kakigossip
Active+ Member
- Messages
- 3,067
- Joined
- Apr 21, 2011
- Messages
- 3,067
- Reaction score
- 40
- Points
- 40
‘Kulit menggelupas, merah, rasa nak berhenti berlakon’
IMRAN Aqil disahkan menghidap rosacea selepas mengalami perubahan ketara pada kulit wajah seperti kemerah-merahan dan mengelupas sejak dua tahun lalu
"‘Kulit menggelupas, merah, rasa nak berhenti berlakon’" KUALA LUMPUR – Selepas mendedahkan ada masalah kulit kronik iaitu rosacea, pelakon Imran Aqil mengakui terganggu hingga memberi kesan terhadap kelangsungan karier seninya.
Menurut Imran atau nama lengkapnya Muhammad Imran Aqil Mohd. Salehuddin, 27, penyakit tersebut menjejaskan keyakinan dirinya untuk berhadapan dengan orang ramai dan rakan industri.
“Sangat (menjejaskan karier). Berlakon kena ada keyakinan.
“Kadang-kadang benda itu ‘trigger’, memang tak ada keyakinan langsung.
“Kulit mengelupas sampai pelakon lain tegur ‘Kulit di hidung awak mengelupaslah’.
“Jurusolek pun ada tanya kenapa muka merah. Bila ramai tegur, saya putuskan untuk kongsi dalam media sosial,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada pertandingan Pickleball 5 Bomoh, semalam.
Lebih teruk, pelakon drama Budak Tebing 2 itu mengakui pernah terdetik untuk berundur daripada industri hiburan.
“Sejujurnya saya rasa macam nak berhenti berlakon sebab segan. Datang acara pun rasa malu.
“Alhamdulillah sekarang ini dah okey, isteri jaga kulit saya,” ujarnya.
Dalam masa sama, Imran terharu perkongsiannya mengenai rosacea membuka mata ramai orang tentang kewujudan penyakit kulit itu.
“Ramai rupa-rupanya tak tahu fasal rosacea, doktor yang merawat saya kata 11 peratus daripada populasi bumi menghidap penyakit ini.
“Ada yang menghubungi saya cakap mereka ada simptom sama dan tanya klinik mana saya pergi.
“Ramai juga sarankan saya buat pemeriksaan darah sebab mereka risau melibatkan sistem imun badan,” jelasnya.
Sebelum ini, Imran disahkan menghidap rosacea selepas mengalami perubahan ketara pada kulit wajah seperti kemerah-merahan dan mengelupas sejak dua tahun lalu. – KOSMO! ONLINE
==============================
Sabar je la Abg Imran ni. Harap cepat sembuh la dgn rosacea tu. Check IG dia, post gambar lama je lately, mungkin sebab segan. Apapun, stay strong tau!
'Kulit menggelupas, merah, rasa nak berhenti berlakon'
KUALA LUMPUR - Selepas mendedahkan ada masalah kulit kronik iaitu rosacea, pelakon Imran Aqil mengakui terganggu hingga memberi kesan terhadap kelangsungan karier seninya.Menurut Imran atau nama lengkapnya Muhammad Imran Aqil Mohd. Salehuddin, 27, penyakit tersebut menjejaskan keyakinan dirinya...
www.kosmo.com.my