Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #201  
Old 25-08-2017, 10:44 AM
azam74 azam74 is offline
Legendary Member

azam74's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Nov 2011
Posts: 10,864
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 133
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by aim02Aug View Post
fuhh lega dgn penjelasan tn...

Kelas Maharaja Lela bakal dilengkapi dgn rudal VL-Mica anti pesawat dan NSM anti-kapal. LMS cuma ada meriam je, mungkin ada kot manpads anti-pesawat VSHORAD
__________________
TTR 901
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #202  
Old 04-11-2017, 02:10 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 144,668
Active Level
My Mood:
Default

Malaysia Military Power

Perbincangan antara Malaysia dan Indonesia dalam pembikinan Multi Role Support Ship TLDM telah di hentikan akibat siasatan kes Rasuah dalaman bekas pegawai syarikat perkapalan PT PAL berkenaan pembinaan kapal SSV Filipina. Dalam projek pembinaan kapal Filipina, empat pegawai PT Pal telah disyakki rasuah.

Nampak gayanya peluang eksport tambahan PT PAL ke Filipina dan kontrak eksport ke Malaysia telah terjejas berikutan siasatan kes rasuah dalaman yang sedang berlangsung.

17 orang ditahan termasuk 4 saspek iaitu ,

1. Company’s chief, Firmansyah Arifin,
2. Treasury manager Arif Cahyana,
3. Finance director Saiful Anwar,
4. Agus Nugroho, executive employed by Ashanti Sales.

Segala perbincangan telah di tangguhkan “put on hold until further notice” sementara menunggu keputusan siasatan kes rasuah bekas pegawai syarikat tersebut.

Dengan ini hanya tinggal cadangan MRSS dari China dan Damen sahaja yang berpeluang memenangi kontrak MRSS TLDM.

Reply With Quote
Likes oldtbone liked this post
  #203  
Old 01-05-2018, 01:16 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 144,668
Active Level
My Mood:
Default

TLDM terima kapal LMS pertama sebelum Oktober

KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dijangka menerima 1 daripada 2 kapal misi pesisir (LMS) yang kini dalam pembinaan, lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan pada Oktober 2019.


Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata pembinaan 2 kapal LMS itu oleh China Shipbuilding & Offshore International Co. Ltd (CSOC) dan Boustead Naval Shipyard berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Saya ingin memaklumkan saya berpuas hati dengan laporan perkembangan perolehan 2 kapal LMS. InsyaAllah kita akan memperoleh LMS pertama daripada 2 LMS ini sebelum Oktober 2019,” katanya kepada Bernama.

Pembinaan kapal LMS ini merupakan 1 daripada 5 kelas atau jenis kapal yang dilulus kerajaan di bawah program transformasi armada TLDM 15 ke-5 untuk membolehkan TLDM melaksana tugas operasi secara berterusan di perairan maritim dan memperkukuhkan kedaulatan negara.

Mengikut perancangan jangka panjang pelan transformasi tersebut, sejumlah 16 buah LMS akan dibina secara berperingkat oleh limbungan tempatan bagi menggantikan kapal ronda TLDM yang berusia dan berhadapan dengan masalah keusangan.

Menurutnya buat masa ini, 2 kapal ronda yang ada iaitu KD Sri Johor dan KD Sri Perlis masih lagi beroperasi melaksanakan rondaan di perairan timur Sabah walaupun melebihi usia 50 tahun.

Ahmad Kamarulzaman berkata penambahan dan kehadiran kapal-kapal ini di laut kelak, sudah tentu akan meningkatkan lagi keyakinan dalam kalangan rakyat, khasnya komuniti maritim seperti para nelayan.

“Perasaan selamat ini akan diterjemahkan kepada peningkatan keyakinan rakyat kepada usaha kerajaan melalui ATM, agensi keselamatan khasnya TLDM yang sentiasa prihatin terhadap menjaga keselamatan negara dan rakyatnya,” katanya. - FMT

Reply With Quote
  #204  
Old 24-10-2018, 09:19 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 144,668
Active Level
My Mood:
Default

Mat Sabu sempurnakan acara letak lunas kapal LMS di China


Mohamad Sabu (enam dari kiri) pada majlis peletakan lunas kapal LMS 1 di Wuchang Shipbuilding Industrial Group, Shuangliu, China, semalam. - twitter/ProjectLMS

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu diberi penghormatan untuk menyempurnakan upacara pemotongan keluli Littoral Mission Ship (LMS) 2 dan peletakan lunas kapal LMS 1 di Wuchang Shipbuilding Industrial Group, Shuangliu, China, semalam.

Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam satu kenyataan memaklumkan, kehadiran Mohamad diiringi Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Asisten Ketua Staf Perancangan Pembangunan TLDM, Laksamana Muda Shamsudin Ludin.

Menurut kenyataan itu, upacara berkenaan disaksikan oleh pengurusan syarikat pembina kapal dari Malaysia iaitu Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. selaku pemegang kontrak yang bekerjasama dengan syarikat dari China, China Shipbuilding Industry Corporation dan China Shipbuilding and Offshore International Co. Ltd (CSOC).

“Upacara peletakan lunas kapal LMS 1 merupakan yang kedua dilaksanakan selepas upacara pemotongan plat besi dalam tradisi pembinaan kapal.

“Upacara ini menunjukkan penyambungan blok besi bahagian bawah kapal sehingga terbentuknya lunas kapal iaitu struktur tulang tunjang kapal,” jelas kenyataan itu, di sini hari ini.

CSOC merupakan syarikat yang berpengalaman dalam industri membina kapal perang untuk pelbagai negara.

Sejak kontrak itu ditandatangan pada 23 Mac 2017, kemajuan kerja yang ditunjukkan amat memberangsangkan selain komitmen pekerja dan kesungguhan CSOC mematuhi jadual melancarkan proses pembinaan LMS berkenaan.


http://www.utusan.com.my/berita/nasi...#ixzz5Ur0aQcBk
Reply With Quote
  #205  
Old 24-10-2018, 09:24 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 144,668
Active Level
My Mood:
Default

@MSabu_Official

Semasa di upacara Keel Laying Littoral Mission Ship 1 & First Steel Cutting LMS 2 di limbungan pembuatan kapal di Wuhan, China. Satu usahasama yg baik di antara Malaysia dan China yg turut melibatkan perkongsian teknologi yg selaras dgn keperluan perolehan TLDM.

Quote:







Reply With Quote
  #206  
Old 15-04-2019, 04:25 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 144,668
Active Level
My Mood:
Default

LMS 111 KD Keris

Hari ini terjawab sudah status projek LMS Negara apabila hari ini Kapal LMS penant no 111 telah dirasmikan oleh lady sponsor iaitu Isteri Menteri Pertahanan Puan Hajjah Normah bt Alwi di Dermaga CSIC.

KD Keris akan menjalani beberapa siri ujian dan trial di pelabuhan dan laut sebelum diserahkan kepada TLDM pada disember 2019.

Krew-krew TLDM akan dihantar ke Shangai bagi menjalani latihan dan T&C dijalankan disana.

Untuk Maklumam semua, kesemua 4 buah LMS ini dibina dan disiapkan di China berbanding pelan asal 2 buah di bina di Lumut oleh Boustead. Pekara ini dikatakan menjimatkan kos pembelian dan pada masa yang sama memberikan ruang kepada Boustead untuk siapkan 6 buah LCS Negara kita sekarang ini. LCS Maharaja Lela kini dalam proses pemasangan sistem dalam kapal. ( X boleh nak detail laa pasang apa..yang pasti Mica AL x pasang laa lagi)

3 buah Kapal LMS yang lain akan dinamakan dengan senjata tradisional Melayu.

Yang pasti MMP jamin mesti ada nama Tombak nanti.

Pas siap ini kita tengok ada lagi tak LMS yang akan dibina sebab dalam program 15 to 5 TLDM. TLDM hendakkan 18 buah LMS disediakan oleh pihak kerajaan Malaysia.

Tetapi dengan khabar angin Kelas Laksamana dan Kelas Korvet akan menjalani program SLEP nya. Maknanya Program 15 to 5 macam nak terkubur je.Harapan MMP yang tinggi mengunung ini harap kan Program 15 to 5 diteruskan juga.

MMP


Reply With Quote
Likes oldtbone liked this post
  #207  
Old 15-04-2019, 04:30 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 144,668
Active Level
My Mood:
Default

bismitaala tu cara syiah baca bismillah kan
Reply With Quote
  #208  
Old 15-04-2019, 04:32 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 144,668
Active Level
My Mood:
Default

xsure aset pertahanan kenapala isteri mat sabu jgk yg kena rasmikan
Reply With Quote
  #209  
Old 15-04-2019, 04:56 PM
ed_zero ed_zero is offline
Super Active

ed_zero's Avatar
 
Trader Rating: (10)
Join Date: Sep 2009
Posts: 5,074
Thanks (Received): 83
Likes (Received): 68
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by TT View Post
bismitaala tu cara syiah baca bismillah kan
yeke? 1st time dengar..kena research ni
__________________
ILMU YANG SAYA ADA INI IBARAT SETITIK AIR SEBESAR LAUTAN
Reply With Quote
  #210  
Old 15-04-2019, 07:18 PM
Penbiru Penbiru is offline
Legendary Member

Penbiru's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Jan 2008
Posts: 16,362
Thanks (Received): 7
Likes (Received): 690
Active Level
My Mood:
Default

apa kaitan bini mat sabu yg rasmikan...dia siapa?..mcm najib juga perangai PH ni...cilan...tul
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump