BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Ramai pula DM ajak kahwin, takutlah’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
WhatsApp-Image-2025-09-12-at-11.05.19-AM.jpeg

SHERRY menyerahkan urusan jodoh kepada Allah.

‘Ramai pula DM ajak kahwin, takutlah’ PETALING JAYA – Pelakon Sherry Ibrahim mendedahkan menerima banyak mesej peribadi (DM) daripada lelaki yang mengajaknya mendirikan rumah tangga.

Perkara tersebut dipercayai selepas sebuah artikel mengenai Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim yang masih bujang walaupun usianya sudah menginjak 42 tahun.

“Sekarang ceritanya, ramai pula DM (mesej langsung) ajak kahwin. Lawaknya.

“Ingat kahwin senang-senang, suka-suka. Takutlah.

Berkongsi lanjut, pelakon drama Gadis Masa itu hanya menyerahkan soal jodoh kepada Illahi selain berseloroh akan merahsiakan perkahwinannya jika dia mendirikan rumah tangga kelak.

“Tak apa, saya tunggu Allah SWT aturkan atau pun saya kahwin tak nak umumkan.

“Nak kahwin senyap-senyap saja lah,” selorohnya.

Sherry Ibrahim antara selebriti wanita yang kerap diasak tentang soalan kahwin.

Sebelum ini, bekas pramugari itu pernah menyulam cinta bersama pelakon Fattah Amin selama dua tahun selepas putus sekitar tahun 2016.

Dia juga pernah dikaitkan dengan Ryzal Jaafar apabila menerima hadiah berupa jambangan bunga lili oleh pelakon itu ketika ulang tahun kelahirannya. – KOSMO! ONLINE
==============================
Ala, Sherry ni kelakarlah. DM ajak kahwin tu macam perkara suka-suka je. Dia ni rileks je, harap-harap jodoh best la nanti. Tapi kalau kahwin sorok, mana nak tahu kan? 😏

 
Back
Top
Log in Register