BTC USD 64,101.3 Gold USD 2,390.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BR1M BSH BPR BKM STR - Fasa 2 dibayar April 2023

batalkan brim dan bsh...ajar rakyat bagaimana hendak memancing ikan...bukan beri ikan yang siap di pancing...masalah rakyat sekarang mereka tak tahu ilmu pengurusan duit yang betul... belanja wang sesuka hati...saya cadangkan baca buku robert kiyosaki...belanja sesuka hati..dan tak tahu apa itu duit...saya cadangkan kerajaan cari rakyat yang betul-betul susah... seperti pusat zakat...agak manja seringkali di beri...

Barang Mahal mengigau ke apa?

Baca buku kiyosaki bkn Hari ni baca esok dah kaya :))

Sm la mcm tgk Chanel YouTube julfazli 24 jam non stop bukan blh kenyang

Boom...dapat serdak.
 
Sponsored Post

batalkan brim dan bsh...ajar rakyat bagaimana hendak memancing ikan...bukan beri ikan yang siap di pancing...masalah rakyat sekarang mereka tak tahu ilmu pengurusan duit yang betul... belanja wang sesuka hati...saya cadangkan baca buku robert kiyosaki...belanja sesuka hati..dan tak tahu apa itu duit...saya cadangkan kerajaan cari rakyat yang betul-betul susah... seperti pusat zakat...agak manja seringkali di beri...
Mrmancing..lawak antaraafrika ko ni..dunia dh moden..duk main pancing lagi..
 
aku rasa bsh patut diteruskan sehingga ekonomi dah ok.. bila kerajaan dah bagi byk peluang pekerjaan.. baru bole batalkan bsh..

untuk golongan yg susah dan oku kita sudah ada pusat zakat.. jkm dan ngo yg bole bantu.. bole dpt duit tiap2 bulan.

dan sy xsetuju gst sbb dia mngenakan cukai pada semua golongan masyarakat dari muda smpai tua.. dan gst xikut undang2 islam..
 
Dulu zaman Najib buleh...


image.jpeg

Ishak semalam membuat semakan permohonan BSH2019 namun gagal memenuhi kelayakan kerana tiada tanggungan dan belum mencapai usia warga emas. - UTUSAN ONLINE/AZLAN BAHRUM

KUALA TERENGGANU 21 Feb. - "Dulu zaman Najib buleh (dapat) BR1M, bakpe (sebab apa) lening (sekarang) tak buleh BSH? Patut biar buleh belaka untuk OKU, ibu dan bapa tunggal persendirian."

Ishak Awi, 59, yang kudung kedua-dua belah kaki di samping cacat tangan kiri sejak lahir berkata, Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 amat bermakna buat golongan sepertinya dan ditunggu-tunggu saban tahun namun, impiannya musnah apabila dimaklumkan tidak memenuhi kelayakan ditetapkan.

Dia yang cuma bekerja sebagai pembantu di kedai membaiki kasut di bazar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) berdekatan hentian bas KT berharap agar nasib malang mereka mendapat pembelaan kerajaan termasuk jumlah bantuan dikekalkan seperti dahulu.

"Daripada mula BR1M diperkenalkan saya sokmo buleh dapat RM450.

"Saya harap biar buleh belaka semua (golongan), buat macam Najib buat dulu. Tetapi, nak cakap lebih-lebih pun payah juga," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ishak merupakan kalangan rakyat yang kecewa dengan proses pendaftaran dan kemaskini permohonan BSH 2019 apabila

dimaklumkan tidak layak menerima manfaat tersebut sebagaimana dipaparkan dalam muka hadapan Utusan Malaysia hari ini.

Semalam, Ishak datang ke kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang beroperasi di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini bagi menyemak status kelayakan bagi memohon bantuan kategori bujang.

Ishak berkata, jumlah RM100 terlalu kecil buatnya dan hanya mampu bertahan untuk menampung kos tambang bas selama sebulan berulang-alik ke rumahnnya di Kampung Tanjung, Batu Rakit yang memakan masa hampir 40 minit ke bandar raya.

"Kos tambah pergi balik setiap hari sebanyak RM3.20. Saya membantu menjual tapak kasut di kedai majikan. Gaji tidak tetap kalau dapat jual buleh lah dapat RM15 ke RM20 untuk sepasang tapak," katanya yang menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sementara itu, Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini turut berkongsi gambar Ishak dalam laman Facebooknya yang mendapat tanda suka 33,000 dengan 4,700 komen di samping 4,400 perkongsian.


http://www.utusan.com.my/berita/nasional/video-dulu-zaman-najib-buleh-1.845989
 
aku rasa bsh patut diteruskan sehingga ekonomi dah ok.. bila kerajaan dah bagi byk peluang pekerjaan.. baru bole batalkan bsh..

untuk golongan yg susah dan oku kita sudah ada pusat zakat.. jkm dan ngo yg bole bantu.. bole dpt duit tiap2 bulan.

dan sy xsetuju gst sbb dia mngenakan cukai pada semua golongan masyarakat dari muda smpai tua.. dan gst xikut undang2 islam..
Cukai sst pun sama la x ikut islam..
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register