Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #221  
Old 16-04-2019, 08:26 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 144,922
Active Level
My Mood:
Default

TLDM pertahan isteri Mat Sabu rasmi kapal

PETALING JAYA: Tentera Laut Diraja Malaysia hari ini mempertahankan keputusan membenarkan isteri menteri pertahanan merasmikan sebuah kapalnya kerana ia adalah tradisinya sejak TLDM ditubuhkan.


TLDM berkata, ia bukan perkara baru untuk “lady sponsor” atau isteri orang kenamaan, seperti isteri perdana menteri, menteri pertahanan atau kerabat diraja menamakan dan merasmikan kapalnya.

“Bagi kapal-kapal yang dinamakan sempena nama negeri, isteri atau wanita berkaitan dengan negeri tersebut akan dipilih. Seperti KD Kedah dinamakan oleh Puteri Sultan Kedah, Tunku Puteri Intan Safinaz.

“Bagi kapal-kapal dinamakan sempena nama pahlawan, wanita kepada waris nama tersebut atau wanita kenamaan dari negeri tersebut akan dipilih. Contohnya, kapal Littoral Combat Ship 1, iaitu Maharajalela dinamakan oleh Raja Permaisuri Perak.

“Bagi kapal-kapal selain daripada nama negeri dan pahlawan, isteri kenamaan negara dipilih, contohnya KD Tunku Abdul Rahman dinamakan oleh isteri timbalan perdana menteri pada masa itu, Rosmah Mansor pada 2007,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri Dr Mahathir Mohamad ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri ketika itu, menamakan KD Jebat pada 1985.

Maria Musa, isteri Musa Hitam ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri, merasmikan KD Mahawangsa pada 16 September 1982, manakala Tunku Maziah Tunku Mustapha, isteri Abang Abu Bakar Abang Mustapha ketika menjadi timbalan menteri pertahanan, melancarkan KD Kasturi dan KD Lekir pada 14 Mei 1983, KD Laksamana Muhammad Amin dan KD Laksamana Tan Pusmah pada 30 Mac 1984.

Kontroversi timbul selepas Normah Alwi, isteri Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu melancarkan Kapal Misi Pesisir (LMS) pertama milik TLDM yang dinamakan Keris di Wuhan, China, semalam.

Ia antara 4 kapal LMS di bawah kontrak bernilai RM1.17 bilion yang dimeterai antara Putrajaya dan China Shipbuilding Industry Corporation (CSIC) pada 2017.

Pada 2012, Fauzi Abdul Rahman yang merupakan pengerusi Kor Bekas Angkatan Tentera (Kobat) ketika itu mempersoalkan tindakan Rosmah melancarkan kapal latihan, Gagah Samudera milik TLDM.

Fauzi dilaporkan berkata, pelancaran itu sepatutnya disempurnakan anggota Kabinet atau mengikut protokol kerajaan, bukannya isteri perdana menteri. - FMT

Reply With Quote
Paid Advertisement
  #222  
Old 16-04-2019, 10:54 PM
Xploit Machine Xploit Machine is offline
Active Plus

Xploit Machine's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2012
Location: West Malaysia
Posts: 4,929
Likes (Received): 1455
Active Level
Post Memang Tradisi 'Navy'

16.04.2019 - Kuala Lumpur, TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) memberikan penjelasan mengenai isu isteri Menteri Pertahanan, Normah Alwi, menyempurnakan upacara penamaan dan pelancaran Kapal Misi Pesisir (LMS) di China, semalam.

Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany berkata, pemilihan wanita untuk menyempurnakan upacara itu sudah menjadi tradisi pasukan berkenaan sejak ia ditubuhkan.

Katanya, individu dipertanggungjawabkan untuk menyempurnakan upacara itu digelar ‘Lady Sponsor’ atau wanita terpilih dalam kalangan kenamaan.

“TLDM amat berterima kasih atas keprihatinan masyarakat Malaysia susulan berita disiarkan mengenai pelancaran kapal baru itu.

“Pelancaran dan penamaan kapal TLDM oleh wanita dilaksanakan selama ini adalah upacara tradisi sejak Royal Navy ditubuhkan lagi, namun disesuaikan dengan syariat Islam dan adat ketimuran Malaysia.

“Lady Sponsor atau wanita terpilih dalam kalangan isteri kenamaan seperti isteri kepada Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan kerabat diraja atau sultan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, bagi kapal dinamakan sempena nama negeri, isteri atau wanita berkaitan dengan negeri terbabit akan dipilih.

“Contoh, KD Kedah dinamakan oleh Puteri Sultan Kedah, Datuk Seri Tengku Puteri Intan Safinaz. Bagi kapal dinamakan sempena nama pahlawan, wanita kepada waris nama berkenaan atau wanita kenamaan dari negeri itu akan dipilih.

“Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 iaitu Maharajalela dinamakan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. Bagi kapal selain nama negeri dan pahlawan, isteri kenamaan negara dipilih, sebagai contoh KD Tunku Abdul Rahman dinamakan oleh Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri Timbalan Perdana Menteri ketika itu,” katanya.

Menurutnya, pada 1995, KD Jebat dinamakan oleh Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (ketika itu Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohd Ali) pada ketika itu isteri kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.



Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2...g-tradisi-navy
__________________
"Genius Is One Percent Inspiration, Ninety-Nine Percent Perspiration" - Thomas Alva Edison
"Knowing Is Not Enough, We Must Apply. Willing Is Not Enough, We Must Do" - Bruce Lee
Reply With Quote
  #223  
Old 16-04-2019, 10:59 PM
Duan82 Duan82 is online now
Super Active

 
Trader Rating: (3)
Join Date: Dec 2011
Posts: 5,414
Thanks (Received): 127
Likes (Received): 475
Active Level
Default

hahahhahahahha TRADISI?...tradisi zaman Rosmah...diteruskan zaman PH...
Reply With Quote
  #224  
Old 16-04-2019, 11:32 PM
epozer epozer is offline
Legendary Member

epozer's Avatar
 
Trader Rating: (33)
Join Date: Aug 2010
Posts: 14,196
Thanks (Received): 13
Likes (Received): 326
Active Level
My Mood:
Default

Dulu rosmah buat melompat semua...krna tang kroni...terus tradisi... next time pikir dulu sebelum kutuk....kan nk kena balik..hahaa
Reply With Quote
  #225  
Old 17-04-2019, 01:34 AM
Duan82 Duan82 is online now
Super Active

 
Trader Rating: (3)
Join Date: Dec 2011
Posts: 5,414
Thanks (Received): 127
Likes (Received): 475
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by epozer View Post
Dulu rosmah buat melompat semua...krna tang kroni...terus tradisi... next time pikir dulu sebelum kutuk....kan nk kena balik..hahaa
ini bukan kena balik dah ni...ini mcm bagi kebenaran member ludah muka dah ni.
Reply With Quote
  #226  
Old 17-04-2019, 05:34 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 144,922
Active Level
My Mood:
Default

Kena ada SOP sendiri, bukan ikut tradisi luar

KUALA LUMPUR – Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menegaskan Malaysia tidak perlu lagi mengikut istiadat luar berhubung upacara berkaitan dengan anggota keselamatan negara.


Menurut beliau, sudah tiba masanya kerajaan mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) sendiri yang melibatkan perasmian upacara rasmi kerajaan.

“Kita kena tubuhkan SOP yang dipersetujui oleh kabinet atau diluluskan oleh kerajaan, jadi mudah tidak pening kepala, jadi mudah untuk jawab.

“Ini yang disebut tadi. Tidak terpengaruh dengan benda boleh tambah masalah esok kita buat sendiri buku SOP yang kita persetujuan dan rakyat faham,” katanya ketika ditemui Malaysia Gazette hari ini.

Nadzim diminta mengulas mengenai isteri Menteri Pertahanan, Normah Alwi yang merupakan salah seorang perasmi kapal perang negara di Wuhan, China bersama-sama Panglima Tentera Laut (PTL), Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany, Pengarah Boustead Heavy Industry Corporation (BHIC), Laksamana Tan Sri Ramlan Mohamed Ali (Bersara), pihak pengurusan China Shipbuilding Industry Corporation (CSIC) serta China Shipbuilding & Offshore International Co Ltd (CSOC).

Tambah Nadzim, perkara ini perlu memandangkan pelbagai isu yang timbul sejak Pakatan Harapan (PH) menerajui Putrajaya yang menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat.

“Saya harap perkara ini dapat dipersetujui bersama mungkin di Kementerian Pertahanan, mungkin di kabinet. Jadi kita tidaklah buat kerja, ada yang merasmikan majlis rasmi. Kita harap benda ini tidak berlaku.

“Tujuannya mudah sahaja, kita mesti ada tujuan yang baik dan tanpa perlu menjawab selesai timbul satu-satu isu,” katanya lagi.

Semalam, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjelaskan mengenai isu isteri kepada Menteri Pertahanan yang diundang untuk merasmikan pelancaran dan penamaan kapal TLDM adalah tradisi yang diamalkan oleh TLDM.

“Upacara pelancaran dan penamaan kapal LMS pertama TLDM yang telah disempurnakan oleh isteri kepada Menteri Pertahanan, Normah Alwi di Wuhan, China semalam merupakan upacara tradisi yang diamalkan selama ini oleh TLDM dan gelaran Lady Sponsor kepada isteri Menteri Pertahanan adalah perkara yang biasa dilaksanakan” demikan menurut kenyataan itu. -MalaysiaGazette

Reply With Quote
Likes haniefmunchkien liked this post
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump