BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Andai ada rezeki tambah anak, saya tak tolak’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
ernie-syamel-2.jpg

ERNIE tidak menolak sekiranya direzekikan hamil anak kedua tahun ini. - SADDAM YUSOFF

‘Andai ada rezeki tambah anak, saya tak tolak’" PETALING JAYA – “Saya tak menolak dan memang tidak pernah menolak rezeki.”

Demikian respons penyanyi Ernie Zakri yang terbuka untuk menambah ahli keluarga sekiranya dikurniakan rezeki cahaya mata kedua dalam masa terdekat.

Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 34, bagaimanapun mengakui perancangan bersama suaminya, Syamel tetap ada memandangkan tanggungjawab membesarkan anak menuntu komitmen tinggi.

“Perancangan dengan Syamel itu sudah tentu ada kerana ini soal komitmen. Anak tanggungjawab besar buat pasangan suami isteri.

“Andai ada rezeki tahun 2026 tambah seorang lagi anak, insya-Allah.

“Proses untuk mengandung bukan sesuatu yang boleh dirancang secara mutlak, hari ini rancang, esok tiba-tiba dah hamil. Semua itu bergantung kepada rezeki daripada Allah,” katanya kepada Kosmo! Online ketika Konsert Nostalgia New Year’s Eve, baru-baru ini.

Sementara itu, Syamel atau Syameel Aqmal Mohd. Fodzly, 33, berkata, keputusan untuk menambah zuriat diserahkan sepenuhnya kepada Ernie.

Menurutnya, pengorbanan isteri yang melalui tempoh kehamilan dan berpantang merupakan perkara utama yang perlu diberi keutamaan.

“Saya selalu cakap perkara sama, yang mengandung perempuan.

“Kita sebagai lelaki, ketika isteri berpantang pun masih boleh menjalani aktiviti harian.

“Jadi, tanya semula kepada tuan punya badan sama ada dia bersedia atau tidak. Kalau bersedia, saya ikutkan sahaja,”ujarnya.

Sebelum ini, Ernie memaklumkan merancang untuk menambah cahaya mata pada 2026 kerana fokus terhadap karier seni terlebih dahulu.

Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 22 Mac 2021 selepas saling mengenali hati budi menerusi program Duo Star pada 2016.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Khawla Soleha yang kini berusia tiga tahun. – KOSMO! ONLINE
==============================
Dah anak satu pun busy gila, ni merancang nak tambah lagi. Wow, berani betul! Haha, pelan2 kayuh la Ernie. Takut nanti jenuh handle dua sekali jalan. Oh, ig story dia baru ni nampak cool je, maybe dia chill je kot.

 
Back
Top
Log in Register