BTC USD 63,695.2 Gold USD 2,383.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Liga Hoki Malaysia 2023 (MHL)

image.jpg


Walaupun muncul naib juara Piala TNB tetapi pihak pengurusan UniKL tetap berbangga dengan pencapaian keseluruhan diraih sepanjang kempen Liga Hoki Malaysia musim ini

Liga hoki: UniKL bangga pencapaian keseluruhan


KUALA LUMPUR - Presiden Kelab Hoki Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Datuk Amir Azhar Ibrahim secara keseluruhan berbangga dengan kejayaan UniKL menjuarai Liga Hoki Malaysia (MHL) 2019 walaupun terpaksa akur gagal mempertahankan gelaran Piala TNB dimenangi musim lalu pada edisi tahun ini.

Hasrat UniKL untuk bergelar juara berganda musim ini tidak kesampaian apabila tewas 1-2 kepada Pasukan Hoki Terengganu (THT) pada aksi final Piala TNB di Stadium Tun Razak, Jalan Duta di sini semalam.

Ketiadaan trio import dari Belanda, Robbert Kemperman, Valentin Verga dan Martijn Havenga serta penjaga gol Ireland, David Harte yang tidak dapat beraksi kerana peraturan Persekutuan Hoki Eropah (EHF) dilihat sebagai faktor utama kegagalan UniKL pada aksi final semalam.

“Saya amat berbangga dengan pencapaian keseluruhan kami musim ini dan sudah tidak sabar untuk mengharungi saingan tahun depan dengan lebih baik. Semestinya saya berharap dapat menggunakan lagi khidmat empat tonggak import ini,” kata Amir Azhar yang juga pengurus pasukan UniKL.

Sementara itu, Amir Azhar mengesahkan, Stadium Tengku Abdullah di Bangi yang merupakan ‘rumah’ kepada UniKL akan ditutup bermula minggu ini untuk kerja-kerja pengubahsuaian membabitkan keadaan permukaan padang, pencahayaan lampu limpah serta pemasangan papan skor elektronik.

Dalam perkembangan sama, ketua jurulatih UniKL, Arul Selvaraj menggesa Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) agar mengeluarkan jadual pertandingan Liga Hoki Malaysia (MHL) tahun depan lebih awal agar dapat membantu pasukan-pasukan melakukan persiapan rapi terutama dari segi mendapatkan khidmat pemain-pemain import. - K! ONLINE


http://www.kosmo.com.my/sukan/liga-hoki-unikl-bangga-pencapaian-keseluruhan-1.852778
 
Sponsored Post

Korea juara Piala Sultan Azlan Shah


image.jpg

PEMAIN pasukan Korea Selatan meraikan kejayaan menjuarai kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh hari ini. - UTUSAN/GAMBAR KAMAL BASIR WAHAB

IPOH 30 Mac - Korea Selatan muncul juara hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-28 selepas memenangi penentuan penalti 4-2 ke atas India setelah terikat 1-1 dalam masa sebenar dalam final di sini hari ini.

Ini adalah kejuaraaan ketiga Korea selepas muncul juara 1996 dan juara bersama India pada tahun 2010.

Dalam perlawanan di Stadium Azlan Shah hari ini, India mendahului menerusi gol padang Simranjeet Singh pada minit kesembilan.

Begitupun, Korea Selatan terpaksa menunggu sehingga minit ke-47 untuk menyamakan kedudukan 1-1 menerusi pukulan penalti Hong Eunseong.

Ketua pasukan, Lee Namyong memastikan Korea Selatan menjulang kejuaraan edisi kali ini apabila menyempurnakan penalti yang menarik selepas mencungkil bola melepasi penjaga gol India, Pathak Krishnan untuk gol kemenangan pasukannya.

Trofi kejuaraan kepada pasukan juara, Korea Selatan disampaikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Sementara itu, Malaysia memenangi aksi penentuan tempat ketiga apabila mengalahkan Kanada 4-2, sekali gus memperbaiki pencapaian tempat keempat pada kejohanan tahun lalu.

Dalam aksi menentang Kanada, Malaysia ketinggalan menerusi gol padang Mark Pearson pada minit ke-14 namun Malaysia bangkit menyamakan kedudukan menerusi gol penyamaan Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi pada minit ke-23.

Jaringan itu menyuntik semangat pemain apabila menambah tiga lagi gol masing-masing menerusi gol padang Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal (minit ke-29), gol Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil (minit ke-30) dan jaringan Faizal Saari (minit ke-45) manakala Poland menjaringkan gol kedua pada minit ke-59 menerusi James Walles.

Jepun pula membelasah Poland 6-1 dalam perlawanan penentuan tempat kelima dan keenam.


http://www.utusan.com.my/sukan/hoki/korea-juara-piala-sultan-azlan-shah-1.873221
 
UNIKL_Logo_1577021219.jpg


Ashran_1577021223.jpg


Pemain UniKL, Ashran Hamsani. - NSTP/Effendy Rashid
UniKL gementar kelibat Dhaarma Raj


KUALA LUMPUR: Kehadiran pengendali berpengalaman, Dhaarma Raj Abdullah bersama pasukan Kelab Hoki Terengganu (THT) sedikit sebanyak membuat Universiti Kuala Lumpur (UniKL) 'menggeletar' menjelang musim baharu Liga Hoki Malaysia 2020 yang dijadual membuka tirainya dengan saingan Piala Sumbangsih, 10 Januari ini.

Malah detik tewas di tangan pasukan THT pada perlawanan Piala Sumbangsih menerusi penentuan shoot-out 3-1 selepas terikat 2-2 aksi sebenar musim lalu juga dilihat masih menghantui UniKL.

"Jurulatih Dharmaa seorang yang berpengalaman. Dia pernah membawa KLHC (Kuala Lumpur Hockey Club) meraih banyak piala dan kami perlu berhati-hati dengannya kerana dia tahu bagaimana corak (permainan) kelab di Malaysia ini," kata penolong jurulatih UniKL, Saiful Azhar Afandi.

"Setiap perlawanan pertama sememangnya sukar dalam setiap liga besar. Kami perlu menstabilkan pasukan untuk perlawanan pertama nanti. Tahun lalu kami terikat seri dan kalah menerusi penentuan shoot-out dan tahun ini kami mahu merampas (Piala Sumbangsih) semula."

Sementara itu bagi pemain UniKL, Mohd Ashran Hamsani menyifatkan pertemuan semula dengan THT ini sebagai pentas untuk menebus kekecewaan musim lalu yang baginya mampu memberi motivasi awal buat mengharungi kempen 2020.

"Alhamdulillah. UniKL sudah berkumpul dalam satu pasukan sejak kira-kira seminggu yang lalu. Ada muka baharu yang menyertai pasukan dan kami cuba untuk mencari persefahaman dengan secepat mungin sebagai persediaan mengharungi perlawanan pertama ini.

"Bagi kami, Piala Sumbangsih kali ini begitu penting kerana tahun lalu kami tewas menerusi shoot-out. Saya berharap untuk dapatkan kemenangan Piala Sumbangsih kerana itu adalah langkah pertama kami untuk ke pusingan seterusnya dan juga liga," kata Ashran.


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register