BTC USD 62,817.8 Gold USD 4,336.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Takkan tak sayang emak’

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
pix_middle

BANTU...pegawai JKM dan kakitangan hotel mengangkat Faridah untuk dibawa masuk ke dalam van, semalam.

pix_topright

PILU...Faridah tidak dapat menahan kesedihan.

KUALA LUMPUR: “Emak saya bang, takkan saya tak sayang. Apapun yang berlaku, sebagai anak saya mohon ampun dan maaf dengan apa yang terjadi. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ketika ini, saya harap mak memahaminya,” kata Amir Mohd Omar, 27, anak Faridah Maulud, ibu yang ditinggalkan di sebuah hotel bajet di sini sejak 3 Mac lalu.

“Saya buntu dan seperti tenggelam punca kerana dalam hati tidak terlintas langsung untuk menyusahkan ibu seperti itu.

“Kejadian ini menyebabkan saya dihubungi sanak-saudara yang selama ini tidak tahu kedudukan sebenar saya walaupun sudah lima tahun menetap dan bekerja di ibu negara. Ada yang memberikan reaksi positif dan ada yang menyalahkan saya sebagai punca semua ini berlaku.

“Namun, saya buat begini kerana sayangkan mak dan mahu dia selesa. Kalau mampu, sudah tentu saya tempatkan dia di rumah sendiri kerana selama ini kami berkongsi susah dan senang,” katanya ketika bersetuju bertemu wakil Harian Metro selepas beberapa kali dihubungi, semalam.


Harian Metro berusaha mencarinya sejak pagi dengan mendapatkan nombor telefon Amir daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pengusaha hotel.
 
Tak sangka tindakan sepupu



KOTA TINGGI: “Menitis air mata saya sebaik mendengar berita ibu saudara yang dianggap ibu kandung sendiri kini hidup menderita,” kata Aminudin Doll, 50-an, anak saudara warga emas lumpuh, Faridah Maulud, 66, yang ditinggalkan anak kandungnya di sebuah hotel bajet di Kuala Lumpur sejak lima hari lalu.

Aminuddin yang juga Ketua Umno Cawangan Kampung Jawa Pengerang berkata, tidak menyangka sepupunya, tergamak melakukan perbuatan itu sedangkan warga emas berkenaan memeliharanya sejak kecil seperti menatang minyak yang penuh.


“Dia anak tunggal dan dimanjakan sejak kecil...mak cik saya tidak pernah memukulnya walau menjentik tangan. “Selain dibesarkan dengan penuh kasih sayang, segala keinginan Amir dipenuhi mak cik. Tanpa diduga, apabila tua mak cik diperlakukan sedemikian rupa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jawa, Pengerang di sini, semalam.

Menurutnya, selain terkilan dengan kelakuan sepupunya dia sedih mengenangkan penderitaan terpaksa dialami ibu saudaranya itu yang dianggap seperti ibu kandung.
 
JKM bawa Faridah keluar dari penginapan


KUALA LUMPUR: “Saya sayangkan dia (anak). Terima kasih kerana bantu saya. Tidak tahu nak kata apa, terima kasih sajalah,” kata Faridah Maulud, 66, ibu yang ditinggalkan anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di ibu negara sejak 3 Mac lalu.

Penderitaan warga emas itu berakhir semalam apabila dia ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan yang mengambil langkah segera membawanya keluar dari hotel berkenaan selepas kisah wanita itu disiarkan muka depan Harian Metro, semalam.


Pegawai Bahagian Warga Tua dan Keluarga (WTK) JKM, Junaidah Jahid berkata, ketika ini Faridah ditempatkan di Pusat Sehenti jabatan itu di Sungai Buloh, Selangor sementara menantikan proses carian waris terdekat sebelum tindakan susulan diambil.

Katanya, perintah untuk menempatkan bekas guru al-Quran itu diperoleh di Mahkamah Majistret Jalan Duta, di sini, semalam dan proses untuk mengenal pasti waris atau sanak-saudara terdekat mengambil masa 30 hari sebelum dia dijaga pusat jagaan kelolaan JKM.
 
harap semua jangan salah sangka . anak dia meninggal dunia dalam satu kemalangan . dia dari Johor Bahru hendak pergi ke Kuala Lumpur , dekat Kuala Lumpur sewa rumah bujang . ramai lelaki . itu yang dia sewakan Hotel Bajet untuk mak die . dekat Twitter dah kecoh dah .

Btol ker psl nie??...saper yg tau....
 
nasib baik la pengurusan hotel tue berjiwa murni....klu x xtau la nasib makcik nie....sedih aku....
 
dia anak tunggal,bila sewa rumah,yang duduk sama lelaki bujang.ibu lumpuh.
makan pakai siibu sapa nak uruskan sementara anak keluar bekerja.ibu lumpuh.cuba situasi ini letak pada diri korang,macammana agaknya ????
 
org pengerang upernya...
 
Back
Top
Log in Register