BTC USD 63,482.8 Gold USD 2,378.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kelebihan SSP BSN

Sponsored Post

Kelebihan SSP

Simpanan SSP dijamin oleh Kerajaan Malaysia.
Semua hadiah dikecualikan daripada cukai pendapatan.
Semua unit layak menyertai cabutan yang diadakan pada setiap bulan selagi tidak ditebus.
Hadiah-hadiah lumayan untuk dimenangi.
Mudah mendapatkan gantian jika sijil hilang.
Individu berumur 21 tahun ke atas dan memiliki Sijil SSP (minimum RM4,000) adalah layak untuk memohon Kad Kredit BSN.

Untuk mendapatkan gantian sijil yang hilang..akan dikenakan charge RM5.00 per sijil. :">
 
ARKIB utusan : 15/05/2010
BSN sasar RM2 bilion pembelian SSP tahun ini

Akhsan Zaini bersama kakitangan Bank Simpanan Nasional, Nursaeida Mohd Lattif (kiri) dan Nor Mariam Mat Adam menunjukkan contoh Siji Simpanan Premium di Wisma BSN, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 14 Mei - Bank Simpanan Nasional (BSN) menyasarkan untuk mencapai RM2 bilion jumlah pembelian Sijil Simpanan Premium (SSP) menjelang akhir tahun ini.

Naib Presiden Jabatan Perbankan Konsumer BSN, Akhsan Zaini berkata, sejak diperkenalkan pada 1978, jumlah pembelian SSP setakat Mac lalu adalah sebanyak RM1.3 bilion membabitkan lebih 1.5 juta pelanggan.

Katanya, bagi mencapai sasaran itu, BSN akan mempelbagaikan kaedah pemasaran dan jualan di samping menguatkan jenama SSP melalui iklan komersial.

''Melalui kajian, pelanggan SSP kebanyakannya menetap di kawasan bandar terutama di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

''Kita akan menggiatkan usaha untuk menguatkan jenama SSP di kawasan luar bandar.

''Pendekatan penggunaan pelbagai bahasa dalam iklan komersial seperti bahasa etnik di Sabah dan Sarawak akan dilakukan agar pengetahuan mengenai SSP dapat diperluaskan,'' katanya pada sidang akhbar mengumumkan penganjuran Mega Karnival SSP di Wisma BSN di sini hari ini.

Akhsan berkata, BSN juga akan mempermudahkan proses penjualan SSP kepada pelanggan yang kini boleh dibeli melalui mesin pengeluar automatik (ATM).

''Kita akan membuka kaunter di beberapa pusat beli-belah dari semasa ke semasa dengan menempatkan kakitangan BSN untuk memudahkan pelanggan membuat pembelian,'' katanya.

Jelas beliau, penjualan SSP kini dikuasai kaum Melayu dengan hampir satu juta pelanggan diikuti Cina (345,290 orang), India (119,020 orang) dan kaum lain (156,820 orang).

Atas dasar itu, katanya, BSN berusaha untuk melebarkan lagi produk SSP kepada kaum-kaum bukan Melayu.

Menurutnya, untuk terus memperkasa produk SSP, BSN secara konsisten turut menambah bilangan hadiah cabutan bagi memastikan SSP sentiasa dinamik.

Pada tahun lalu, katanya, BSN telah menambah bilangan hadiah untuk cabutan SSP sebanyak 1,700 sebulan berbanding 1,610 hadiah pada 2008.

''Untuk tahun ini, bilangan hadiah telah ditambah kepada 1,795 sebulan dengan nilai hadiah berjumlah RM12 juta,'' jelasnya.

Mengenai penganjuran Mega Karnival SSP pula, katanya, ia merupakan penganjuran kali pertama dengan fokus untuk meningkatkan jualan SSP di seluruh negara dan meningkatkan kesedaran terhadap produk tersebut.

''Ia akan diadakan pada 26 hingga 30 Mei ini di pusat beli-belah One Utama di Bandar Utama selain di Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Selangor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Sabah dan Sarawak.

''Sepanjang karnival berlangsung, BSN mensasarkan jualan SSP sebanyak RM500 juta,'' katanya.

Tambahnya, selain karnival itu, BSN akan melakukan dua cabutan istimewa iaitu Cabutan Penghargaan dan Cabutan Simpanan Tertinggi.

Cabutan Penghargaan bakal diadakan 31 Julai ini dan terbuka kepada pelanggan yang menyimpan RM500 SSP sejak 1978 manakala Cabutan Simpanan Tertinggi menawarkan hadiah kereta BMW 120i Convertible.
 
SSP nie sebenarnya adalah simpanan orang kaya yang tak nak sangat untuk tetapi lebih kepada nasib untuk menang. kalu dapat bagus la tapi kalu tak nasib la. bagi mereka yang hendak menyimpan dan ingin mendapat untuk adalah tidak digalakkan untuk menyimpan dalam SSP nie sebab kebarangkalian nak kena adalah 1/sejuta lebih. bayangkan berapa tipis. so kalu nak mencuba tak jadi masalah bak kata orang untuk sabut timbul untung batu tenggelam. so jangan la terlalu mengharap untuk mendapat imbuhan yang tinggi dalam SSP baik masuk asb ajer......
 
xde ker forumer CG yg pernah menang...


hmm.. alhamdulillah..
aku dah pernah dapat hadiah 3 kali
tapi sumer tu hadiah tempat ke 12 berupa SSP bernilai RM100
okey la tu

bestfriend aku pernah dapat merc
dia jual balik dapat la dekat-dekat 250k
apa pun, ini semua atas tuah dan rezeki la..
 
hmm.. alhamdulillah..
aku dah pernah dapat hadiah 3 kali
tapi sumer tu hadiah tempat ke 12 berupa SSP bernilai RM100
okey la tu

bestfriend aku pernah dapat merc
dia jual balik dapat la dekat-dekat 250k
apa pun, ini semua atas tuah dan rezeki la..

bestfriend tu brp dia melabur?kdg2 terpk gk adekah sbb melabur byk lebih peluang nk menang?yer la beli byk kn :D:D
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register