Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > MAKE MONEY DISCUSSION > Forex > Forex General Discussion

Forex General Discussion General discussion of forex trading. Any common discussion related of forex could be find here except of Forex systems.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Closed Thread
 
Thread Tools
  #1  
Old 10-03-2017, 01:02 PM
Jejaka Perasan Jejaka Perasan is offline
Super Moderator

Jejaka Perasan's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2006
Location: http://www.carigold.com
Posts: 1,437
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Exclamation Isu tak puas hati dgn servis group bukan masalah komuniti CG! Jgn merengek dlm forum!

Selamat sejahtera,

Saya ingin mengupas mengenai hal-hal berkaitan Forex untuk anda semua. Seperti yang kita tahu, terlalu banyak kelas-kelas Forex yang dianjurkan oleh Masta-Masta (Bab panggilan Masta kebiasaannya dorang yang claim sendiri) yang semestinya disebabkan oleh duit. Bukan semua kelas-kelas tu teruk, tapi hakikatnya majoriti memang begitu. Di sini saya ingin menekankan agar kita lebih bijak dan berfikir dulu sebelum membuat satu-satu keputusan. Tak perlu dengar nasihat kawan yang baru kita kenal, lebih-lebih lagi pada benda-benda yang melibatkan duit.

Untuk makluman anda, CG dah lama praktikkan bahawa perbincangan di forum adalah hanya melalui forum sahaja tanpa sebarang propaganda untuk redirect ahli-ahli ke medium lain, malahan peraturan ini telah bertahun lama digariskan dalam FORUM RULES. Kita juga tahu bahawa ada sebilangan individu yang mempunyai kepentingan sendiri demi meraih keuntungan semata-mata, membuka private group di medium-medium sosial baru seperti Whatsapp/Telegram/FB. Mereka mengenakan yuran dalam bentuk tunai, sign up & deposit di bawah link affiliate dan sebagainya. Selama bertahun-tahun, banyak ahli-ahli CG yang melanggar peraturan dengan mempromosi link-link group sendiri secara terang-terangan di dalam thread perbincangan dalam seksyen Forex CG. Kesannya sebilangan ahli & trader forex CG banyak dialihkan ke group-group tersebut dan terus tidak aktif selama bertahun-tahun.

Namun begitu, majoriti yang join group hanya tertipu dan banyak yang tak puas hati. Ingin kita tekankan sekiranya anda membuka topik tersebut atas dasar tak puas hati dengan servis hasil dari anjuran group-group tersebut, sila luahkan perasaan tak puas hati anda itu di tempat lain. Atau pergilah jumpa dengan orang yang anda tak puas hati tu. Melalak dalam forum macam anjing tak bertuan pun tak guna sedangkan selama ini pun langsung tak aktif dah di CG. Better contact balik orang tu guna Whatsapp/Telegram/FB, come on guys. Please grow up! Malu lah kat orang dengan perangai macam tu.

Perbincangan dalam forum, adalah dalam forum sahaja. Sila baca segala peraturan am forum. Tolonglah jadi orang yang berilmu. Ini main bedal sahaja. Dan tak perlu lah anda nak direct geng-geng CG sedia ada ke Whatsapp/Telegram/FB lagi. Mana-mana link yang kita jumpa untuk directkan ke Whatsapp/Telegram/FB, kita akan DELETE terus tanpa notis.

Ramai yang menggelar diri tu Otai-Otai dalam CG. For your information, di sini tak ada Otai Mengotai ni. Semua orang tak kira baru atau lama, perlu ikut segala peraturan forum. Kita tak nak buang masa melayan orang yang berspesis seperti ini.

Siapa yang makan cili, tentulah dia terasa pedas. Ada sesetengah former, punyalah lama tak aktif tapi bila ada hal yang terkena dirinya barulah nak guna CG ni sebagai pentas untuk meraih simpati dan merengek. Sorry, kita tak layan orang-orang macam ini. Sila merengek kat tempat lain.

Jangan jadikan CG tempat untuk anda meluahkan perasaan, dah lah bertahun-tahun tak online boleh pulak anggap diri tu Otai. Otai kepala timun lah.

Mulai saat ini, sila ikuti peraturan am CG. Tak susah, Cuma tengok dekat Signature saya ini. Atau pun terus klik di link ini:

http://www.carigold.com/portal/forums/rules.html

Terus terang ingin saya katakan, kadang-kadang saya rasa malu dengan tindakan segelintir forumer yang tak tau apa-apa, tapi main tembak sahaja.

Jadilah former yang bijak dan jangan mudah tersentap dengan sesuatu perkara yang anda tidak tahu sebabnya.

Tolonglah berubah!

Pesanan ikhlas dari saya untuk semua.

P/S: Otai-otai CG yg sebenar adalah user yang register dari Nov 2005 - Mar 2006. Harus diingatkan bahawa bukan semua Otai mempunyai banyak knowledge. Hanya sebahagian kecil sahaja.
__________________
Quote:
Any Suggestion, ideas or Comment to notify us please use this

Quote:
Sila tekan butang REPORT(Tanda Seru Warna Kuning) pada penjuru kanan post berkaitan yang melanggar Peraturan AM Carigold.com untuk tindakan segera dan pantas dari pihak kami.
Paid Advertisement
Sponsored Links
Closed Thread

Tags
mengadu, merengek, otai, petai, tipu

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump