Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 15-04-2018, 09:30 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 133,417
Active Level
My Mood:
Default 2 lelaki kulit hitam ditahan kerana tak pesan apa-apa di Starbucks

Quote:



Kejadian tegang pada Khamis itu turut sempat dirakam menerusi telefon bimbit yang antara lain memaparkan enam anggota polis mengarahkan dua lelaki kulit hitam untuk beredar. -Foto twitter.com/@missydepino

PHILADELPHIA: Syarikat minuman kopi terkemuka dunia, Starbucks pada Sabtu memohon maaf atas insiden dua lelaki berkulit hitam yang telah ditahan polis di sebuah premisnya di Philadelphia, Amerika Syarikat.

Tindakan yang dilihat ramai berbau perkauman di pihak syarikat itu dan polis.

Kejadian tegang pada Khamis itu turut sempat dirakam menerusi telefon bimbit yang antara lain memaparkan enam anggota polis mengarahkan dua lelaki kulit hitam untuk beredar.

Sejurus kemudian seorang lelaki tiba dan memaklumkan kedua-dua mereka sedang menunggunya.

Alasan itu tidak diterima, sebaliknya kedua-duanya ditahan kerana ingkar perintah polis.

Kedua-duanya bagaimanapun telah dibebaskan pada Jumaat tanpa sebarang pendakwaan.

Video terbabit pantas tular di media sosial dengan jutaan tontonan dan membangkitkan kemarahan ramai.

Menurut peguam kedua-dua lelaki kulit hitam itu, anak guamnya telah memaklumkan kepada petugas di Starbucks yang mereka sedang menunggu seorang rakan untuk urusan perniagaan, namun salah seorang petugas bertindak memanggil pihak polis.

Starbucks menerusi akaun Twitternya kemudiannya mengeluarkan permohonan maaf dengan kenyataan ‘kami kecewa dengan insiden yang membawa kepada penahanan ini’.

Manakala polis dalam kenyataan di laman Facebook pada Sabtu berkata, kekeliruan timbul apabila salah seorang lelaki terbabit ingin menggunakan tandas tanpa membuat sebarang pembelian terlebih dahulu.

Sudah menjadi polisi syarikat Starbucks untuk tidak membenarkannya, disusuli dengan arahan untuk lelaki terbabit meninggalkan premis terbabit.

Pihak polis telah melakukan tugas secara profesional dan seperti yang sepatutnya, tegas kenyataan itu lagi.

Lelaki itu juga ditahan selepas diperintahkan polis untuk beredar sebanyak tiga kali.

Starbucks memaklumkan syarikat itu tidak mempunyai polisi untuk mengarahkan orang awam untuk beredar, dan menyerahkan kepada premis terbabit berhubung urusan keselamatan dan protokol perkhidmatan pelanggan.

Quote:
Pengguna media sosial menghasilkan meme mengutuk tindakan Starbucks.



http://www.astroawani.com/berita-dun...on-maaf-173013
Reply With Quote
Likes oldtbone, kiritoffx, acidrock liked this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 15-04-2018, 09:35 PM
Xploit Machine Xploit Machine is offline
Active Plus

Xploit Machine's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2012
Location: West Malaysia
Posts: 3,254
Likes (Received): 970
Active Level
Default

polis amerika ni makin hari makin lawak ..
__________________
"Genius Is One Percent Inspiration, Ninety-Nine Percent Perspiration" - Thomas Alva Edison
"Knowing Is Not Enough, We Must Apply. Willing Is Not Enough, We Must Do" - Bruce Lee
Reply With Quote
  #3  
Old 15-04-2018, 09:38 PM
lambda123 lambda123 is offline
Super Active

 
Trader Rating: (3)
Join Date: Aug 2008
Posts: 7,340
Thanks (Received): 158
Likes (Received): 289
Active Level
My Mood:
Default

Polis amerika racist tu sebahagian dari S.O.P diorg
Reply With Quote
  #4  
Old 15-04-2018, 09:41 PM
seiryu82 seiryu82 is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2009
Posts: 2,813
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 32
Active Level
Default

kalau bab hak asasi condemn kaw2 negara lain
padahal negara dia lebih teruk lagi!
Reply With Quote
Likes oldtbone, jerai, polkadot, redcloud liked this post
  #5  
Old 15-04-2018, 09:53 PM
soyabean84 soyabean84 is offline
Active Plus

soyabean84's Avatar
 
Trader Rating: (12)
Join Date: Mar 2009
Posts: 3,137
Thanks (Received): 14
Likes (Received): 48
Active Level
My Mood:
Default

Sebenarnya negara yg paling racist ialah USA...
Reply With Quote
  #6  
Old 15-04-2018, 09:54 PM
oldtbone oldtbone is offline
Legendary Member

oldtbone's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: May 2012
Location: Lubuk Belida
Posts: 11,806
Thanks (Received): 7
Likes (Received): 2413
Active Level
My Mood:
Default

kalo buat mcm tu kat warung kopi sini ... mau kosong dibuatnya..
realiti warung kopi... kopi secawan duduk sembang berejam utk pelanggan berbayar ..
yang duduk saje berejam semata tgk gusti je dah ada separuh dari warga yg ada kat warung...


takziah..
Reply With Quote
  #7  
Old 15-04-2018, 10:11 PM
Dragonforex Dragonforex is offline
Temporarily Banned for 1 Month

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Sep 2017
Posts: 3,038
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 299
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by soyabean84 View Post
Sebenarnya negara yg paling racist ialah USA...
salah tu. malaysia negara paling racist.
Reply With Quote
Likes scharger101, jackstan, theblur liked this post
  #8  
Old 15-04-2018, 10:21 PM
cropok cropok is offline
Regular

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2018
Posts: 401
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 80
Active Level
Default

amerika ni dia tgk org semua teruk..padahal dia lg teruk..
Reply With Quote
  #9  
Old 15-04-2018, 10:34 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 133,417
Active Level
My Mood:
Default

senang je mintak maaf. bg la kopi free selama setahun ke
Reply With Quote
  #10  
Old 16-04-2018, 02:36 AM
oszsama oszsama is online now
Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2014
Posts: 1,125
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 15
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by Xploit Machine View Post
polis amerika ni makin hari makin lawak ..
Quote:
Originally Posted by lambda123 View Post
Polis amerika racist tu sebahagian dari S.O.P diorg

Starbuck dikira premis persendirian bukan premis awam dan starbuck ada hak untuk meminta sesiapa sahaja untuk meninggalkan premis starbuck kalau orang tu tak mengikut undang-undang premis starbuck. Dalam kes ni starbuck tak benarkan customer yang tak buat pembelian utk guna premis starbuck.

Jadi starbuck panggil polis dan dalam kes ni polis cuma menjalankan tugas.

Ayat senang orang suka2 hati masuk rumah kita. kita panggil la polis untuk bantu keluarkan orang tu.

Ni sekadar berkongsi. Jap lagi jangan tanya pulak berapa starbuck dng polis amerika bayar nak backup ni. haha
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump