Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > ENTERTAINMENTS, HOBBIES, INTERESTS > Entertainments, Interests, Lifestyle > Apple, Android, Smartphone, Tablets

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 16-04-2019, 11:03 PM
Xploit Machine Xploit Machine is online now
Super Active

Xploit Machine's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2012
Location: West Malaysia
Posts: 6,574
Likes (Received): 1684
Blog Entries: 16
Active Level
Post Aksi Bak Jurugambar Profesional

16.04.2019 - Peranti terbaharu keluaran Huawei dalam Siri P30 dilengkapi dengan kamera ‘Quad’ Leica sekali gus mampu untuk menghasilkan imej lebih terperinci serta tona warna pada gambar yang terakam terang.

Bagi peranti perdana Siri P30 ini mempunyai pelbagai pilihan warna iaitu Aurora Blue, Breathing Crystal dan Amber Sunrise. Namun yang lebih utama adalah prestasi kamera yang mengagumkan.

Huawei P30 dan P30 Pro menggunakan revolusi sensor RYYB yang berkeupayaan untuk meningkatkan kadar penginderaan cahaya sebanyak 40 peratus.

Keupayaan itu menjadikan peranti berkenaan mampu untuk merakam gambar dalam keadaan pencahayaan kurang seperti gelap malam atau suasana kelam.

Walaupun di bawah pencahayaan rendah, Huawei P30 Pro masih mampu untuk merakam gambar dengan baik, malah mampu untuk menghasilkan imej dalam warna sebenar.

Pemilik peranti berkenaan juga mampu untuk merakam gambar fenomena Aurora di langit menggunakan mod malam (night mode) dan merakam gambar dalam mod pendedahan panjang.

Untuk mengambil gambar keindahan galaksi, pengguna memerlukan tripod supaya imej yang terhasil cantik serta sempurna. Pengguna hanya perlu memilih mod kamera kepada profesional dan menyesuaikan tetapan ISO kepada 1600 dan dibiarkan selama 30 saat pendedahan panjang.

Bagi siri P30 untuk keupayaan pembesaran (zoom) pula, peranti perdana berkenaan adalah yang terbaik dan tidak ada telefon pintar yang mampu merakam gambar sebaik P30.

Peranti ini mampu membuat zum optikal 3 kali, 5 kali dan zum digital sehingga maksimum pembesaran sebanyak 30 kali. Manakala siri P30 Pro pula boleh membuat zum optikal 30 kali, 10 kali dan zum digital sehingga maksimum 50 kali.

Menerusi keupayaan zum itu, peranti Siri P30 Pro juga jelas mempamerkan tulisan ‘Mariae Nascenti’ dan merakam secara terperinci dekorasi walaupun diambil dalam jarak yang jauh.

Ia juga mampu untuk merakam gambar binatang liar yang terletak 10 meter jauhnya dan hasil rakaman kelihatan seperti diambil dari jarak dekat.

Pengguna yang merakam gambar menggunakan peranti Siri P30 umpama seorang jurugambar profesional. Peranti itu juga dilengkapi dengan Huawei TOF Kamera serta kecerdasan buatan (AI) untuk mengambil gambar dalam keadaan berdepan dengan cahaya.

Bagi pencinta kehijauan, mereka boleh menggunakan mod Super Macro dan mengambil gambar secara dekat daripada 2.5 sentimeter dan kamera siri P30 mampu untuk merakam setiap butiran terperinci.

Menggunakan peranti Siri P30, gambar yang dirakam pastinya kelihatan umpama jurugambar profesional dan fungsi kamera serta pembesaran imej adalah yang terbaik berbanding telefon pintar lain.

Dua varian HUAWEI P30 Pro ditawarkan iaitu dengan spesifikasi memori (RAM) 8GB dan storan 256GB pada harga RM3,799 manakala storan 512GB pada harga RM4,399.Peranti P30 pula dijual pada harga RM2,699 dan mempunyai spesifikasi 8GB RAM serta storan 128GB.











__________________
¸
"It's me, infront of dark retina, all you can feel is invisibility and silence" - Joe Isabella
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 16-04-2019, 11:12 PM
DreamCatcher DreamCatcher is offline
CG Top Poster Club

DreamCatcher's Avatar
 
Trader Rating: (24)
Join Date: Jan 2008
Location: portalkini.com
Posts: 23,233
Thanks (Received): 418
Likes (Received): 382
Blog Entries: 3
Active Level
My Mood:
Default

ajal dslr semakin dekat
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump