BTC USD 63,300.3 Gold USD 2,380.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Piala FA 2019 (27 Julai 9PM SNBJ) - FT Final Perak [0][1] Kedah, AET

Malaysian Football League

D4aztvCU4AAH8SP.jpg

KEPUTUSAN MAJLIS UNDIAN Shopee PIALA FA MALAYSIA 2019 - PERINGKAT SUKU AKHIR

#ShopeePialaFA2019
 
Sponsored Post

Malaysian Football League

D4ae98MUcAA1WMG.jpg

PENJARING TERBANYAK Shopee PIALA FA 2019 - PUSINGAN FA3

Saksikan majlis undian Peringkat Suku Akhir Shopee Piala FA 2019 di laman Facebook Football Malaysia on iflix, pukul 3 petang nanti.

#ShopeePialaFA2019
 
Tu la tuan..laluan ke final agak mudah bagi phg atau ganu.Ni la masanya peluang tuk ganu dptkan 1 piala thn ni.

prestasi tak menentu ni boss
Pahang tetap pilihan utama ke separuh akhir
Namun lawan tetap lawan
 
sadaw3_1555632043.jpg

'Kami bukan menang nasib' - Rajagopal


JOHOR BAHRU: Bukan nasib, sebaliknya pengendali PKNS FC, Datuk K Rajagobal menganggap kemampuan pemainnya mengikut percaturan taktikal membantu pasukannya mengejutkan skuad pilihan, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang terpaksa bermain dengan 10 pemain, di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini, malam kelmarin.

Beliau berkata, semua pemainnya menunjukkan prestasi baik untuk mengekang kemaraan JDT yang mempunyai reputasi cemerlang, lebih-lebih lagi di hadapan ribuan penyokong di laman sendiri.

“Walaupun tahu JDT adalah sebuah pasukan kuat, kita datang dengan pemikiran positif untuk menang. Saya lihat semua pemain menunjukkan komitmen yang cukup tinggi dan bermain dengan baik.

“Kemenangan ini bukan disebabkan nasib kerana kita dapat lihat beberapa kali kita berjaya menembusi pertahanan lawan dan Kpah Sherman berhadapan satu lawan satu dengan penjaga gol.

“Tidak dinafikan nasib juga penting dalam perlawanan, tapi saya mahu katakan kemenangan ini bukan disebabkan nasib. Pemain saya bemain dengan baik menentang pasukan yang sangat kuat,” katanya selepas perlawanan itu.

Kemenangan 1-0 hasil jaringan Sherman pada minit ke-49 yang menewaskan penjaga gol Mohd Izham Tarmizi Roslan itu membolehkan PKNS mara ke suku akhir Piala FA.

Mengulas mengenai kad merah yang dilayangkan kepada pertahanan JDT, Kiko Insa pada minit ke-10 selepas mengasari pemainnya, Muhamad Faizat Mohamad Ghazali, Rajagobal berkata, tiada perubahan taktikal dilakukan selepas itu.

“Selepas Insa dilayangkan kad merah, saya ada fikir untuk melakukan sesuatu, namun kita sedar JDT mempunyai pemain berkualiti di semua bahagian.

“Tanpa seorang pemain pun mereka masih mampu memberi tekanan kepada kita. Jadi, saya arahkan semua pemain supaya kekalkan disiplin dan jangan beri ruang kepada lawan untuk melakukan gerakan kerana kita tahu mereka mempunyai kemahiran individu yang cukup baik,” katanya.

Sementara itu, Pengurus JDT, Luciano Fugueroa, mengucapkan terima kasih kepada semua pemainnya yang bermain dengan bersungguh-sungguh walaupun tanpa Insa.

“Keadaan sangat sukar kerana kita kehilangan seorang pemain pada awal permainan, namun semua pemain tetap cuba memberikan yang terbaik,” katanya.


https://www.hmetro.com.my/arena/2019/04/446353/kami-bukan-menang-nasib
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register