BTC USD 67,143.8 Gold USD 2,413.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Google Google Wallet Menambah Sokongan Untuk Para Pengguna Kad Kredit Bank Muamalat

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
443,499
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
443,499
Reaction score
35,289
Points
2,836
Awards
2
Google Wallet Menambah Sokongan Untuk Para Pengguna Kad Kredit Bank Muamalat

May 4, 2024•Aman

Google Wallet merupakan perkhidmatan dompet digital yang dipautkan terus pada telefon pintar Android, dan pengguna boleh membayar di kedai dengan menyentuh pada terminal pembayaran – dikuasakan dengan sokongan NFC pada telefon. Selepas menambah beberapa bank tempatan pada Google Wallet, terbaru, Bank Muamalat turut dilihat menambah sokongan untuk Google Wallet.

Google-Wallet-Bank-Muamalt-950x534.jpeg.webp


Bank Muamalat telah memperkenalkan sokongan untuk Google Wallet ini sekitar Mac 2024 lepas. Kad yang disokong buat masa ini oleh Bank Muamalat pada Google Wallet adalah BMMB Visa Platinum-i, BMBB Visa Infinite-i, Pos Malaysia Visa Platinum-i, dan juga Pos Malaysia Visa Infinite-i.

Pengguna perlu mempunyai peranti menjalankan Android 5.0 dan terkini, selain menyokong NFC sebelum dapat menggunakan Google Wallet ini. Beberapa pekedai juga turut menggunakan penjenamaan Google Pay untuk sokongan bayaran ini.

Bagi anda yang menggunakan kad kredit Visa Bank Muamalat, boleh mencuba Google Wallet ini pada peranti Android masing-masing. Selain Bank Muamalat, antara bank lain yang turut disokong pada Google Wallet adalah Bank CIMB, Hong Leong Bank, HSBC Bank, Public Bank, Standard Chartered dan juga Wise.


 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register