Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



View Poll Results: Ratifikasi ICERD
Saya Sokong 50 10.37%
Saya Tak Sokong 432 89.63%
Voters: 482. You may not vote on this poll

Reply
 
Thread Tools
  #2671  
Old 21-11-2018, 04:44 PM
bebird bebird is offline
Super Active

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2008
Posts: 5,021
Thanks (Received): 12
Likes (Received): 76
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by naning View Post
Hahaha tak ke sewel namanya. Tak kan dah sign baru nak berhimpun

Betul lah mat sabu cakap, keluar Pas akan jadi sewel dan gila.
betul tu bro...

lain la kerajaan dah umum utk tidak sign icerd ni...


dulu2.. bukan main lagi diorang.. siap baring atas jalan..
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2672  
Old 21-11-2018, 04:45 PM
bebird bebird is offline
Super Active

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2008
Posts: 5,021
Thanks (Received): 12
Likes (Received): 76
Active Level
Default

betul ke...

dengarnya.. sekarang ni..

Timb. Menteri Pertahanan nak ambil tau semua rahsia2 sulit ATM...
Reply With Quote
  #2673  
Old 21-11-2018, 04:54 PM
naning naning is online now
Active Plus

naning's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2013
Posts: 3,825
Thanks (Received): 50
Likes (Received): 231
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by bebird View Post
betul ke...

dengarnya.. sekarang ni..

Timb. Menteri Pertahanan nak ambil tau semua rahsia2 sulit ATM...

*Kementerian yang paling utama di dalam negara yang melibatkan keselamatan dan maklumat risikan iaitu Kementerian Pertahanan, dikhuatiri kini berada di dalam tekanan dan mendapat ancaman dari dalaman. Parti DAP yang dilabelkan sebagai sebuah parti duplikasi komunis di Negara ini seperti yang telah diperkatakan oleh ramai orang sebagai ancaman kepada negara, kini Liew Chin Tong seorang Pengerusi Parti DAP Johor telah pun berada di dalam kerajaan dengan menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia.*

Mungkinkah Kerajaan Pakatan Harapan terlepas pandang terhadap perlantikan ini dan sudah semestinya pemikiran Chin Tong penuh dengan muslihat dan kerana aspek itulah juga Parti DAP meletakkannya sebagai pakar strategi untuk kepentingan DAP dan mereka akan menggunakan apa cara sekali pun termasuk fitnah dan hasutan bagi mencapai matlamat DAP.

Hasil maklumat dan sumber yang diterima daripada pegawai dalam Kementerian Pertahanan, Chin Tong dikatakan sedang hebat mendapatkan pelbagai maklumat rahsia dan penting di dalam Kementerian Pertahanan Malaysia. Kini kebanyakan pegawai peringkat tertinggi dan juga bawahan di dalam Kementerian Pertahanan sudah mulai bimbang kerana Chin Thong sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat dan rahsia sulit kerajaan di dalam Kementerian Pertahanan. Sebelum ini Menteri tidak mencampuri urusan ketenteraan, kini amat berbeza samasekali, apabila di bawah DAP.

*Tindakan Chin Tong ini telah menimbulkan tekanan di kalangan pegawai peringkat tertinggi dan juga pegawai bawahan kerana mereka berasa bersalah mendedahkan beberapa perkara sulit di dalam agensi Pertahanan. Kebocoran maklumat ini amat merisaukan mereka (pegawai kementerian) kerana ianya akan memberi kemudaratan kepada keselamatan negara dan tidak pernah berlaku sebelum ini selama 60 tahun lalu.*

Menurut maklumat yang diperolehi oleh pihak kami, Liew Chin Tong juga adalah merupakan Fellow Pelawat Badan Perisikan Penyelidik ISEAS yang berpengkalan di Singapura. Tidak mustahil dengan adanya peluang sebegini, Chin Tong dikhuatiri akan mendedahkan sesetengah perkara yang melibatkan polisi keselamatan dan ini merupakan satu ancaman kepada Negara.

JUJUR AMANAH SATU PERJUANGAN

DATO’ AZWANDDIN HAMZAH
Presiden
JARINGAN MELAYU MALAYSIA (JMM)
Merangkap PENASIHAT
GAGASAN TIGA MALAYSIA (G3)
19hb NOVEMBER 2018

http://www.jmm.com.my/kementerian-pe...n-dan-ancaman/
__________________
Gold is the money of kings
Silver is the money of gentleman
Barter Is the money of peasants
Debt is the money of slaves
Reply With Quote
  #2674  
Old 21-11-2018, 05:08 PM
cek mek molek cek mek molek is offline
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 35,256
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 3873
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

ICERD: Polis beri amaran jangan lampaui batas, sentuh sensitiviti kaum


November 21, 2018 4:58 PM


Fuzi Harun memberi jaminan polis akan menjaga ketenteraman awam dan memastikan tiada pelanggaran undang-undang oleh pihak yang cuba mengetengahkan kepentingan agenda masing-masing.

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memberi amaran kepada rakyat supaya tidak melampaui batas sehingga menyentuh sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini, susulan cadangan meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Beliau menasihatkan semua pihak menggunakan saluran betul untuk menyuarakan pendapat dan mematuhi undang-undang, termasuk Akta Perhimpunan Aman 2012 jika mahu mengadakan perhimpunan.

“Cadangan kerajaan untuk ratifikasi ICERD mengundang reaksi yang pelbagai dalam kalangan masyarakat. Masyarakat dinasihatkan tidak membuat sebarang kenyataan atau bertindak dalam apa jua cara yang boleh mengganggu gugat keselamatan dan ketenteraman awam.

“Kita harus yakin dengan komitmen kerajaan untuk mengambil kira pandangan semua pihak sebelum membuat sebarang keputusan berhubung ratifikasi ICERD tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fuzi memberi jaminan polis akan menjaga ketenteraman awam dan memastikan tiada pelanggaran undang-undang atas isu itu oleh pihak yang cuba mengetengahkan kepentingan agenda masing-masing.

PAS dan Umno memutuskan untuk mengadakan perhimpunan bersama bagi membantah ICERD di Kuala Lumpur pada 8 Disember ini.

Sabtu lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, himpunan itu bertujuan menyuarakan bantahan orang Melayu dan Islam terhadap tindakan kerajaan menimbang untuk menerima ICERD.

Katanya, penganjur mengadakan himpunan itu untuk memperbetulkan keadaan, bukannya menimbulkan huru-hara.

Isnin lalu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan pihak berkuasa tidak akan menghalang Umno dan PAS mengadakan himpunan itu dan polis akan dikerahkan untuk memastikan ia berlangsung secara aman tanpa perkara tidak diingini berlaku.

“Tetapi, kita nak nasihatkan mereka (penganjur) supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang berunsur provokatif dan menimbulkan masalah lain,” kata Muhyiddin kelmarin.

https://www.freemalaysiatoday.com/ca...sitiviti-kaum/
__________________
Reply With Quote
Likes naning liked this post
  #2675  
Old 21-11-2018, 05:11 PM
BenVentures BenVentures is offline
Active Plus

BenVentures's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2018
Posts: 3,806
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 324
Active Level
Default

__________________
VACANCY
UEC HOLDERS ONLY
Reply With Quote
  #2676  
Old 21-11-2018, 05:17 PM
naning naning is online now
Active Plus

naning's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2013
Posts: 3,825
Thanks (Received): 50
Likes (Received): 231
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by BenVentures View Post
Sewel ke MP Dap ni. Era Malaysia Baru ni melayu pulak jadi pendatang?
__________________
Gold is the money of kings
Silver is the money of gentleman
Barter Is the money of peasants
Debt is the money of slaves
Reply With Quote
  #2677  
Old 21-11-2018, 05:27 PM
cek mek molek cek mek molek is offline
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 35,256
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 3873
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Rabu, 21 November 2018 | 5:16pm


PENGERUSI Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berucap pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang. - Foto Zulkepli Osman

DUN Pahang lulus usul tolak ICERD


KUANTAN: Semua 42 Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, hari ini, sebulat suara meluluskan usul tergempar menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Usul berkenaan dibentangkan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin, dibahaskan selama kira-kira satu jam dan 45 minit.

Seramai lima ADUN daripada Barisan Nasional (BN), PAS dan wakil Pakatan Harapan (PH) berbahas mengenai usul berkenaan.

Wakil PAS yang juga ADUN Jengka, Shahril Azman Abul Halim Al-Hafiz, dalam perbahasannya menyokong usul berkenaan dan menegaskan bahawa kerajaan Pusat perlu menolak sebarang usaha menandatangani perjanjian itu bagi mengelak keharmonian dikecapi negara ketika ini terjejas.

“Kita sudah biasa hidup dengan penuh semangat toleransi dan sudah pasti kemunculan ICERD tidak membawa sebarang keuntungan kepada mana-mana pihak. Hormati (Perlembagaan Persekutuan) dan jaga perasaan kita (orang Melayu) yang sentiasa bertolak-ansur dengan semua kaum lain di negara ini,” katanya.

ADUN Peramu Jaya, Datuk Seri Sh Mohamed Puzi Sh Ali pula berkata, ICERD tidak menghormati kontrak sosial yang sudah dipersetujui kerajaan ketika mendapat kemerdekaan dari British pada tahun 1957.

“Kita sudah hidup bersama dengan semua kawan-kawan (kaum) lain sejak sekian lama... ada perkara yang sudah dipersetujui sejak dulu lagi dan tidak pernah dipersoalkan.

“Kenapa kita perlu (menandatangani) ICERD sedangkan ia secara tersirat akan mengganggu-gugat hak keistimewaan orang Melayu, agama Islam dan hak Bumiputera lain (Sabah dan Sarawak), termasuk juga kaum-kaum lain di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga ADUN Pelangai berkata, ratifikasi ICERD itu tidak menjejaskan secara umumnya aspek perundangan negara.

“Proses ratifikasi ICERD bukan bermakna apabila kita tandatangani, kita perlu laksanakan ia sebagai undang-undang di Malaysia...kita kena faham bahawa ada dua keadaan dalam mewartakan sesuatu undang-undang di negara ini dan negara lain di seluruh dunia.

“Macam di sini (Malaysia), kita tertakluk kepada amalan doktrin transformasi yang turut digunapakai di Britain... kalau kita tandatangani, ia perlu dibawa (dibentangkan) di Dewan Rakyat dan jika lulus di Dewan Rakyat, barulah boleh diwartakan (sebagai akta atau undang-undang).

“Tetapi, pada pendapat saya, ICERD ini tak perlulah ditandatangani... kesannya terhadap hubungan antara kaum di Malaysia sangat kita bimbang... saya yakin orang Melayu tidak akan setuju dan saya percaya, ada juga rakan kita dari kaum lain pun tidak setuju,” katanya.

Bagaimana pun, ADUN Triang, Leong Yu Man daripada parti DAP berkata, isu ICERD bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan meminta perkara itu diputuskan kerajaan Pusat.

Sementara itu, Yang Dipertua DUN Pahang, Datuk Seri Ishak Muhamad kemudiannya menamatkan sesi perbahasan selepas ADUN Beserah, Andansura Rabu menyatakan sokongan terhadap usul berkenaan, sebelum mengadakan pengundian yang menyaksikan usul berkenaan diluluskan tanpa bantahan daripada semua ADUN.

https://www.bharian.com.my/berita/wi...ul-tolak-icerd
__________________
Reply With Quote
  #2678  
Old 21-11-2018, 05:33 PM
mr. x mr. x is offline
Active Member

mr. x's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2007
Posts: 1,562
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 81
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by naning View Post
*Kementerian yang paling utama di dalam negara yang melibatkan keselamatan dan maklumat risikan iaitu Kementerian Pertahanan, dikhuatiri kini berada di dalam tekanan dan mendapat ancaman dari dalaman. Parti DAP yang dilabelkan sebagai sebuah parti duplikasi komunis di Negara ini seperti yang telah diperkatakan oleh ramai orang sebagai ancaman kepada negara, kini Liew Chin Tong seorang Pengerusi Parti DAP Johor telah pun berada di dalam kerajaan dengan menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia.*

Mungkinkah Kerajaan Pakatan Harapan terlepas pandang terhadap perlantikan ini dan sudah semestinya pemikiran Chin Tong penuh dengan muslihat dan kerana aspek itulah juga Parti DAP meletakkannya sebagai pakar strategi untuk kepentingan DAP dan mereka akan menggunakan apa cara sekali pun termasuk fitnah dan hasutan bagi mencapai matlamat DAP.

Hasil maklumat dan sumber yang diterima daripada pegawai dalam Kementerian Pertahanan, Chin Tong dikatakan sedang hebat mendapatkan pelbagai maklumat rahsia dan penting di dalam Kementerian Pertahanan Malaysia. Kini kebanyakan pegawai peringkat tertinggi dan juga bawahan di dalam Kementerian Pertahanan sudah mulai bimbang kerana Chin Thong sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat dan rahsia sulit kerajaan di dalam Kementerian Pertahanan. Sebelum ini Menteri tidak mencampuri urusan ketenteraan, kini amat berbeza samasekali, apabila di bawah DAP.

*Tindakan Chin Tong ini telah menimbulkan tekanan di kalangan pegawai peringkat tertinggi dan juga pegawai bawahan kerana mereka berasa bersalah mendedahkan beberapa perkara sulit di dalam agensi Pertahanan. Kebocoran maklumat ini amat merisaukan mereka (pegawai kementerian) kerana ianya akan memberi kemudaratan kepada keselamatan negara dan tidak pernah berlaku sebelum ini selama 60 tahun lalu.*

Menurut maklumat yang diperolehi oleh pihak kami, Liew Chin Tong juga adalah merupakan Fellow Pelawat Badan Perisikan Penyelidik ISEAS yang berpengkalan di Singapura. Tidak mustahil dengan adanya peluang sebegini, Chin Tong dikhuatiri akan mendedahkan sesetengah perkara yang melibatkan polisi keselamatan dan ini merupakan satu ancaman kepada Negara.

JUJUR AMANAH SATU PERJUANGAN

DATO’ AZWANDDIN HAMZAH
Presiden
JARINGAN MELAYU MALAYSIA (JMM)
Merangkap PENASIHAT
GAGASAN TIGA MALAYSIA (G3)
19hb NOVEMBER 2018

http://www.jmm.com.my/kementerian-pe...n-dan-ancaman/
Agenda Nam Tein: Konspirasi Penghapusan Etnik Melayu

https://youtu.be/1auhd-615K0
Reply With Quote
Likes naning liked this post
  #2679  
Old 21-11-2018, 05:34 PM
Panji hitam putih Panji hitam putih is offline
Active Member

Panji hitam putih's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2016
Posts: 1,247
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 342
Active Level
Default

Wasiat Buat Bangsaku Melayu!!!
Oleh: YBhg Ayahanda Syeikh Haji Abdul Rahim Pfordten

Masa aku kanak2 dulu aku telah menyaksikan bangsa China yang datang ke Tanah Melayu ini adalah terdiri dari apek2 Tongsan yang berpakaian seluar ‘katok’. Masih terbayang keadaan seluar mereka yang panjangnya hanya sekerat pada kadar dibawah sedikit dari lutut. Mereka seharian berbaju kain kasar yang berbutang lima sambil menghisap candu dengan menggunakan paip buluh.

Mereka tidur bergelempangan, bermalas-malasan dek ketagih candu. Untuk tidur, cukup dengan berbantalkan kayu dan berselimut pendek berwarna merah. Itulah yang aku ingat.

Kerja mereka di bandar-bandar pada ketika itu adalah sebagai penarik "langcha". Bukan beca roda tiga tetapi beroda dua yang merekalah penariknya. Itulah pengangkutan ’teksi’ di bandar-bandar ketika itu.

Selain itu orang-orang Cina ini juga bekerja sebagai tukang kandar tong najis dari jamban-jamban (tandas) jenis angkut. Hiii! Najisnya yang penuh di dalam tong itulah yang mereka pikul untuk dikumpul dan dibuang di tempat pembuangan. Busuk? Tak usah ceritalah. Sekarang tugas itu diambil alih oleh Indah Water!!

Mereka juga jadi kuli-kuli dan pekerja lombong bijih timah milik orang puteh. Tinggal di berek-berek dan rumah papan ala setinggan – bersesak dan tanpa kemudahan asas.

Dikampung-kampung pula mereka menumpang tanah orang Melayu yang terbiar bersemak-samun,. Mereka duduk percuma sambil menyangkul dan bertanam sayur. Hasil tanaman mereka, meraka kandar (pikul) - bawa berjaja keliling kampung dan ke pekan-pekan.

Mereka bertungkus lumus mencari sesuap nasi untuk makan minum – mengalas perut mereka sekeluarga. *Mereka terpaksa pandai berjimat cermat*. Rezeki yang di dapat tidak dibelanjakan semua. Mereka datang sebatang kara. *Tiada saudara mara yang boleh menolong ketika sesak dan sulit*.

Orang Melayu hidup manja di kelilingi keluarga dan saudara mara. Ketika susah, ada tempat untuk meminta pertolongan. Paling mudah mereka akan pandai berhutang hingga dikatakan hutang keliling pinggang. itulah salah satu kepakaran bangsaku. Sebab itu orang melayu jarang beringat dan berjimat. *Lebih banyak boros dan berpesta kenduri kendara. Sanggup berhutang asal status terjaga atau dapat elak dari diumpat kata nesta jiran tetangga*.

Orang Melayu yang *belajar* diasuh pula dengan *pemikiran makan gaji*. Kalau makan gaji, walaupun gajinya *kecil dan 'ciput'*, itu sudah *jadi kebanggaan sekampung* dan dibualkan dengan penuh rasa puas tercapai hajat yang sangat hebat.

Orang Cina dalam susah dan derita air mata, mengharung hidup dengan *mata menjeling peluang*. Apa saja yang terleka dek orang Melayu, *mereka berlumba-lumba menyambarnya*.

Tidak perlu sakit hati dengan mereka. Itulah lumrah kehidupan. *Yang pemalas dan manja akan tertinggal jauh di belakang*. Yang rajin berusaha dan gigih mencari peluang baru akan berpindah menapak setakah demi setakah.

Orang Melayu kekal semakin jauh di himpit kesusahan. Orang *Cina* akhirnya *muncul* menjadi bangsa yang berada *di atas, dalam kitaran ekonomi*. Orang Melayu tercungap-cungap kelemasan. *Aku tak tahu bilakah watak bangsa Melayu ini boleh diubah menjadi bangsa yang rajin, bangsa yang bersungguh-sungguh dan sanggup bangkit membela masa depan mereka sendiri*.

Kalau dulu, orang-orang Cina datang sehelai sepinggang, hari ini ramai *orang Melayu yang papa kedana dan merempat di tanah air sendiri*. Bangsa yang tidak leka akan lebih peka dan berjaya. Orang-orang *Cina* sedang *melakar* sejarah mereka yang hebat di bumi tanah tumpah datuk nenek kita.

Hari ini *anak cucu mereka* sudah *jadi taukeh-taukeh besar membangun perniagaan* di bandar-bandar yang mereka ciptakan. Tanah orang Melayu mereka beli dengan harga yang murah dan dibangunkan hartanah yang ratusan kali ganda nilai harganya!! Mereka kuasai ekonomi dalam negara ini dan *orang Melayu menjadi kuli malah ada yang jadi ‘hamba pecacai’ mereka*.

Jangan sakit hati dengan mereka. Negara kita berlaku adil dengan semua bangsa yang ada. Kaum yang cerdik dan pintar akan berjaya berada di persada indah. *Kaum yang lemah, penakut, berjiwa kecil, bersikap negatif* akan terus hanyut di telan banjir bah arus dunia tanpa sempadan.

Tidaklah salah jika kaum Cina merancang merebut kuasa politik yang selama ini didominasi oleh orang Melayu. Dengan wang yang ada, ramai orang Melayu yang mudah rosak dengan ganjaran wang di depan mata. *Orang Melayu yang lemah dalam semua sudut* ini mudah untuk menjual apa saja *demi untuk makan minum sehari dua*. Orang Melayu lebih serius memikirkan hal makan minum dalam jangka waktu hanya sehari dua. *Bangsa lain merancang mengukuhkan pegangan dalam pelbagai sektor kehidupan*.

Inilah yang sedang berlaku di dalam negara kita. Puncanya pada orang Melayu sendiri. *Kesian* pada *anak cucu kita* yang kemungkinan akan jadi penumpang dalam negara bertuah ini seperti apa yang berlaku kepada orang-orang Melayu di Singapura. *Malah agama mereka pun turut semakin hilang*.

Orang Melayu mudah dirosakkan dengan hiburan, keseronokan mungkar dan maksiat. Kini, sudah ada sejumlah *sejuta orang anak-anak muda Melayu* yang kebanyakannnya berusia seawal belasan tahun sudah menjadi *penagih dadah*. Taukeh dadah yang kaya raya tentulah bukan orang Melayu. Yang menjadi pengedar dan yang ditangkap untuk dihukum di tali gantung pun adalah anak-anak Melayu.

Adakah kehinaan bangsa ini, sudah sampai kemuncaknya? Terlalu ramai anak-anak melayu penagih dadah yang sedang menjadi bangkai bernyawa. *Jika tidak berbuat sesuatu, mereka akan mati beragan* dan bayangkan api neraka yang sedang mengaum hendak meratah tubuh badan mereka.

Percayalah wahai bangsaku, kekuatan tunggal kita bukan semangat kebangsaan lagi tetapi kekuatan iman dan taqwa. Dengan *iman dan taqwa sahajalah* orang Melayu akan kembali sayangkan negara tercinta ini. Dengan keyakinan terhadap kasih sayang dan rahmat Allah, orang Melayu *boleh bangkit membaiki diri, keluarga dan masyarakat mereka*.

Orang Melayu yang dipimpin hati jiwanya dengan rasa takut Allah rindu Nabi saw tak akan sanggup jual syurga dan bidadarinya dengan keseronokan dunia yang mungkar dan maksiat. Mereka tak akan sanggup berzina, mengandung luar nikah dan membuang anak di merata tong sampah.

Mereka akan kembali menjadi bangsa yang mulia, berharga, bernilai dan dihormati kawan dan lawan. Taqwalah sahaja cara bagaimana hati mereka perlu dididik. Dengan kekuatan taqwa, Allah yang Maha Gagah Perkasa akan menjadi pembela kepada bangsa Melayu.

Insaflah wahai bangsaku!!! Cari lah ilmu agama sebagai asas kepada iman dan taqwa. *Dapatkanlah bimbingan orang-orang soleh dan insan-insan bertaqwa yang masih ada*. Laksanakanlah suruhan Allah dan jauhilah laranganNya. Hayatilah *sembahyang* yang menjadi anak *kunci* kepada mendapatkan taqwa. Laksanakanlah solat dengan bersungguh-sungguh tepat pada waktunya. Peliharalah mata, telinga, lidah, kaki-tangan, perut dan kemaluan dari menyentuh dosa. Jauhilah akhlak keji dan amalkanlah akhlak mulia.

Bermodalkan iman dan taqwa bangsa Melayu akan jadi satu bangsa yang kuat dan mulia. Bangsa yang berani, berwibawa, rajin, berkasih-sayang dan berpadu. Inilah bangsa yang akan digeruni oleh musuh.

Dan Allah janjikan syurga di akhirat. Lihatlah sejarah, bagai mana *umat Islam dulu* telah pernah menguasai *tiga suku dunia selama tujuh ratus tahun dengan bermodalkan kekuatan iman dan taqwa*. Inilah jalan-jalan kemenangan dan kejayaan yang Allah janjikan. Tidak ada jalan lain selain ini.

Ya Allah! limpahkanlah kepada bangsaku Melayu akan rahmat, hidayah dan taufiqMu. Amiin ya Allah!
Reply With Quote
Likes naning, mr. x liked this post
  #2680  
Old 21-11-2018, 05:36 PM
Panji hitam putih Panji hitam putih is offline
Active Member

Panji hitam putih's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2016
Posts: 1,247
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 342
Active Level
Default

Hingga ke saat ini, tiada seorang pun pemimpin tertinggi ahzab PH yg mendesak supaya ICERD dibatalkan, kecuali Tun Mahathir yang menyatakan Malaysia tidak akan menandatanganinya. Tetapi sejarah menunjukkan beliau suka bercakap terbalik. Oleh itu, bolehkah kita mempercayai kata-kata beliau kali ini?
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump