadat qiamullail
d. Perbanyakkan bersedekah dan melakukan amal kebajikan yang lain
e. Berusahalah melaksanakan ibadat kurban
f. Berusahalah meninggalkan maksiat dan perkara yang tidak berfaedah

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

25hb Jun 2023
06hb Zulhijjah 1444H
 
Bulan Haram

Bulan Haram dalam Islam bermaksud bulan yang dimuliakan dan bulan yang diharamkan berlaku dalamnya perbuatan-perbuatan seperti berperang dll.

الزمانُ قد استدارَ كهيئتِه يومَ خلقَ اللهُ السماواتِ والأرضَ ، السنةُ اثنا عشر شهرًا ، منها أربعةٌ حُرُمٌ ، ثلاثةٌ مُتوالياتٌ : ذو القَعدةِ وذو الحِجَّةِ والمُحرَّمُ ، ورجبُ مُضر ، الذي بين جُمادى وشعبانَ

Maksudnya: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban”.
[Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 4054]

Bulan-bulan Haram sepatutnya dipertingkat amal kebajikan dan menjauhi dosa berdasarkan pandangan al-Hafiz Ibn Kathir Rahimahullah yang menyatakan pendapat Ibn ‘Abbas bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain.

Antara keistimewaan bulan-bulan Haram;

1) Umat Islam menunaikan rukun Islam yang kelima iaitu ibadat haji yang mana ibadat ini hanya dilakukan dalam bulan Haram (Zulhijjah).
2) Puasa sunat pada 9 Zulhijjah (Hari ‘Arafah) bagi orang yang tidak menunaikan haji.
3) Berpuasa sunat pada 10 Muharram iaitu pada hari ‘Asyuraa’.

 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Empat Bulan Haram

عن أبي بكرة نفيع بن الحارث رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال‏:‏ الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو القَعْدَةِ وَذُو الحِجَّةِ وَالمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ، الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ

Daripada Abi Bakrah Nafi’ bin al Harith RA, dari Nabi SAW bersabda: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab Mudhor terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban.” (HR Bukhari No: 4054) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Bulan Haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab) bermaksud bulan ini diharamkan berperang juga sebarang kezaliman dan setiap kezaliman yang dilakukan dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan yang lain.

2. Imam al-Hafiz Ibn Kathir di dalam tafsirnya telah menukilkan pendapat Ibn Abbas RA yang menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan pada bulan bulan ini juga adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain. (Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 130/4)

3. Ambillah kesempatan ketika berada di salah satu bulan haram yang mulia ini iaitu bulan Zulhijjah khususnya di awal 10 haribulan serta hari tasyrik 11, 12 dan 13 untuk melakukan pelbagai amal soleh. Antara amal soleh yang boleh dilakukan:

a) Perbanyakkan zikir, membaca al-Quran, berdoa dan memohon keampunan
b) Puasa sunat sekurang-kurangnya pada 9hb Zulhijjah
c) Hidupkan malam hari dengan ibadat qiamullail
d) Perbanyakkan bersedekah dan melakukan amal kebajikan yang lain
e) Berusahalah melaksanakan ibadat kurban
f) Berusahalah meninggalkan maksiat dan perkara yang tidak berfaedah

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

12hb Jun 2024
05hb Zulhijjah 1445H
 
ZULKAEDAH BULAN MULIA: BESAR DOSA & PAHALA

Saidina Abu Bakrah RA meriwayatkan: Rasulullah SAW bersabda:

الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو القَعْدَةِ وَذُو الحِجَّةِ وَالمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ، الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ

“Waktu telah pun berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Setahun terdiri daripada 12 bulan. Pada 12 bulan itu terdapat empat bulan haram (bulan yang mulia) iaitu tiga bulan haram yang berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, serta Rejab (yang sangat diagungkan oleh) kabilah Mudor, yang berada antara Jamadil Akhir dan Syaaban.”

(Sahih al-Bukhari, no. 3197)

Kini kita telah memasuki bulan Zulkaedah. Bulan Zulkaedah merupakan salah satu daripada bulan-bulan yang mulia dan suci, selain Rejab, Zulhijjah dan Muharram.

Ketika menghuraikan ayat 36 dalam Surah al-Taubah, Saidina Abdullah bin Abbas RA berkata:

وَجَعَلَ الذَّنْبَ فِيهِنَّ أَعْظَمَ، وَالْعَمَلَ الصَّالِحَ وَالْأَجْرَ أَعْظَمَ


"Allah menjadikan dosa lebih besar pada bulan-bulan haram ini. Amalan soleh dan pahala juga lebih besar." (Tafsir al-Tabari, 14/238)

Semoga Allah membantu kita untuk meninggalkan segala dosa dan perbanyakkan amalan soleh.
 
Memuliakan Apa yang Dimuliakan Allah

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang menjadikan masa dan waktu dengan kelebihannya yang tersendiri. Di antara waktu yang dimuliakan oleh Allah ialah bulan-bulan haram. Firman Allah SWT:

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا… مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ
“Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah dua belas bulan… daripadanya empat bulan haram.”
(Surah at-Tawbah: 36)

Empat bulan haram itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, dan Rejab. Dinamakan “haram” kerana padanya diharamkan peperangan, perbuatan zalim, dan dosa-dosa menjadi lebih besar kesannya. Ia adalah masa yang dituntut untuk memperbanyak ibadah dan menjauhi maksiat.

Imam Qatadah berkata:
“Amalan zalim pada bulan-bulan haram lebih besar dosanya berbanding bulan lain, dan begitu juga amalan baik lebih besar ganjarannya.”

Pengajaran:
1. Jauhi dosa dan kezaliman – Perbuatan dosa lebih berat dalam bulan haram. Jaga lisan, jaga hati, jaga tingkah laku.
2. Perbanyak ibadah – Solat sunat, puasa sunat, sedekah, dan membaca al-Quran digalakkan dalam bulan-bulan ini.
3. Hormati masa yang Allah muliakan – Jangan lalai atau anggap bulan-bulan ini seperti bulan biasa.

Mari kita hidupkan semangat bulan haram dengan menjauhi dosa dan berlumba dalam kebaikan. Bila kita muliakan apa yang Allah muliakan, hidup kita akan diberkati dan dimuliakan juga.

 
Back
Top
Log in Register