BTC USD 86,522.6 Gold USD 4,364.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Drama 12 K-DRAMA YANG SERONOK UNTUK DI TONTON

RuthlessFairy

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,239
Paid Membership
Joined
May 15, 2009
Messages
30,239
Reaction score
879
Points
166
12 kdrama underrated yang wajib korang tonton. Serious best!
1. Search (2020) iQIYI
Kisah pasal satu pasukan tentera yang ditugas untuk menjaga sempadan antara Korea Utara dengan Korea Selatan berdepan dengan serangan makhluk mutan. 9/10

2. Psychopath Diary (2019)
Kisah pasal seorang lelaki lemah yang selalu menjadi mangsa buli di tempat kerja menyangka dirinya seorang pembvnuh bersiri selepas sedar daripada koma. Berdekah aku gelak tengok drama ni
1f923.png
9/10

3. Extracurricular (2020) Netflix
Kisah pasal seorang pelajar bijak dan pendiam disekolah tetapi diluar sekolah dia merupakan seorang bapak ayam yang menjalankan aktiviti jenayah p*lacuran melibatkan gadis bawah umur. 9/10

4. Big Issue (2019)
Kisah pasal sisi gelap media hiburan. Dalam drama ni korang boleh tengok macam mana diorang gunakan kepakaran paparazzi dan kuasa media untuk mengaut keuntungan dan menjatuhkan seseorang. Mangsa diorang adalah orang2 kenamaan dan selebriti. 9/10

5. Arthdal Chronicles (2019) Netflix/Disney
Kisah pasal perebutan kuasa antara beberapa suku/puak yang ingin menjadi supreme leader di sebuah kota kuno yang baru sahaja memulakan peradabannya. Setiap suku/puak mempunyai kelebihan dan kemahiran mereka sendiri. 10/10

6. Train (2020)
Drama ni berkonsepkan multiverse. Kisah pasal kereta api yang menjadi penghubung antara dua dunia. Apa yang menariknya kereta api tersebut digunakan oleh seorang pembunuh bersiri untuk menghapuskan mayat mangsa2nya. 9/10

7. L.U.C.A.: The Beginning (2021) Viu
Kisah pasal seorang kanak2 dijadikan bahan experiment dalam satu projek rahsia yang dilakukan oleh seorang profesor untuk mencipta manusia super. Kanak2 tersebut disuntik dengan campuran DNA pelbagai jenis haiwan. Konfliknya bermula apabila kanak2 itu sudah dewasa. 9/10

8. Sisyphus: The Myth (2021) Netflix
Drama ni berkonsepkan time travel & time loop. Kisah pasal seorang gadis dari masa depan kembali ke zaman sekarang dengan mengunakan time machine dalam misinya untuk mengelakkan daripada perang nuclear tercetus sekaligus dapat menyelamatkan Korea daripada musnah. 9/10

9. Racket Boys (2021) Netflix
Kisah pasal seorang jurulatih dari Seoul berpindah ke kawasan luar bandar dan ditugaskan untuk melatih satu pasukan badminton disebuah sekolah yang serba kekurangan. Hasil usaha kerasnya, pasukannya berjaya menjadi juara dan ada beberapa orang pemainnya terpilih untuk mewakili negara. From zero to hero. 10/10

10. Life on Mars (2018)
Kisah pasal seorang anggota polis koma ditembak ketika sedang mengejar penjenayah. Apabila dia sedar, dia mendapati bahawa dirinya berada ditahun 1988. Untuk kembali semula ke zaman sekarang dia perlu menyelesaikan satu kes pembunuhan bersiri. 10/10

11. Idol: The Coup (2021) iQIYI
Drama ni sumpah sedih. Kisah realiti sebenar yang dilalui oleh idol2 kumpulan kpop. Dalam drama ni korang boleh tengok macam mana strugglenya diorang nak bertahan dalam industri. Drama ni bukan kisah cinta atau kisah kejayaan tetapi sebuah kisah kebangkitan daripada ketidakadilan. Ada yang baru, yang lama dilupakan. Irl pun dah berlaku. 9/10

12. Monstrous (2022) Viu
Hujan hitam yang membawa malapetaka dasyat. Kisah pasal satu fenomena aneh yang berlaku disebuah pekan dimana berlakunya hujan hitam yang membawa penyakit. Mereka yang dijangkiti akan menjadi seperti zombie dan membvnuh manusia. 9/10

KREDIT : RAZZYRAZAK


1690260276237.png
K-​
 
Back
Top
Log in Register