BTC USD 82,729.0 Gold USD 4,125.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

10 sebab mengapa doa itu ditolak...

king_diamond

Legendary Member
gem
Messages
10,160
Paid Membership
Joined
Sep 3, 2008
Messages
10,160
Reaction score
360
Points
131

"Berdoalah padaku nescaya aku aku akan mengabulkan doamu".


Begitulah firman Allah kepada hambanya,tapi tahukah kita bahawa ada sepuluh sebab kenapa doa itu di tolak menurut ahli sufi antara sebab-sebabnya ialah;

1. Kamu mengaku mengenali Allah tetapi kamu tidak memenuhi hakNya .(Mengikut segala suruhan dan meninggalkan laranganya)
2. Kamu mengaku mencintai Rasulullah tetapi kamu tidak pernah mengikuti sunahnya.
3. Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak mengamalkan isi kandungannya .
4. Kamu mengaku bahawa syaitan adalah musuh kamu tetapi kamu patuh pdnya.
5. Kamu berdoa memohon dijauhkan api neraka tetapi kamu mendekatinya dgn selalu membuat maksiat
6. Kamu berdoa semoga dimasukkan dlm syurga tetapi kamu tidak berusaha utknya
7. Kamu mengetahui bhw kematian itu pasti tetapi kamu tidak bersiap sedia utknya .
8. Kamu selalu membuka keaiban saudara kamu tetapi kamu tidak melihat keaiban diri kamu sendiri.
9. Kamu memkn segala rezeki dan nikmat Allah tetapi kamu tidak mahu mensyukurinya.
10. Kamu mengebumikan orang yg meninggal dunia tetapi kamu tidak mengambil iktibar darinya.


Lihatlah kawan-kawan sekalian mari kita renungkannya ,adakah kita tergolong di dlm golongan di atas,Jangan kita salahkan sesiapa sekiranya doa kita tidak dimakbulkan kerana ianya adalah berpunca dari diri kita sendiri yang leka ,lemah dan cuai dgn kelalaian yang kita cipta sendiri ,moga Allah merahmati hidup kita Amin…

betulkan saya jikalau tersilap.....wallahu'alam....
 
insaf nyer aku baca ni :">
 
Back
Top
Log in Register