BTC USD 57,216.0 Gold USD 2,302.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tayang leher, fesyen tudung Hawa Rizwana risaukan peminat

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
50,092
Top Poster #8
Joined
Jun 17, 2007
Messages
50,092
Reaction score
6,178
Points
881
Awards
1
Tayang leher, fesyen tudung Hawa Rizwana risaukan peminat


GAYA tudung Hawa ketika bercuti di Korea Selatan mengundang dara kurang senang dalam kalangan netizen.
PETALING JAYA – Sekali lagi, pengacara Hawa Rizwana menjadi sorotan netizen apabila mengenakan hijab namun menampakkan bahagian lehernya.

Menerusi perkongsian dalam Instagram, pemilik nama Hawa Rizwana Ahmad Redzuan itu memuat naik beberapa keping foto sedang bercuti di Korea Selatan.

Apa yang menarik perhatian adalah cara pemakaian tudung yang dipadankan dengan topi beret berwarna hitam menunjukkan sebahagian daripada leher.

Rata-rata netizen tidak gemar melihat gaya hijab yang dikenakan anak kelahiran Illinois, Amerika Syarikat itu kerana pada awal penglibatan dalam industri dia kelihatan sangat menjaga imej Muslimah.

“Hawa, pakai tudung elok-elok macam pakai dulu. Jangan ikut fesyen tidak Muslimah begini,” nasihat peminat.

“Maaf cakap, tidak perlu pakai tudung begitu. Kekalkan seperti sebelum ini lebih cantik,” ujar pengikut.

Dalam masa sama, hos berusia 28 tahun itu ditempelak selain tindakannya disifatkan sebagai petanda ke arah menanggal hijab seperti segelintir artis wanita lain.

“Sudah mula pakai tudung begitu, lama-lama takut tanggal terus selepas ini,” kata netizen.

“Lama-lama ‘free hair’ (tanggal tudung) saya rasa. Malu sangatkah pakai tudung di luar negara?,” marah netizen lain.

Ini bukan kali pertama pengacara berusia 28 tahun itu dikecam mengenai gaya pilihan termasuk baju dikenakan.

Sebelum ini, pengacara MeleTOP itu pernah dikecam apabila tampil berpakaian sendat, sekali gus dikatakan tidak sesuai dengan imej berhijab.

Dia juga pernah dikritik kerana mengenakan pakaian sukan terlalu ketat ketika melakukan aktiviti berbasikal.- KOSMO! ONLINE

 
Sponsored Post

neziten ni kalau tgk komen acah baik ramai gila....tapi ramai gila yg layan blue...hahah hipokrit lah puak ni
Bukan macam tu........ Tudung tu tujuan tutup aurat.............. Tapi Tudung dia tu nampak leher, tak cukup syarat tutup aurat......... Itu je kes nya
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register