Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #101  
Old 27-05-2018, 10:11 AM
akukuli akukuli is offline
Active Member

akukuli's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2013
Posts: 1,906
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 18
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

lama x jumpa pendekar baju merah

kuikuikui



Last edited by akukuli; 27-05-2018 at 10:16 AM..
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #102  
Old 27-05-2018, 10:22 AM
dausbiz dausbiz is offline
CG Top Poster Club

dausbiz's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Apr 2015
Location: www.rahsiafirdaus.com
Posts: 43,527
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 1090
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by matabulat View Post
Owh..
No komen..
Ragam manusia ada mcm2..
Kena belajar bermasyarakat mamat tuh, ada sikap mcm tu silap2 kt luar kena pulau.
Dlm cg brani la,
Apa pun dalam hidup

Jangan la sampai menghina orang keterlaluan

Tengok jamal jamban nie

Terlalu sakit hati dengar dia menghina orang yang lagi tua pada diri dia sendiri

Pangkat orang tue ngan dia macam bapa dan anak

Boleh maki lenjan lenjan

Bukan semua orang awam leh terima
__________________


PERCUMA RAHSIA Kenikmatan SEKS SUAMI ISTERI
di www.rahsiafirdaus.com

Call/whatsapp/telegram 016-4650338
Reply With Quote
  #103  
Old 27-05-2018, 11:48 AM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 132,053
Active Level
My Mood:
Default

Jamal pergi keluar duit Tabung Haji

KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos yang dicari polis sejak kelmarin, akhirnya muncul dan menghubungi pasukan peguamnya untuk menyelesaikan proses ikat jamin yang tergendala.


Peguam, Datuk Mohd Imran Tamrin, dalam satu kenyataan awal pagi tadi, berkata Jamal sudah menghubunginya dan memaklumkan sedia memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk menyempurnakan proses berkenaan.

"Beliau menjelaskan bahawa pada petang hari kejadian beliau bergegas keluar dari hospital setelah selesai proses 'discharged' (keluar wad) untuk mengejar urusan waktu pejabat yang lain.

"Pada ketika itu beliau (Jamal) percaya dan beranggapan proses ikat jamin telah selesai dan sempurna," katanya.

Mohd Imran berkata, Jamal juga memaklumkan beliau belum sihat, bukannya melarikan diri dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa serta bersedia untuk memberikan kerjasama yang sewajarnya.

"Beliau akan hadir ke mahkamah untuk menyempurnakan proses ikat jamin dan memberikan kerjasama kepada pihak polis setelah beliau benar-benar sihat.

"Kita percaya telah berlaku sedikit salah faham, sehingga perkara dan situasi beliau tersebut telah dieksploitasi dengan tanggapan negatif," katanya.

Sementara itu, Jamal menerusi satu rakaman audio yang diedarkan kepada pihak media, mendakwa dia menyangka tempoh tahanan reman dan proses jaminan atas tuduhan yang dikenakan terhadapnya kelmarin sudah selesai.

"Kira-kira jam 3.15 petang, saya beredar dari hospital dan pergi ke Tabung Haji untuk mengeluarkan duit untuk digunakan bagi kos-kos seperti reman dan sebagainya.

"Saya terpaksa bergegas kerana mengejar masa, takut-takut waktu pejabat Tabung Haji tutup dan selepas berjaya mengeluarkan duit, saya mendapat panggilan mengatakan saya diburu polis.

"Tetapi ketika itu dalam keadaan saya kurang sihat, lebih baik saya berehat dahulu dan InsyaAllah saya akan tetap akan memberi kerjasama kepada pihak polis," katanya.

Kelmarin, kehilangan Jamal disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang datang ke hospital itu pada jam 5.30 petang.

Peguam Jamal mendakwa beliau didapati hilang sejak jam 3 petang selepas kesnya didengar Majistret Raja Noor Dilla Raja Mahyaldin dan dibenarkan ikat jamin RM3,000.

Susulan itu, operasi sekatan jalan raya dilakukan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi mengesan Jamal.


https://www.bharian.com.my/berita/ke...it-tabung-haji
Reply With Quote
  #104  
Old 27-05-2018, 11:52 AM
ooz ooz is offline
Active Member

ooz's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: May 2008
Posts: 2,269
Thanks (Received): 28
Likes (Received): 135
Active Level
My Mood:
Default

ala.. datuk seri..................
kesian, duit bank/kad kena beku ke......
Reply With Quote
  #105  
Old 27-05-2018, 12:25 PM
cek mek molek cek mek molek is offline
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 31,920
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 2897
Active Level
My Mood:
Default

aii Jamal, nak keluar duit pun bagitau la lawyer dulu. isu dia ni melibatkan pihak Mahkamah dan polis, sepatutnya pass info pd lawyer, biar lawyer bagitau Mahkamah psl perkara ni..
tak pasal pasal lawyer kena minta maaf dengan semua pihak, dia pun ada air muka gak nak kena jaga..
Reply With Quote
  #106  
Old 27-05-2018, 02:30 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 132,053
Active Level
My Mood:
Default

Bermotif dendam, kata Jamal

PETALING JAYA: Datuk Seri Jamal Yunos mendakwa ada pihak tertentu cuba menggunakan pihak berkuasa untuk menzalimi dan membalas dendam kepadanya, susulan tuduhan demi tuduhan terhadapnya termasuk melarikan diri selepas didakwa.


“Apa yang berlaku ini tidak adil dan tekanan dan ingin menakutkan saya sebagai seorang pemimpin masyarakat. Saya berharap polis tidak mendapat tekanan daripada kerajaan yang baru ini untuk menganiaya dan menzalimi saya,” katanya kepada FMT.

Ketua Umno Sungai Besar menafikan dia melarikan diri kerana penahanan remannya memang sepatutnya berakhir pada hari kejadian, iaitu pada Jumaat.

“Saya dibenarkan keluar oleh pihak hospital pada hari itu,” katanya menjawab laporan dia meninggalkan Pusat Perubatan Ampang Puteri, di mana beliau dirawat di wad premier bagi masalah sakit belakang, ketika polis dan peguam sedang melakukan dokumentasi jaminan mahkamah.

Jamal berdepan 3 pertuduhan yang dibacakan kepadanya di hospital, iaitu untuk tuduhan melakukan mudarat dengan mempamerkan senjata api berdasarkan gambar tular di media sosial, melakukan mudarat di kawasan awam apabila memecahkan botol arak menggunakan penukul besi sebagai simbolik bantahan terhadap pesta arak, dan yang ketiga dipercayai kerana menceroboh sebuah pusat judi haram di Ampang.

Beliau mengaku tidak bersalah dan mahkamah membenarkan pemimpin Umno itu diikat jamin RM3,000 bagi setiap kes.

“Kalau saya nak lari hari Rabu atau Khamis saya dah lari. Saya keluar hospital pada Jumaat sebab saya tahu reman sudah habis,” katanya. “Saya percaya dengan integriti dan kredibiliti polis tapi bimbang apa yang berlaku ini caranya seolah polis mendapat tekanan daripada pihak tertentu. Saya tak mahu tuduh.”

Jamal yang terkenal dengan gimik tunjuk perasaan antara pemimpin Umno yang ke depan mengkritik Pakatan Harapan, terutama Menteri Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menjadi menteri besar Selangor, antaranya bertuala di luar bangunan kerajaan negeri sebagai membantah masalah bekalan air atau meletakkan beberapa katil di luar bangunan kerajaan negeri sebagai membantah masalah rumah urut.

Beliau mendakwa polis membuka kembali kertas siasatan yang tiada tindakan lanjut, termasuk kes tunjuk perasaan Baju Merah.

“Saya bukan melakukan jenayah jadi tolong berikan hak saya, jangan aniaya saya,” kata Jamal.

“Biarlah pihak berkuasa bebas menjalankan siasatan. Jangan ada tekanan dan desakan daripada pihak tertentu. Kita lihat zaman Datuk Seri Najib Razak, pembangkang berani buat itu dan ini tapi kerajaan mengambil tindakan mengikut undang-undang.”

Sementara itu, beliau menepis dakwaan melarikan diri dari pihak berkuasa tidak munasabah kerana semua kos perubatan dan dokumen-dokumen yang perlu diselesaikan sebelum “hilang”.

“Saya sudah ambil ubat dan surat-surat hospital. Kalau melarikan diri saya tak bayar ubat dan surat hospital. Ini tohmahan yang cuba merosakkan imej saya selaku pemimpin,” katanya.

Selepas mengeluarkan diri daripada hospital, Jamal berkata dia bergegas ke Tabung Haji dan bank untuk menyelesaikan urusan kewangan pada hari yang sama.

“Bila saya keluar dari Tabung Haji saya dihubungi mengatakan saya ada reman lagi. Saya tidak pulang ke hospital sebab saya dah boleh keluar.” - FMT

Reply With Quote
  #107  
Old 27-05-2018, 02:33 PM
cek mek molek cek mek molek is offline
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 31,920
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 2897
Active Level
My Mood:
Default

3 pertuduhan rupanya
-tuduhan melakukan mudarat dengan mempamerkan senjata api berdasarkan gambar tular di media sosial,
-melakukan mudarat di kawasan awam apabila memecahkan botol arak menggunakan penukul besi sebagai simbolik bantahan terhadap pesta arak, dan -yang ketiga dipercayai kerana menceroboh sebuah pusat judi haram di Ampang.

kes kes dulu ni, sekarang dah kena dakwa
Reply With Quote
  #108  
Old 27-05-2018, 02:56 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 132,053
Active Level
My Mood:
Default

Polis arah Jamal datang ke balai

KUALA LUMPUR: Polis mengarahkan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, untuk segera tampil bagi menyelesaikan proses jaminannya yang tergendala, Jumaat lalu.


Ini bagi mengelakkan dia daripada terus menjadi buruan pihak polis dengan sengaja melengah-lengahkan proses itu walaupun memberikan alasan sedang berehat berikutan sakit belakang yang dialaminya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata pihaknya hanya mahu Jamal tampil menyelesaikan perkara itu seberapa segera.

"Kita minta dia hadir. 'Just turn up' (Hadir sajalah). Buat masa ini, dia belum datang berjumpa kita.

"Sebaik dia hadir, kita akan teruskan proses dokumentasi jaminannya," katanya tanpa menyatakan tempoh masa yang diberikan kepada Jamal.

Jamal, 48, hari ini mendakwa berlaku salah faham berhubung proses ikat jaminnya yang dilakukan di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang dekat sini, kelmarin.


https://www.bharian.com.my/berita/ke...atang-ke-balai
Reply With Quote
  #109  
Old 27-05-2018, 03:10 PM
GamezStar GamezStar is offline
CG Top Poster Club

GamezStar's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Jul 2008
Posts: 25,727
Thanks (Received): 196
Likes (Received): 229
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by TT View Post
Bermotif dendam, kata Jamal

PETALING JAYA: Datuk Seri Jamal Yunos mendakwa ada pihak tertentu cuba menggunakan pihak berkuasa untuk menzalimi dan membalas dendam kepadanya, susulan tuduhan demi tuduhan terhadapnya termasuk melarikan diri selepas didakwa.


“Apa yang berlaku ini tidak adil dan tekanan dan ingin menakutkan saya sebagai seorang pemimpin masyarakat. Saya berharap polis tidak mendapat tekanan daripada kerajaan yang baru ini untuk menganiaya dan menzalimi saya,” katanya kepada FMT.

Ketua Umno Sungai Besar menafikan dia melarikan diri kerana penahanan remannya memang sepatutnya berakhir pada hari kejadian, iaitu pada Jumaat.

“Saya dibenarkan keluar oleh pihak hospital pada hari itu,” katanya menjawab laporan dia meninggalkan Pusat Perubatan Ampang Puteri, di mana beliau dirawat di wad premier bagi masalah sakit belakang, ketika polis dan peguam sedang melakukan dokumentasi jaminan mahkamah.

Jamal berdepan 3 pertuduhan yang dibacakan kepadanya di hospital, iaitu untuk tuduhan melakukan mudarat dengan mempamerkan senjata api berdasarkan gambar tular di media sosial, melakukan mudarat di kawasan awam apabila memecahkan botol arak menggunakan penukul besi sebagai simbolik bantahan terhadap pesta arak, dan yang ketiga dipercayai kerana menceroboh sebuah pusat judi haram di Ampang.

Beliau mengaku tidak bersalah dan mahkamah membenarkan pemimpin Umno itu diikat jamin RM3,000 bagi setiap kes.

“Kalau saya nak lari hari Rabu atau Khamis saya dah lari. Saya keluar hospital pada Jumaat sebab saya tahu reman sudah habis,” katanya. “Saya percaya dengan integriti dan kredibiliti polis tapi bimbang apa yang berlaku ini caranya seolah polis mendapat tekanan daripada pihak tertentu. Saya tak mahu tuduh.”

Jamal yang terkenal dengan gimik tunjuk perasaan antara pemimpin Umno yang ke depan mengkritik Pakatan Harapan, terutama Menteri Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menjadi menteri besar Selangor, antaranya bertuala di luar bangunan kerajaan negeri sebagai membantah masalah bekalan air atau meletakkan beberapa katil di luar bangunan kerajaan negeri sebagai membantah masalah rumah urut.

Beliau mendakwa polis membuka kembali kertas siasatan yang tiada tindakan lanjut, termasuk kes tunjuk perasaan Baju Merah.

“Saya bukan melakukan jenayah jadi tolong berikan hak saya, jangan aniaya saya,” kata Jamal.

“Biarlah pihak berkuasa bebas menjalankan siasatan. Jangan ada tekanan dan desakan daripada pihak tertentu. Kita lihat zaman Datuk Seri Najib Razak, pembangkang berani buat itu dan ini tapi kerajaan mengambil tindakan mengikut undang-undang.”

Sementara itu, beliau menepis dakwaan melarikan diri dari pihak berkuasa tidak munasabah kerana semua kos perubatan dan dokumen-dokumen yang perlu diselesaikan sebelum “hilang”.

“Saya sudah ambil ubat dan surat-surat hospital. Kalau melarikan diri saya tak bayar ubat dan surat hospital. Ini tohmahan yang cuba merosakkan imej saya selaku pemimpin,” katanya.

Selepas mengeluarkan diri daripada hospital, Jamal berkata dia bergegas ke Tabung Haji dan bank untuk menyelesaikan urusan kewangan pada hari yang sama.

“Bila saya keluar dari Tabung Haji saya dihubungi mengatakan saya ada reman lagi. Saya tidak pulang ke hospital sebab saya dah boleh keluar.” - FMT

haik... pak jamal ni bukan zaman najib nak berdendam2 salah gune kuasa... sekarng ni polis da telus.. dia org hanye menjalankan tugas yg "tergendala sekian lama"
Reply With Quote
  #110  
Old 27-05-2018, 04:26 PM
TXT TXT is offline
CG Super Hardcore

TXT's Avatar

 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2010
Location: miLan - KT - OT - KL
Posts: 240,513
Thanks (Received): 4885
Likes (Received): 2789
Blog Entries: 47
Active Level
My Mood:
Default Dah seminggu tak nampak Jamal balik


Quote:
AMPANG - Kediaman Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, di Ampang Jaya di sini, didapati kosong tidak berpenghuni dan hanya terdapat seorang pengawal keselamatan dalam pagar rumah berkenaan

Tinjauan Sinar Harian juga mendapati tiada sebarang kenderaan diletakkan di hadapan mahupun luar kediaman itu

Pengawal keselamatan rumah berkenaan bagaimanapun hanya keluar dan melihat dari jarak jauh dalam pintu pagar, enggan ditemubual

Pengawal rondaan kawasan perumahan di situ, Abdullah Ismail, 63, yang ditemui Sinar Harian berkata, pengawal keselamatan warga asing itu enggan ditemui kerana tidak tahu berbahasa Melayu

Menurutnya, kediaman Jamal menjadi tumpuan beberapa pihak termasuk media sejak laporan kehilangannya dari Hospital Ampang Puteri sejak dua hari lalu

"Tetapi kelibat Jamal sudah semingu tidak kelihatan balik ke rumah ini, isteri dan anaknya juga tiada di sini. Kali terakhir ada kenderaan masuk sebelum Jamal dilaporkan hilang tetapi itu hanya pemandunya sahaja," katanya

Menurut Abdullah, Jamal menetap di situ sejak empat tahun lalu bersama isteri dan anaknya dan kerap berada di kediamannya sebelum ini namun sudah jarang dilihat sejak selesai PRU14

"Saya tak pasti dia akan balik atau tidak bila dah hilangkan diri begini," katanya

http://www.sinarharian.com.my/edisi/...balik-1.839483
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump