Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #61  
Old 11-07-2018, 12:38 PM
Don Malaya Don Malaya is online now
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (2)
Join Date: May 2011
Location: Full Time Trader
Posts: 25,119
Thanks (Received): 342
Likes (Received): 146
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by theblur View Post
UEC ni guna bahasa cina ke bahasa english utk exam.

boleh je iktiraf, tapi guna bahasa Malaysia la (buku teks dan exam).

kalau berani la.

sebab yg aku dgr kata2 depa, UEC ni lagi susah dari SPM. silibus form 4 subjek sains, depa kat UEC dah belajar ketika form 2.

eh, UEC ni ada subjek bahasa Malaysia ke? sejarah Malaysia?

tak nak spekulasi, nak fakta. ada ke tak.


seriously, cant brain benda ni. kenapa susah sangat bangsa Cina di Malaysia nak assimilate atau nak guna bahasa Malaysia dengan proper.

orang Cina di Singapore pun rasanya lebih bangga bila guna bahasa inggeris. indon siam vietnam jgn cite la, mmg org cina dah assimilate dengan budaya setempat sampai fluent bahasa negara mereka.

kat Malaysia je ni, susah. selagi ada sekolah vernakular, selagi tu la susah nak satukan rakyat dengan bahasa Malaysia.

ok la, ye memang Malaysia aman damai, apa lagi mau. ok ok... tapi that feeling, mcm ada gap besar sesama rakyat berbilang bangsa. mcm semua benda fake kat Malaysia ni, hipokrit semata2 nak jaga kedamaian dan keamanan.
nie ade sikit info

Laung2kan nak pengiktirafan kaum cina di Malaysia sebagai rakyat Malaysia dan bukannya dilayan seperti rakyat kelas kedua. Tetapi tidak ingin mengiktiraf sistem pendidikan Malaysia dan masih ingin hidup dalam kepompong kaum sendiri. Bukan kah ini "Double standard".


Reply With Quote
Likes troyz, Faizudin liked this post
Paid Advertisement
  #62  
Old 11-07-2018, 12:47 PM
biawak6ix biawak6ix is offline
Newbie

 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2013
Posts: 29
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 4
Active Level
Default

Kalau budak2 maahad tahfiz xyah amek SPM juz sijil tahfiz layak x dpt pengiktirafan yg sama?..bukan apa silibus tahfiz ni dowg blajar ikut al Quran dan hadis which r sumber paling utama dunia n akhirat (kalau yg sedar r..bukan senang belajar Al Quran)...juz tnye je
Reply With Quote
Likes agigas, razzo liked this post
  #63  
Old 11-07-2018, 05:56 PM
kasturi kasturi is offline
Legendary Member

kasturi's Avatar
 
Trader Rating: (47)
Join Date: Jul 2006
Location: Menuju puncak
Posts: 12,512
Thanks (Received): 2301
Likes (Received): 649
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

UEC: Abim cadang pinda kurikulum sebelum diiktiraf
July 11, 2018


Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mendesak satu kajian ke arah meminda kurikulum Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) agar selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan amat perlu dititikberatkan terlebih dahulu.

Antaranya termasuklah meningkatkan standard subjek Bahasa Melayu dalam UEC supaya setaraf dengan subjek Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta merombak kurikulum dalam subjek Sejarah agar ia menepati silibus yang ditetapkan, serta beberapa pertimbangan lain yang perlu diberikan perhatian.

Setiausaha Agungnya Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata,sekiranya kurikulum di luar dari aliran pendidikan kebangsaan seperti UEC diiktiraf secara rasmi, maka sijil yang ditawarkan pendidikan lain yang mengikut acuan pendidikan lain akan turut mendesak perkara yang sama.

“Desakan ini hanya akan mencetuskan kekeliruan yang boleh menggugat kesepaduan orientasi pendidikan negara.

“Berkemungkinan besar polarisasi kaum dan agama akan terus melebar sekiranya persijilan seperti ini yang berada di luar skop dan aliran kebangsaan diterima,” ujarnya dalam kenyataan.

Baru-baru ini terdapat cadangan untuk mengiktiraf UEC sebagai antara syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan sektor awam diperbincangan banyak pihak.

Walau bagaimanapun, Abim menegaskan bahawa kurikulum dan peperiksaan antarabangsa seperti _IGCSE, SAT, International Baccalaureate_, dan lain-lain kurikulum dan peperiksaan yang bersifat merentasi negara dan luas pengiktirafannya termasuk kurikulum UEC sedia ada boleh dan perlu diberikan ruang dalam sistem berpendidikan di Malaysia sebagai kandungan tambahan kepada mata pelajaran teras yang diwajibkan ke atas semua sekolah.

“Abim juga berpendirian bahawa kemasukan ke IPTA wajib memenuhi syarat seperti mana yang diperuntukkan dalam kurikulum kebangsaan yang memerlukan kelulusan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

“Malah, Abim sentiasa menegaskan bahawa kualiti pensijilan SPM perlu ditambah baik dengan penambahan elemen soalan yang menekankan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) secara beransur-ansur serta mengambil kira skema pemarkahan yang lebih terbuka, dan cara penyoalan yang lebih kontekstual seperti dalam pentaksiran antarabangsa _Programme for International Student Assessment (PISA).” jelasnya.
Reply With Quote
  #64  
Old 11-07-2018, 07:19 PM
hj_maikel hj_maikel is offline
CG Top Poster Club

hj_maikel's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: May 2010
Location: semenanjung emas
Posts: 27,609
Thanks (Received): 379
Likes (Received): 1151
Active Level
My Mood:
Default

Padan muka depa... tu lah bising sgt harap2 kena balik pada btg idung mereka balik..
__________________
jaga rukun islam kita, jaga rukun iman kita, jaga hubungan kita dengan Allah, jaga hubungan kita sesama manusia. Insyaallah, Allah akan jaga kita dan islam itu dengan sendirinya terjaga
Reply With Quote
  #65  
Old 11-07-2018, 08:06 PM
asyraf77 asyraf77 is offline
Active Member

asyraf77's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Jan 2008
Posts: 1,188
Thanks (Received): 8
Likes (Received): 17
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by Don Malaya View Post
nie ade sikit info

Laung2kan nak pengiktirafan kaum cina di Malaysia sebagai rakyat Malaysia dan bukannya dilayan seperti rakyat kelas kedua. Tetapi tidak ingin mengiktiraf sistem pendidikan Malaysia dan masih ingin hidup dalam kepompong kaum sendiri. Bukan kah ini "Double standard".


lepas ni kena belajar sejarah dinasti2 cina la ye..
lepas tu tak lama belajar sejarah negara india.. 100hari janji pakatan memang terbaik...
perjuangan hak kaum cina lebih penting dari memperbaiki taraf ekonomi rakyat,
sebab apa? sebab yg miskin bukan cina, tapi melayu..kesian...
Reply With Quote
  #66  
Old 11-07-2018, 08:37 PM
mie_amour mie_amour is offline
Active Member

mie_amour's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Oct 2008
Posts: 1,796
Thanks (Received): 10
Likes (Received): 25
Active Level
My Mood:
Default

Nak iktiraf aec pulak? Abis yg sijil2 diploma bwh JPA yg x diiktiraf ni sapa plak nak jwb..sijil2 bdk2 KV pun ada yg MQA xlepas walhal mmg kjaan punya..panas plak hati kita..
__________________
Belajar dan terus belajar...
Reply With Quote
Likes d_conan liked this post
  #67  
Old 11-07-2018, 08:44 PM
BenVentures BenVentures is online now
Active Plus

BenVentures's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2018
Posts: 3,276
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 290
Active Level
Default

Dah ada dlm manifesto tunai je la.
O level, a level, IB, Aussie matriculation pun boleh iktiraf. Knp UEC Xleh?
Reply With Quote
  #68  
Old 11-07-2018, 09:15 PM
mrvx mrvx is offline
Super Active

mrvx's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2009
Posts: 8,515
Active Level
My Mood:
Default

Lepas tu...wujud sejarah.melayu berasal drp lanun2
Reply With Quote
  #69  
Old 12-07-2018, 05:42 AM
cyber99 cyber99 is offline
Regular

cyber99's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2011
Posts: 703
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 50
Active Level
My Mood:
Default

Tutup Tahfiz, iktiraf UEC? Jahilnya.....

Jahil sungguh sebahagian orang Melayu yang bergelar dan berjawatan, apabila berkata tutup sekolah tahfiz (agama) dan iktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu Sekolah Persendirian Cina (UEC). Menjadi jahil murakab apabila mahukan sekolah tahfiz ditutup. Mereka ini rakyat Malaysia ke bukan? Membaca perlembagaan atau tidak? Peliknya, kenapa mereka tidak sensitif langsung masih ramai rakyat Malaysia yang tidak boleh bertutur dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu (BM) selaku bahasa negara?

Sepatutnya, sebagai rakyat Malaysia, semuanya mesti fasih berbahasa Melayu (BM), bahasa negara, seperti keluarga Cina saya. Persoalannya, kenapa masih ada, malah ramai dalam kalangan rakyat Malaysia, termasuk wakil rakyat, bercakap BM berterabur, sedangkan kita sudah merdeka lebih 60 tahun? Dalam keadaan sebegini pun, lebih hina lagi apabila ada mendesak kerajaan mengiktiraf UEC, meskipun ia bercanggah dengan hasrat kerajaan dan agenda pembinaan negara bangsa.

Agenda negara seperti bahasa negara (BM) mesti dikuatkuasakan dan jangan dipolitikkan. Belum pun 100 hari saya lihat kesilapan demi kesilapan telah dilakukan barisan pemimpin PH yang mengetuai kerajaan Malaysia. Mungkin disebabkan oleh ramai dalam kalangan mereka yang tidak mempunyai pengalaman.

Ada yang terlalu baharu dalam dunia politik. Langsung tidak pernah terlibat dalam pimpinan cawangan atau bahagian, tiba-tiba bertanding, menang, terus dilantik menjadi ketua menteri, menteri atau timbalan. Lebih malang lagi apabila bercakap tidak berlapis atau fikir dahulu sebelum meluahkan.

Saya harap dalam proses pembelajaran itu mereka akan menjadi matang. Fikir dahulu atau sebelum mengeluarkan kata-kata atau sebelum bertindak. Jika tidak, tidak sampaipun lima tahun lagi, pasti mereka akan ditukar. Rakyat Malaysia sudah bijak.

Saya tidak dapat menerima sama sekali apabila ada rakyat Malaysia tidak dapat bertutur dan memahami bahasa negara atas beberapa alasan; Pertama, sebab mereka adalah rakyat Malaysia dan lahir di Malaysia, tidak ada alasan untuk tidak fasih BM, kecualilah mereka lahir di China atau di India. Kedua, BM adalah bahasa negara, mana mungkin rakyat Malaysia tidak dapat menguasainya. Apa yang mereka buat selama ini?

Kefasihan Peguam Negara baharu, Tommy Thomas dalam bahasa Melayu antara isu yang dibangkitkan pengkritiknya ketika beliau dinamakan sebagai pengganti peguam negara sebelumnya. Namun, tidak dihiraukan.

Saya sangat terkejut apabila Peguam Negara sendiri berkata beliau akan mempelajari BM yang telah ditinggalkan selama ini, lebih 40 tahun berkecimpung dalam sektor perundangan. Kenapa ditinggalkan bahasa negara sedangkan kita tinggal dan mencari makan di sini? Orang Bangladesh yang tidak sampai setahun di sini pun boleh bertutur dan memahami BM dengan baik, kenapa kita yang bergenerasi tinggal di sini tidak dapat menguasai bahasa negara ini?

Apa sudah jadi dengan rakyat Malaysia? Kita resah jika mereka jahil Bahasa Inggeris (BI) dan bahasa ibunda tetapi kita tidak langsung kisah jika mereka jahil BM?


Peguam Negara yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes Datuk Seri Najib Razak, meminta perbicaraan di Mahkamah Tinggi dilakukan dalam bahasa Inggeris. Beliau berjanji akan memperbaiki kelemahan berbahasa Melayu. Alasan beliau, ketika menjadi peguam selama 42 tahun, berurusan dengan anak guam, pada dasarnya klien komersial dan dokumen, beliau mengabaikan bahasa (Melayu) saya. Beliau berjanji akan memperbaiki BM. Persoalannya, bolehkah bahasa dikuasai sepenuhnya dalam jangka masa singkat sementara menunggu 5 tahun lagi?

Inilah akibatnya apabila kita memandang remeh agenda negara. Sibuk berpolitik. Agenda negara menjadi percaturan politik. Apabila penegasan dibuat, maka di situ ada kepentingan politik, akhirnya agenda negara di ketepikan demi mendapat undi.

Apakah kita sudah lupa, pada 10 Oktober 2009, Hakim Abdul Malik, yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Azhar Ma'ah dan Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad menolak rayuan Anwar atas alasan memorandum rayuan difailkan Anwar dalam bahasa Inggeris adalah cacat, tidak sah dan mencabuli proses mahkamah.

Hakim tersebut berkata, keutamaan Bahasa Malaysia atau bahasa Melayu dalam mahkamah kita tidak boleh dinafikan. Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan, dibaca bersama-sama Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan menetapkan semua prosiding, selain daripada memberi keterangan oleh seorang saksi, di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan mahkamah rendah mesti dibuat dalam bahasa kebangsaan.

Begitu juga Peraturan 101, Peraturan-peraturan Mahkamah Rayuan 1994, menetapkan dokumen-dokumen perlu dalam bahasa kebangsaan.

Peguam terikat dengan ketetapan menggunakan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia dalam prosiding mahkamah. Menurut penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan semasa menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam saman fitnah RM100 juta terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Hakim Abdul Malik Ishak, Bahasa Melayu mesti digunakan bukan sahaja semasa prosiding tetapi juga dalam memfailkan dokumen-dokumen mahkamah. Kegagalan pihak perayu untuk memfailkan memorandum rayuan dalam Bahasa Melayu akan menyebabkan rekod rayuan yang difailkan oleh perayu tidak boleh digunakan. Beliau berkata mahkamah perlu menguatkuasakan keperluan memfailkan dokumen mahkamah dalam bahasa Melayu seperti ditetapkan undang-undang.

Memorandum rayuan dalam bahasa Inggeris yang difailkan Anwar secara terang-terangan melanggar undang-undang dan perlu ditolak. Perayu mesti memfailkan memorandum rayuan dalam bahasa kebangsaan. Tiada bahasa lain akan dilayani dan tidak layak sebagai rekod rayuan.

Untuk makluman, Anwar memfailkan saman pada 26 Januari, 2006, mendakwa kenyataan Tun Mahathir yang menggelarnya sebagai seorang homoseksual adalah satu fitnah dan bertujuan mengaibkannya secara peribadi dan kapasiti rasminya sebagai bekas menteri kewangan dan timbalan perdana menteri. Pada 4 Julai, 2007, Mahkamah Tinggi Kuala lumpur menolak saman itu dengan kos selepas membenarkan permohonan Dr Mahathir untuk membatalkan saman itu. Anwar kemudian mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan berhubung keputusan itu (Bernama, 9 Disember 2009).

Saya masih yakin dengan apa yang saya tulis selama, jika dibanci selagi lagi penduduk Malaysia setiap 10 tahun, bagi tahun 2020 nanti, bukti-bukti seperti ini pasti akan berulang. Pada 2010 apabila banci penduduk dibuat, rupa-rupanya begitu ramai rakyat Malaysia, terutama orang Cina tidak dapat bertutur dan memahami BM. Pembanci terpaksa membawa penterjemah sebagai pengantara untuk menterjemahkan BM yang disampaikan pembanci ke dalam bahasa Cina (juga India). Wajarkah rakyat Malaysia terpaksa menterjemahkan BM selaku bahasa negara kepada rakyatnya sendiri? Pergilah ke dunia lain dan lihat. Tidak pernah ada berlaku, kecuali di Malaysia.

Inilah akibatnya apabila kita terlalu rasis dan obses dengan bangsa sendiri sehingga agenda negara ditolak ke tepi. Sistem pendidikan berasaskan kaum terus bersarang sehingga tidak boleh disentuh. NGO dan Parti Politik ultra kiasu lebih berkuasa daripada kerajaan. Kerajaan terpaksa tunduk untuk kekalkan kuasa.

Kajian saya ke atas orang Cina membuktikan, majoriti mereka tinggal di kawasan perumahan Cina, bersekolah Cina, mendengar dan menonton siaran radio dan tv Cina, membaca akhbar Cina dan berkawan dengan Cina. Tidak bercampur dengan orang Melayu. Pendek kata, sosialisasi mereka terlalu kecinaan (Keindiaan). Berbeza sekali dengan bumiputera Sabah dan Sarawak. Apabila BM tidak ditekankan atau diwajibkan, sampai bilakah masa mereka akan menguasai dan menghayati agenda negara seperti bahasa negara.

Kita menganggap perkara ini kecil, lebih hina lagi, ada orang mencadangkan supaya menutup sekolah agama (tahfiz) dan iktiraf UEC. Wah! hebat Malaysia.

Wahai pemimpin politik! Berfikirlah, rancanglah mulai daripada sekarang, bagaimanakah untuk memandaikan rakyat Malaysia untuk memahami dan menghayati agenda negara sebelum terlambat. Janganlah asyik berpolitik kerana ia akan menghancurkan negara kita pada suatu nanti.

Akhirnya, saya memuji kenyataan terbaharu Menteri Pendidikan, yang akan membuat kajian secara holistik tentang UEC sebelum diiktiraf terutama melibatkan subjek BM. Terima kasih.

---Mohd Ridhuan Tee Abdullah


https://www.facebook.com/ridhuantee/

https://www.ismaweb.net/2018/07/09/t...-uec-jahilnya/

Last edited by cyber99; 12-07-2018 at 05:46 AM..
Reply With Quote
  #70  
Old 12-07-2018, 02:18 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 133,583
Active Level
My Mood:
Default

Tetap teruskan manifesto



PUTRAJAYA 12 Julai - Meskipun ditentang oleh banyak pihak, Kementerian Pendidikan akan tetap meneruskan rancangan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) selaras manifesto Pakatan Harapan pada pilihan raya umum lepas.


Menterinya, Dr. Maszlee Malik menegaskan, pihaknya tidak akan membuat ‘pusingan u’ atau dilihat flip-flop dalam perkara itu.

“Sehubungan itu, saya tidak rasa ada sebarang percanggahan antara kita dalam perkara ini. Yang bercanggah hanya antara pihak Barisan Nasional (BN). UMNO kata lain, (Datuk Seri) Wee Ka Siong kata lain, MCA kata lain dan (Datuk Dr.) Asyraf Wajdi Dusuki kata lain.

“Dalam Pakatan Harapan, kita tidak bercanggah kerana kita telah bersetuju dalam manifesto yang ada,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan dan Majlis Ramah Mesra Kementerian Pendidikan, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Maszlee memberitahu, kementerian tidak akan membuat pusing u atau flip-flop dalam apa juga polisi yang akan dijalankan.

Ditanya berapa lama UEC akan diiktiraf, Maszlee dengan berseloroh mengatakan bahawa ia tidak akan mengambil masa selama 60 tahun seperti BN.


http://www.utusan.com.my/berita/nasi...festo-1.707661
Reply With Quote
Likes BenVentures liked this post
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump