BTC USD 82,827.5 Gold USD 4,092.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

3 sekeluarga maut

black_world

Junior Member
Messages
99
Joined
Jul 3, 2009
Messages
99
Reaction score
1
Points
11
GRIK: Tiga sekeluarga maut manakala dua cedera parah apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda dinaiki bertembung dengan sebuah treler yang membawa muatan beras di Kilometer 17, Jalan Grik-Kupang petang semalam.

Mereka yang maut ialah pemandu kenderaan, Mohamad Mahmud, 46; anaknya, Norliana, 3, serta ibu Mohamad, Sufiah Ismail, 68, manakala seorang lagi anak Mohamad, Norizianti, 9, dan isteri Mohamad, Dzu Mat Rajab, 39, cedera parah dan dimasukkan ke Hospital Grik sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Grik, Superintendan Mahad Noor Abdullah, berkata dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, semua mangsa dalam kenderaan pacuan empat roda itu ditemui tersepit.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila Mohamad gagal mengelak treler yang datang dari hadapan selepas cuba memotong sebuah kenderaan lain.

“Mangsa dipercayai gagal mengelak dan bertembung dengan treler itu sebelum kenderaan mangsa diseret kira-kira empat meter dan terbabas ke dalam sebuah longkang besar di kanan jalan.

“Semua mangsa ditemui tersepit dalam kereta sebelum dikeluarkan lapan anggota bomba dan penyelamat Grik yang tiba di tempat kejadian kira-kira 20 minit selepas kemalangan itu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, mangsa yang cedera, Norizianti sudah dikeluarkan orang awam sebaik anggota penyelamat tiba manakala pemandu treler pula tidak cedera.

Mahad Noor berkata, semua mangsa yang maut dan cedera berasal dari Kota Kuala Muda, Kedah dan dipercayai dalam perjalanan ke Kelantan manakala treler itu pula dalam perjalanan menuju ke Kupang, Kedah.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Grik, Che Seman Che Soh, berkata pihaknya mengambil masa selama 20 minit untuk mengeluarkan semua mangsa.
emel Emel Artikel cetak Cetak Artikel
 
kalau kemalangan dgn treler memang 80% maut la..
 
iskk ngerinye baca..sedih laaa eksiden2 gini..
 
Back
Top
Log in Register