BTC USD 61,656.6 Gold USD 4,263.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Iklan 'tak diluluskan' McDonald's ditarik semula.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
McDonald's Malaysia menarik semula iklan yang dilihat mempermainkan kenyataan kontroversi 'kangkung' oleh perdana menteri.

Rangkaian makanan segera popular itu memberitahu Malaysiakini yang iklan tersebut sebenarnya "tidak diluluskan" dan terlepas daripada saringan rasmi.

"McDonald's Malaysia ingin menjelaskan bahawa visual yang dihasilkan itu terlepas ke restoran-restoran kami akibat kesilapan komunikasi.

"Semua bahan ini telah ditanggalkan," kata rangkaian restoran itu dalam kenyataan mereka.

Bahan iklan itu yang mula dikesan di meja-meja restoran McDonald's di sekitar Lembah Klang adalah sebahagian daripada kempen pemasaran McSavers.

Ia berbunyi seperti berikut:

“Harga sayur tidak turun tapi harga burger tetap turun”

Ia ditanggalkan beberapa hari kemudiannya.

Ayat dalam kempen itu dilihat merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Najib Abdul Razak yang mendakwa harga kangkung sudah berkurangan.

Kenyataan itu yang dibuat Najib bagi menggambarkan bagaimana turun naik harga barang berlaku kerana faktor luaran dan bukannya dasar kerajaan, diperlekehkan oleh orang ramai


a102f28410529eab5aadc77ead2f8838.jpg

Sumber http://www.malaysiakini.com/news/254069
 
Tak menyatakan kangkung, sedangkan sayur rasmi yang diguna oleh mcdee ialah salad
 
ahaaaa...MD pakai salad kan..tak tahu pulau MD pakai kangkung....
wakakakakakakakaka
 
sekarang nih..yg berkuasa adalah pemimpin2 kerajaan..rakyat nih bkn ada apa pun..kesian rakyat malaysia..takut dengan pemimpin2 yg diorang sendiri lantik..
 
hek eleh..lembik btul PM ni..kene sikit macam ni dah nk terasa??
ke pegawai2 dia yang dok kipas dia ni??
Dato', iklan McD yang teasing dato' dah kami suruh tarik balik..
kehkehkeh..
 
Back
Top
Log in Register