Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #71  
Old 21-10-2018, 11:13 PM
agigas agigas is offline
Active Member

agigas's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2009
Posts: 1,792
Thanks (Received): 58
Likes (Received): 158
Blog Entries: 1
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by findemas View Post
Betul ke perumpamaaan tu? Macam salah je.
Ok mari kita cuba gunakan KBAT untuk mencari perumpamaan yang paling sesuai untuk isu ini.
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #72  
Old 23-10-2018, 11:40 AM
cek mek molek cek mek molek is online now
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 34,191
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 3587
Active Level
My Mood:
Default

'Elok sekolahkan menteri, MB, KM dan wakil rakyat HARAPAN'


A Kadir Jasin | Diterbitkan 22 Okt 2018, 12:06 tengah hari | Dikemaskini 22 Okt 2018, 12:17 tengah hari





ULASAN l Bahaya kerajaan baru Pakatan Harapan (HARAPAN) disabotaj tidak dapat ditolak begitu sahaja dan terdapat dua sumber utama kepada ancaman ini.

Pertama, pemimpin HARAPAN – termasuk anggota kabinet – mensabotaj kerajaan mereka sendiri kerana kejahilan, tamak kuasa dan ketiadaan fokus.

Saya telah menyentuh hal ini secara tidak langsung dalam tulisan yang lepas mengenai lima menteri belum setahun jagung menerima bintang kebesaran daripada negeri Melaka. Ini adalah petanda keamatoran pemikiran mereka.

Untuk mengelak hal ini berulang, HARAPAN boleh mengenakan syarat menghalang menteri pusat, menteri negeri dan ahli exconya daripada menerima bintang kebesaran ketika dalam perkhidmatan.



Lagi baik kalau semua Ahli Parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dimasukkan di dalam senarai larangan ini.

Kedua, sabotaj oleh kakitangan awam dan eksekutif GLC/GLIC kerana ketidakcekapan, pengaruh ideologi dan korupsi.

Ketiga-tiga ciri ini wujud walaupun saya tidak menafikan bahawa ada banyak kakitangan awam dan eksekutif GLC/GLIC yang cemerlang dan berkelas dunia, tetapi lebih banyak yang tidak.

Kerana lebih 60 tahun di bawah kerajaan yang sama, pemikiran mereka dipengaruhi oleh ideologi parti pemerintah dan parti pemerintah menjadi begitu feudalistik dan korup sejak beberapa dekad kebelakangan ini.

Walaupun kerajaan HARAPAN telah tidak menyambung atau memendekkan tempoh perkhidmatan beberapa orang pegawai atasan dan melantik orang baru menggantikan mereka namun “DNA”, “inprint”, acuan dan “template” Umno/BN masih kuat. Hal yang sama berlaku dalam GLC dan GLIC.

Adalah penting mereka ini disekolahkan semula secara sistematik agar kembali menjadi penjawat awam dan pengurus GLC/GLIC yang profesional, berkecuali dan bebas rasuah.

Teruja

Akibat tidak ada pengalaman, ada menteri yang jelas telah berjaya dipukau oleh ketua setiausaha kementerian masing-masing sehingga mereka menjadi “protective” terhadap KSU dan pegawai-pegawai kanan mereka.

Saya dimaklumkan ada menteri yang tidak suka atau tidak lagi mahu mendengar maklum balas parti dan orang ramai mengenai KSU mereka.

Kalau betul – tidak kira kalau sedikit sekali pun – hal ini amat berbahaya bagi kerajaan HARAPAN dan rakyat jelata yang bergantung kepadanya. Kerajaan HARAPAN terdedah kepada pemesongan dan sabotaj oleh saki-baki tali barut kerajaan lama.

Hal yang sama saya dengar berlaku di sesetengah GLC dan GLIC walaupun kepemimpinan atasan mereka sudah ditukar.



Hal ini tentulah lebih teruk di GLC dan GLIC yang masih diuruskan oleh pengurusan era BN.

Kecenderungan menyembunyikan maklumat masih berleluasa malah ada yang mempamerkan sikap angkuh kerana berasa kerajaan baru tidak tahu apa-apa dan kepakaran mereka tidak dapat diganti. Atau lebih tepat “kerajaan HARAPAN tidak mampu untuk menyingkirkan saya.”

Sebuah cerita klasik yang saya dengar adalah bagaimana ketua eksekutif sebuah GLC apabila ditanya berapa gajinya menjawab: “I can’t remember.” (Saya tidak ingat).

Setalah diselidik, didapati dia memperoleh pendapatan lebih RM7 juta setahun sedangkan syarikat kerajaan yang diuruskannya itu bolehlah dikira sebagai monopoli.

Saya juga mendapat maklum balas berkenaan adanya pengurusan GLC/GLIC yang mengintip kakitangan mereka sendiri agar tidak memberi maklumat yang diminta oleh kerajaan.

Jangan tunggu lama-lama

Saya cadangkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pusat Kebangsaan Mengenai Governans, Integriti dan Antirasuah (GIACC) memantau pegawai kanan kerajaan dan eksekutif GLC/GLIC yang berpotensi mensabotaj kerajaan.

Serentak itu siasatan ke atas pegawai kanan kerajaan dan eksekutif GLC/GLIC yang bersara atau ditamatkan perkhidmatan perlu disegerakan dan audit forensik ke atas GLC/GLIC dijadikan prosedur tetap (SOP).

Sebelum terlambat dan rakyat jelata hilang keyakinan kepada kerajaan HARAPAN, saya rasa elok menteri, menteri besar, ketua menteri dan semua wakil rakyat HARAPAN disekolahkan.



Rasanya tidak memadai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seorang menjadi guru dan mentor. Menanglah hebat dan istimewa dididik oleh perdana menteri, tetapi masa terlalu suntuk untuk tujuan itu.

Saya bernasib baik menjadi salah seorang “lepasan” kem bina semangat perdana di Negara Sembilan, yang dimentorkan sendiri oleh Dr Mahathir pada awal tahun 1990-an. Modul itu masih boleh digunakan.

Saya yakin menteri pun akan mendapat kebaikan jika disekolahkan bagi mengubah acuan minda mereka daripada pembangkang kepada kerajaan, daripada bercakap kepada bekerja dan daripada omong kosong kepada mengisi kekosongan.

Ingatlah, jika pada 9 Mei rakyat jelata boleh menendang keluar kerajaan BN yang telah berkuasa selama 61 tahun, apalah sangat dengan HARAPAN yang baru setahun jagung.




DATUK A KADIR JASIN ialah penasihat media dan komunikasi di Jabatan Perdana Menteri. Beliau bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (M) Bhd dan kini bergiat dalam BERSATU sebagai pimpinan pusat parti itu.

https://www.malaysiakini.com/news/448398
Reply With Quote
Likes piko1 liked this post
  #73  
Old 23-10-2018, 11:44 AM
cek mek molek cek mek molek is online now
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 34,191
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 3587
Active Level
My Mood:
Default

MP HARAPAN tak setuju cadangan larang terima pingat Datuk


Diterbitkan 23 Okt 2018, 8:10 pagi | Dikemaskini 23 Okt 2018, 8:23 pagi







Beberapa orang anggota parlimen HARAPAN menyuarakan rasa tidak bersetuju mengenai cadangan wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin supaya gabungan parti pemerintah itu membuat peraturan melarang wakil rakyatnya daripada menerima kurniaan darjah kebesaran Datuk semasa dalam perkhidmatan.

Bagaimanapun, MP Sungai Buloh Sivarasa Rasiah berkata masanya belum sesuai untuk membuat larangan berkenaan kerana terdapat perbezaan pendapat di antara empat parti komponen HARAPAN berhubung isu menerima pingat Datuk.

"Pakatan Harapan ada empat parti dan cukup jelas dalam isu ini terdapat perbezaan pandangan yang menyebabkan berlakunya amalan yang tidak sama.

"Pada peringkat ini, saya tidak fikir ia suatu yang dapat dilaksanakan (viable untuk larangan itu) kerana jelas terdapat berbagai pendapat dalam perkara itu," MP dari PKR itu memberitahu Malaysiakini.

Selanjutnya Sivarasa berkata gabungan parti-parti gabungan itu telah memerintah di beberapa negeri sepanjang 10 tahun yang lalu sehinggalah kemenangan Pakatan Harapan pada PRU14 lalu.

"Ia bukan sahaja berlaku sekarang, ia juga telah berlaku sepanjang 10 tahun lalu," jelas Sivarasa merujuk pengurniaan darjah kebesaran kepada pemimpin HARAPAN.

Disabotaj kejahilan, tamak kuasa

Menurutnya lagi isu ini agak rumit tetapi perlu dibincangkan kesemua parti dalam gabungan itu.

"Apa yang telah terjadi pada masa lalu... jadi jika seseorang menerima pingat lima tahun dulu dari Pulau Pinang, Selangor atau Kedah ia juga mencerminkan pendirian kamu tentang isu ini.

Kadir dalam tulisan di blognya berkata kerajaan bukan sahaja disabotaj oleh penjawat awam tertentu yang masih pekat dengan budaya BN tetapi menteri HARAPAN juga turut berbuat demikian.

"Bahaya kerajaan baru Pakatan Harapan (HARAPAN) disabotaj tidak dapat ditolak begitu sahaja dan terdapat dua sumber utama kepada ancaman ini.

"Pertama, pemimpin HARAPAN – termasuk anggota kabinet – mensabotaj kerajaan mereka sendiri kerana kejahilan, tamak kuasa dan ketiadaan fokus.

"Kedua, sabotaj oleh kakitangan awam dan eksekutif GLC/ GLIC kerana ketidakcekapan, pengaruh ideologi dan korupsi," kata Kadir (gambar) yang menulis dalam kapisiti peribadi memandangkan beliau ialah Penasihat Media dan Komunikasi di Jabatan Perdana Menteri.



Sementara itu, Anggota Parlimen Hang Tuah Jaya, Shamsul Iskandar Md Akin berkata larangan sedemikian tidak dapat dilaksanakan tanpa mengambil pertimbangan kuasa Raja-Raja dan Yang DiPertua Negeri untuk mengurniakan pingat dan darjah kebesaran.

"Jika kamu mengatakan perlu dikeluarkan larangan, maka ia perlu dibincangkan dan disampaikan kepada ketua negeri-negeri (Raja-Raja dan Yang DiPertua Negeri).

"Kalau terdapat keperluan membuat larangan berkenaan maka ia perlu disampaikan dengan bijak kepada ketua negeri-negeri kerana mereka yang mengurniakan pingat dan darjah kebesaran," maklum beliau.

Shamsul mengakui isu ini agak sukar diselesaikan.

"Untuk saya, sangat sukar. Misalnya terdapat gesaan untuk memulangkan semula pingat Datuk yang diterima.

"Bagi saya cukup susah. Dalam hal ini apabila Tuan Yang Terutama (Yang DiPertua Negeri) Melaka menawarkan pengurniaan pingat, sudah tentu terdapat cara untuk menolaknya dan kami tidak ada pengalaman itu," katanya.

Bersempena dengan ulang tahun ke-80 Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob pada 13 Oktober lalu, lima menteri telah menerima anugerah Darjah Gemilang Seri Melaka yang membawa gelaran "Datuk Seri".

Mereka ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Rina Harun, Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad, Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa.

Baru lima bulan berkhidmat sudah dapat Datuk

Memandangkan mereka baru berkhidmat selama lima bulan, para pengkritik mempersoalkan jika mereka layak mendapat penghormatan darjah kebesaran negeri itu.

Diminta mengulas hal ini, Naib Presiden AMANAH, Hasanuddin Mohd Yunus memaklumkan kedua-dua penerima pingat Datuk Seri itu, Dzulkefly dan Mujahid pernah membuat sumbangan semasa menjadi anggota parti pembangkang.



"Kami tidak meletakkan satu garis panduan yang jelas dalam perkara ini sebab kami serahkan kepada ahli-ahli kami untuk menghormati siapa yang ingin menghargai mereka.

"Dan apabila mereka hendak menerima anugerah, mereka perlu periksa diri mereka sendiri apakah sumbangan yang telah diberikan, apakah mereka benar-benar layak untuk menerimanya?

"Saya percaya mereka yang menerima Datuk-ship memang telah memberikan sumbangan yang besar kepada negara samaada ketika bersama dengan kerajaan atau sebelum. So dari segi AMANAH tak ada apa yang kami pertikaikan antara satu-sama lain," kata MP Hulu Langat itu.

Antara parti-parti HARAPAN, DAP mempunyai dasar kurniaan pingat dan darjah kebesaran hanya boleh diterima selepas bersara daripada perkhidmatan.

https://www.malaysiakini.com/news/448520
Reply With Quote
  #74  
Old 02-11-2018, 12:48 AM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 136,522
Active Level
My Mood:
Default

MB Perak dapat Datuk Seri



IPOH – Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu merupakan antara dua penerima Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena ulang tahun Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang ke-62, hari ini.


Selain Ahmad Faizal, yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri Perak, seorang lagi penerima darjah SPMP adalah Pro Canselor Universiti Malaya, Toh Puan Datuk Seri Dr. Aishah Ong.

Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Zahidi Zainuddin berkata istiadat pengurniaan darjah, bintang dan pingat kebesaran kepada 285 penerima akan disempurnakan Sultan Nazrin dalam dua sesi di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar,Ahad ini dan 10 November ini.


http://www.sinarharian.com.my/nasion...-seri-1.899523
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump