BTC USD 57,925.3 Gold USD 2,298.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SHOPEE SEMAKIN SENDU

Sponsored Post

Grab dl mcm nie jgk style dia....awal2 sedap ja jd drive dia....duit promosi berkepuk....bila dia dh control market hancur terus hehehe

Awal-awal nak tarik pelanggan
Dah Grab pelanggan
Macam-macam depa buat walaupun pelanggan tak suka
 
Wanita Orang Asli bina rumah hasil jualan di Tiktok

Wanita Orang Asli bina rumah hasil jualan di Tiktok

Wanita Orang Asli suku Jahut, Nur Rafidah Man, 26 dan suaminya, Rihan Rawi, 26 berbangga apabila bakal memiliki rumah impian pada Mei depan yang dibina hasil keuntungan jualan yang diperolehi di dalam platform media sosial, TikTok. - Foto BERNAMA
TEMERLOH: Tidak sampai setahun aktif berniaga, wanita Orang Asli dari Suku Jahut ini bakal memiliki rumah impiannya Mei ini yang dibina hasil jualan menerusi TikTok.

Walaupun hanya rumah kecil untuk berteduh seisi keluarga, namun sudah cukup memberikan kepuasan kepada Nur Rafidah Man, 26, dari Kampung Penderas, Kuala Krau di sini.

Beliau yang mula berniaga sejak November lalu dengan menghasilkan produk sendiri berasaskan sumber hutan seperti kacip fatimah, tongkat ali dan madu, tidak menyangka perkongsian rutin harian, adat resam Orang Asli serta pemandangan suasana di kampungnya di aplikasi itu telah membuka pintu rezeki.

Menggunakan akaun @Jungle Girl, ibu kepada anak perempuan berusia enam tahun itu kini menjana pendapatan yang memuaskan dengan hampir 60,000 pengikut di TikTok.

Nur Rafidah berkata keyakinan untuk berniaga melalui TikTok timbul selepas menjalani bengkel multimedia dan perniagaan digital anjuran guru pendidikan khas integrasi Sekolah Menengah Kebangsaaan (SMK) Kuala Krau, sekitar Jun dan Ogos tahun lalu.

"Pada awalnya saya ragu-ragu boleh ke nak buat tapi selepas pertama kali buat dan melihat hasil komisen yang dapat, rasa semangat itu datang dan tanpa berfikir panjang saya buat secara konsisten.

"Selepas itu, saya mula berani pula berniaga secara 'affiliate' (menjadi ejen) dengan melibatkan aktiviti promosi dan jualan secara langsung produk lain seperti makanan dan penjagaan kulit untuk mendapatkan komisen sampingan," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Menurutnya antara yang dipelajari daripada bengkel tersebut ialah kaedah merakam video dan penyuntingan, pemilihan tajuk kandungan video yang menarik selain turut disediakan peralatan seperti mikrofon nirkawat, lampu dan tripod.

Bertitik tolak daripada itu, beliau yang sebelum ini bekerja sebagai pembantu kantin sekolah cuba menghasilkan produk sendiri berasaskan sumber hutan.

"Saya tidak menjangkakan percubaan saya itu berhasil dan tidak pernah terfikir mampu menjana pendapatan lebih banyak berbanding pekerjaan dahulu," katanya yang telah menjual 9,000 unit produknya seperti minyak herba, jamu dan madu.

Sementara itu, guru multimedia pendidikan khas integrasi SMK Kuala Krau Mohammad Hazeem Azemi berkata Rafidah adalah antara 43 orang daripada kumpulan pertama Orang Asli yang mendapat manfaat daripada kemudahan studio multimedia di sekolah berkenaan.

Beliau berkata walaupun studio tersebut khusus untuk pelajar pendidikan khas, namun kedudukan SMK Kuala Krau yang terletak di luar bandar iaitu kira-kira 35 kilometer dari bandar Temerloh, mendorong pihak sekolah membuka kemudahan itu kepada penduduk setempat termasuk Orang Asli.

"Saya percaya guru bukan sahaja mampu mengubah pemikiran murid tetapi juga mampu membantu meningkatkan sosioekonomi komuniti setempat," katanya.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register