Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 07-06-2016, 02:37 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 132,055
Active Level
My Mood:
Default 180 ekor ayam tempayan habis terjual dalam 3 jam


Rozana Abdul Manaf

DUNGUN: Rozana Abdul Manaf, 28, tidak menjangka 'ayam tempayan' yang dijualnya mendapat permintaan hangat walaupun Ramadan baru bermula.

Menurutnya di hari pertama Ramadan, kesemua 180 ekor ayamnya habis dijual dalam tempoh kurang daripada tiga jam sahaja.

Namun beliau yang berniaga di Bazar Sura Gate di sini bersama empat anggota keluarga dan pekerja berkata mungkin cuti persekolahan kali ini menjadi antara penyebab ayam jualannya mendapat sambutan luar jangkaan.

"Saya jual seekor ayam RM20 (separuh dengan harga RM11). Tahun ini harganya lebih murah berbanding tahun lepas iaitu antara RM22 hingga RM24.

"Tahun ini saya dapat turunkan harga sebab saya memperoleh harga ayam yang lebih murah daripada pembekal," katanya kepada Bernama.

Rozana berkata walaupun harga beberapa bahan utama untuk menghasilkan rempah yang akan disalut pada ayam meningkat sedikit berbanding tahun lalu, namun beliau tetap menjual pada kadar yang berpatutan.

"Ada bahan yang meningkat antara 10 sen hingga 30 sen, tapi kami cuba sedaya upaya untuk jual ayam dengan harga yang lebih rendah," katanya.

Mengenai keistimewaan ayamya, Rozana sempat berkongsi rahsia bahawa ayamnya akan diperap dengan ramuan rempah ratus khas yang menjadi warisan keluarganya sejak 30 tahun lalu sebelum dipanggang di dalam tempayan besar.

"Ayam akan diperap terlebih dahulu selama beberapa jam sebelum dimasak di dalam lapan buah tempayan yang dibawa ke bazar ini. Tempoh memasaknya pula memakan masa hingga satu jam.

"Ia dimasak menggunakan bara arang sehingga menghasilkan isi yang lebih lembut berbanding ayam yang digoreng," jelasnya.

Seorang pembeli Athirah Najwa Ahmad, 29, berkata beliau datang dari Bukit Besi semata-mata untuk membeli ayam tempayan Rozana.

"Saya memang minat dengan ayam tempayan ini kerana ia dimasak tanpa minyak. Lagi pun jarang orang jual ayam tempayan. Ayam di gerai ini memang lebih murah berbanding gerai lain," katanya.


Gambar hiasan.



http://www.mstar.com.my/berita/berit...masa-tiga-jam/

Update #3

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Ayam panggang dalam tin, raih RM2,000 sehari


MOHD Aisamuddin di hadapan gerainya di Taman Mahadir, Gong Badak.

Kuala Nerus: Idea kreatif seorang pemuda membakar ayam di dalam tin bagi mengembalikan nostalgia ketika zaman kanak-kanak, memberi hasil lumayan apabila dia mampu meraih sehingga RM2,000 sehari hasil jualan berkenaan.

Mohd Aisamuddin Razak, 29, dari Kampung Tok Jiring tidak menyangka ideanya menjual ayam panggang di dalam tin mendapat sambutan luar biasa daripada pelangan.

“Pada peringkat permulaan, saya sekadar mencuba berniaga ayam panggang sempena Ramadan bagi menambah pendapatan, sekali gus membuat persiapan hari raya.

“Memandangkan sudah ramai peniaga yang menjual ayam panggang melalui kaedah ayam pusing, saya mengambil inisiatif memanggang ayam di dalam tin seperti yang pernah dibuat ketika zaman kanak-kanak bagi mencipta kelainan.

“Pada peringkat awal, saya hanya menyediakan enam tin untuk memanggang ayam namun terpaksa menambah 21 tin lagi berikutan sambutan menggalakkan pada hari pertama,” katanya ketika ditemui Harian Metro di gerai jualan Ayam Teng JJJ di Taman Mahadir, Gong Badak, semalam.

Mohd Aisamudin atau lebih mesra dipanggil Budin Jambol berkata, ayam tin yang dijualnya mendapat sambutan menggalakkan kerana keunikan dan kaedah membakar ayam itu lain daripada yang lain.

“Sebanyak 80 hingga 90 ekor ayam dijual setiap hari. Ia memang memberi pulangan berbaloi biarpun terpaksa memulakan operasi membakar ayam seawal jam 1 tengah hari dan menamatkan perniagaan sehingga jam 7 petang,” katanya yang menjual ayam tin dengan harga RM24 seekor.


http://www.hmetro.com.my/setempat/20...gang-dalam-tin
Update #2

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Kelainan Ayam Tempayan Thai


TAHIR menyediakan Ayam Tempayan Thai jadi menu istimewa di Bazar Ramadan Teluk Air Tawar, Butterworth.

Butterworth: Orang ramai mungkin sudah biasa mencuba ayam panggang atau kepak ayam, namun bagi pengunjung bazar Ramadan Teluk Air Tawar, dekat sini, menu Ayam Tempayan Thai adalah sesuatu yang unik dan jarang dilihat di negara ini.

Menu ‘Ayam Tempayan Thai’ hasil idea peniaga dari Penaga, Kepala Batas, Tahir Ahmad, 39, yang mengaplikasi perniagaan di negara jiran itu dengan menggunakan tempayan besar untuk memanggang ayam.

Quote:
foto facebook



http://www.hmetro.com.my/setempat/20...-tempayan-thai
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

ayam bakar pasu telangkup

bazar ramadan taman ria sungai petani kedah





Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 07-06-2016, 02:38 PM
Jejaka Kedekut Jejaka Kedekut is offline
Legendary Member

Jejaka Kedekut's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2007
Posts: 11,086
Thanks (Received): 15
Likes (Received): 6
Active Level
Default

ada yang tiru minggu depan.
Reply With Quote
  #3  
Old 07-06-2016, 02:39 PM
katob katob is offline
Regular

katob's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2012
Posts: 293
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 4
Active Level
My Mood:
Default

wooow dungun tempat beljar time diploma dulu...harga macam kl..
Reply With Quote
  #4  
Old 07-06-2016, 02:40 PM
hellspermaster hellspermaster is offline
Active Plus

hellspermaster's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2013
Posts: 2,694
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 35
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Dalam gambor pakai gas. arang celah mana lak?
__________________
NKay E. Dept.
Reply With Quote
  #5  
Old 07-06-2016, 02:41 PM
aidil08 aidil08 is offline
Active Member

aidil08's Avatar
 
Trader Rating: (18)
Join Date: Feb 2006
Location: TIN Silver
Posts: 1,610
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 2
Active Level
My Mood:
Default

tulis bakar guna arang...tapi dalam gambar nampak dapur gas
Reply With Quote
  #6  
Old 07-06-2016, 02:41 PM
eday84 eday84 is offline
CG Top Poster Club

eday84's Avatar
 
Trader Rating: (5)
Join Date: Jan 2009
Location: Rawang
Posts: 27,708
Thanks (Received): 55
Likes (Received): 86
Blog Entries: 62
Active Level
My Mood:
Default

wau gigih nak bwk tempayan tu
tempayan khas tu dah tebuk
kalau pki yg kedai mamak pny xleh ke
__________________
[ DeXandra | Ora Matte ]
Ordinary people are obsessed with entertainment. The best are obsessed with education.
Reply With Quote
  #7  
Old 07-06-2016, 02:42 PM
sangbogol sangbogol is offline
CG Top Poster Club

sangbogol's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2007
Location: Bulan-Bintang-Matahari
Posts: 25,075
Thanks (Received): 11
Likes (Received): 34
Active Level
My Mood:
Default

macam2 jenis makanan sekrang,ayam tempayanlah,ayam penyetlah,ayam goleklah,
__________________
"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah"
Reply With Quote
  #8  
Old 07-06-2016, 02:42 PM
periamuda periamuda is offline
Super Active

 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2009
Posts: 5,908
Thanks (Received): 51
Likes (Received): 11
Active Level
Default

Leceh nak mengangkut tempayan tiap hari. Kena ada lori ni.
Reply With Quote
  #9  
Old 07-06-2016, 02:42 PM
sangbogol sangbogol is offline
CG Top Poster Club

sangbogol's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2007
Location: Bulan-Bintang-Matahari
Posts: 25,075
Thanks (Received): 11
Likes (Received): 34
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by hellspermaster View Post
Dalam gambor pakai gas. arang celah mana lak?
tah2 arang tu dia letak atas penutup tempayan tu tak?
__________________
"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah"
Reply With Quote
  #10  
Old 07-06-2016, 02:43 PM
sangbogol sangbogol is offline
CG Top Poster Club

sangbogol's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2007
Location: Bulan-Bintang-Matahari
Posts: 25,075
Thanks (Received): 11
Likes (Received): 34
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by periamuda View Post
Leceh nak mengangkut tempayan tiap hari. Kena ada lori ni.
tinggal situ jelah
__________________
"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah"
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump