Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #2601  
Old 11-02-2019, 03:44 PM
cek mek molek cek mek molek is offline
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 40,352
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 4794
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by mutanic View Post
So, kepada Pn.Cek Mek Molek kita, adakah Dr.Muhammad Atiullah ni saksi yang kuat untuk kes ni?
tn mutanic, jap nanti saya jawab soalan tuan ye insya Allah
__________________
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2602  
Old 11-02-2019, 03:59 PM
stillFX stillFX is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2016
Posts: 4,651
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 340
Active Level
Default

terbaik cmm..penerangan cam ni...laku la kot daripada penerangan orang cam kami ni.
Reply With Quote
  #2603  
Old 11-02-2019, 04:45 PM
cek mek molek cek mek molek is offline
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 40,352
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 4794
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by mutanic View Post
So, kepada Pn.Cek Mek Molek kita, adakah Dr.Muhammad Atiullah ni saksi yang kuat untuk kes ni?

aah tn mutanic, Dr Muhammad Atiullah boleh dipanggil sebagai saksi utk bagi keterangan dalam kes ni

Menurut Seksyen 29(3) Akta SPRM 2009, SPRM boleh menyiasat sesuatu maklumat selain daripada aduan bertulis berkaitan perlakuan rasuah

Seksyen itu menyatakan "jika seseorang pegawai suruhanjaya mempunyai sebab untuk mengesyaki perlakuan suatu kesalahan di bawah akta ini berikutan dengan subseksyen (1) atau maklumat yang diterima selain olehnya, dia hendaklah menyebabkan penyiasatan dibuat dan bagi maksud itu boleh menjalankan segala kuasa penyiasatan yang diperuntukkan akta ini dan Kanun Tatacara Jenayah
__________________
Reply With Quote
Likes BenVentures, stillFX, mutanic, viper21my, kni liked this post
  #2604  
Old 11-02-2019, 05:20 PM
cek mek molek cek mek molek is offline
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 40,352
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 4794
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by hellspermaster View Post
Panjang lebar cmm terangkan. Terima kasih cmm. So, kesimpulannya, untuk mengurangkan kos, tghh setelkan kt london, tunggu malaysia je la proceed dekat pas. So skarang kita tunggu sprm la ye dok.
aah ye tn hellspermaster, kita tunggu perkembangan siasatan SPRM la pulak
__________________
Reply With Quote
  #2605  
Old 11-02-2019, 05:42 PM
mutanic mutanic is offline
Super Active

mutanic's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: May 2009
Posts: 5,517
Active Level
Default

Mod/admin, hat mana dok nganjing lebih˛ ni kasi headshot sket, nak baca pun dok sulam caci maki ja ni
__________________
“When it's difficult like this, the taste (of winning) is better.” ~ Valentino Rossi
Reply With Quote
  #2606  
Old 11-02-2019, 06:04 PM
notepad notepad is offline
Super Active

notepad's Avatar
 
Trader Rating: (9)
Join Date: Sep 2011
Location: malizia
Posts: 7,307
Thanks (Received): 27
Likes (Received): 326
Blog Entries: 4
Active Level
Default

Dana RM90 juta: Hentikan spekulasi – KP SPRM




[Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata tugas SPRM adalah untuk mengenal pasti sama ada berlaku kemasukan duit ke akaun terbabit.]
KUCHING – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mahu menimbulkan sebarang spekulasi sambil menegaskan siapa pun yang terlibat akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin PAS.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata tugas SPRM adalah untuk mengenal pasti sama ada berlaku kemasukan duit ke akaun terbabit.

“Saya tidak mahu membuat spekulasi individu tertentu akan dipanggil atau tidak… kerana rasuah ini bukan melibatkan spekulasi atau pun jangkaan. Ia lebih kepada fakta,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Majlis Amanat Perdana Integriti 2019 yang disampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini.

SPRM sebelum ini mengesahkan menerima laporan berhubung wang RM90 juta disyaki dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun beberapa pemimpin PAS.

Jumaat lepas, anggota Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hadir di Ibu Pejabat SPRM Kelantan bagi memberi keterangan berhubung siasatan mengenai dana sebanyak RM90 juta daripada 1MDB itu.

Menurut sumber, siasatan akan dibuat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.

Sebelum ini, artikel oleh Sarawak Report pada Ogos 2017 antara lain mendakwa dana berjumlah RM90 juta “dipercayai” dimasukkan ke dalam akaun bank pimpinan atasan PAS bagi menarik mereka menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN).

— BERNAMA
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #2607  
Old 11-02-2019, 06:12 PM
cek mek molek cek mek molek is offline
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 40,352
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 4794
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by Termites View Post
Audio nik abduh tu tulen ke tak sebenarnya?
tn Termites, audio nik abduh tu tulen dan asli, original, authentic, takde gangguan dari mana mana, tak disentuh oleh apa apa..

ni mengambilkira kebolehterimaan audio nik abduh sebagai bukti di Mahkamah Tinggi London dalam kes TGHH vs SR.

cuma kandungan apa yg disebut dalam audio tu, berkenaan apa yg org org dalam tu sebut dsb, tu yg memerlukan kita panggil saksi utk sahkan

dlm kes TGHH vs SR, pihak plaintif i.e TGHH nak buktikan bahwa apa yg Sarawak Report cakap tu tak berapa betul. sbb bagi Plaintif i.e TGHH, Defendan i.e Sarawak Report dah salah tafsir kandungan statement dalam audio tu.

bagi Plaintif, Sarawak Report dah salah tafsir kandungan statement dalam audio tu. berlaku salah faham berkenaan penggunaan perkataan dalam rakaman itu

gitu la kiranya..






ni saya sertakan perbincangan terdahulu mengenai audio Nik Abduh dalam thread ni

https://www.carigold.com/portal/foru...o#post24637111

Quote:
Originally Posted by kasturi View Post
28 Jun 2018

PEGUAM Abdul Hadi Awang di London memberitahu mahkamah bahawa rakaman seorang ahli Parlimen PAS yang mengakui ahli parti itu menerima wang daripada Umno adalah tulen, lapor Sarawak Report hari ini.

Bagaimanapun, presiden PAS itu akan menunjukkan kepada mahkamah bahawa berlaku salah faham berkenaan penggunaan perkataan dalam rakaman itu, dalam tuntutan saman fitnahnya terhadap Sarawak Report.

“Tafsiran yang betul” terhadap rakaman itu akan disediakan dalam jawapan pembelaan Hadi di Mahkamah Tinggi London pada 31 Julai, kata peguam Jacob Dean yang mewakili Hadi.

Peguam Hadi berkata Nik Abduh Nik Aziz, suara dalam rakaman video kontroversi itu, dan beberapa lagi yang lain dalam perbualan itu, dipercayai termasuk menantu Hadi, Zaharuddin Muhammad akan dipanggil untuk memberi keterangan.

“Kami menjangkakan lapan atau sembilan saksi akan dipanggil berkaitan isu yang dibangkitkan oleh pihak pendakwaan berkaitan dana itu disalurkan kepada pemilik sebuah sekolah agama.

“Tuduhan bahawa setiausaha politik yang menjalankan kempen pilihan raya, mengetahui pembayaran berkaitan kemudian Dr Zuhdi Marzuki, akhirnya mengakui PAS menerima pembayaran itu.

“Nampaknya dia (Dr Zuhdi) yang juga bendahari PAS perlu memberi keterangan. Juga tiga pemegang amanah yang dikatakan menerima dana rasuah, sekurang-kurangnya satu mungkin dua dari mereka (pemegang amanah). Ini membawa anda kepada yang keenam. Ada lelaki di dalam pita rakaman, Nik Abduh.

“Itu persiapan awal kami untuk saksi mengenai apa yang dipohon anak guam,” kata Dean.

Hakim diberitahu bahawa Hadi akan ke London untuk menyokong kes itu dan melawan tuduhan Sarawak Report.

Sebelum ini, Nik Abduh dalam satu kenyataan di Facebook menafikan suara dalam rakaman audio itu suaranya. Beliau mendakwa ucapan yang mengaitkan dirinya itu karut, mengarut dan fitnah.

PAS pada tahun lalu didakwa menerima sumbangan wang daripada Umno dan perkara itu dilaporkan Sarawak Report yang juga mendakwa Hadi menerima RM90 juta daripada Najib Razak. Rakaman audio Nik Abduh itu pula dipercayai dirakam dalam satu pertemuan tertutup dengan beberapa pimpinan PAS Kelantan.


https://www.carigold.com/portal/foru...o#post24637198

Quote:
Speaking in court yesterday barrister Jacob Dean confirmed that Hadi will not contest the authenticity of the recording, removing the need for expert forensic evidence to identify the speaker

tn marvelous, a'ah berkenaan berkenaan keaslian audio tu sahaja, peguam Jacob Dean sahkan yg dia takkan argue, berdebat pasal keaslian audio tu. jadi tak perlu panggil pakar forensic utk mengenal pasti org bercakap dalam audio tu.
jadi audio tu tulen, tak diganggu.

jadi org org yg bercakap dalam audio secara jelas dapat dikenal pasti, antaranya Nik Abduh.


tapi kita kena panggil pulak org org yg bercakap dalam audio tu sbg saksi utk bagi keterangan pada bicara tahun depan berkenaan statement isi kandungan, nak tafsirkan sebagai bukti yg relate dengan pembuktian kes..

contoh saksi Plaintif adalah Nik Abduh, Zaharuddin Muhammad, Dr Marzuki, Bendahari PAS, pastu 3 org trustees yg menjaga akaun yg dikatakan menerima dana korup (of an account that is said to have received corrupt funds)

belum ada kecondongan keputusan perbicaraan lagi tn marvelous, banyak perkara lagi yg perlu disahkan melalui bicara penuh
https://www.carigold.com/portal/foru...o#post24637255
Quote:

tn akecema, a'ah audio tu tulen, original, asli, takde gangguan dari mana mana, tak disentuh oleh apa apa..

ok cuma kandungan apa yg disebut dalam audio tu, berkenaan apa yg org org dalam tu sebut dsb, tu yg memerlukan kita panggil saksi utk sahkan


jadi pihak plaintif i.e TGHH nak buktikan bahwa apa yg Sarawak Report cakap tu tak berapa betul. sbb bagi Plaintif i.e TGHH, Defendan i.e Sarawak Report dah salah tafsir kandungan statement dalam audio tu.


bagi Plaintif, Sarawak Report dah salah tafsir kandungan statement dalam audio tu. berlaku salah faham berkenaan penggunaan perkataan dalam rakaman itu

gitu la kiranya..
https://www.carigold.com/portal/foru...o#post24637898
Quote:


sbb Sarawak Report ni quote kata kata peguam Plaintif iaitu Jacob Dean, barrister for Hadi Awang, katanya

Then there is the man on the tape, Nik Abduh. That’s our preliminary estimate for witnesses on what is pleaded
[Jacob Dean, barrister for Hadi Awang]

ni Mr Dean sendiri yg mengakui suara itu adalah Nik Abduh punya..

sudah tentula jika tidak betul, maka takkan Mr Dean bagitau Mahkamah bahawa suara itu milik Nik Abduh. sudah tentu Nik Abduh sendiri yg mengaku pada Mr Dean..

sudah tentula jika tidak betul, mana mungkin Mr Dean bagitau Mahkamah bahwa Hadi will not contest the authenticity of the recording, removing the need for expert forensic evidence to identify the speaker

tidak perlu kepada pakar forensic utk menentukan kesahihan audio tu dan juga pemilik suara tu..


sbb jika pemilik suara tu iaitu Nik Abduh menafikan suara tu milik dia maka Mahkamah kena buat hearing within hearing utk menentukan samada suara itu adalah suara Nik Abduh
The voice of the speaker must be duly identified by the maker of the record or by others who recognize his voice. Where the maker has denied the voice it will require very strict proof to determine whether or not it was really the voice of the speaker.

Sekiranya tiada sebarang bantahan atau keraguan dari mana-mana pihak tentang kesahihan, ketepatan serta keselamatan bahan bukti audio tersebut maka ia boleh dianggap sebagai relevan dan diterimapakai.

sebab ni kan dalam Mahkamah, peringkat sekarang adalah pihak Plaintif dah mula bagitau sapakah saksi saksi beliau.

https://www.carigold.com/portal/foru...o#post24637953

Quote:
tn putra, maksudnya kat sini samada nik abduh atau sesiapa yg mengenali suara Nik Abduh ni sudah bagitau lawyer plaintif Mr Jacob Dean ni bahwa itu adalah suara dia.
tu sebab lawyer Mr Dean dah bagitau Mahkamah bahwa senarai saksi dia sekian sekian termasuk Nik Abduh. tu sebab lawyer Mr Dean kata, tak perlu ada pakar forensik bagi keterangan utk menentukan kesahihan audio dan pemilik suara tu..
sbb dua dua pihak sudah pun bersetuju..

expert opinion dah over dah tn putra, tak wujud dah expert opinion tu. dah tak perlu panggil forensic expert utk bagi keterangan sebagai saksi sbb dua dua pihak sudah pun bersetuju dengan kesahihan audio dan pemilik suara tu

dalam perbicaraan nanti, Nik Abduh takkan menafikan lagi tu suara dia, malah dia mengaku tu suara dia. sbb pasni Nik Abduh akan fokus pada bagi keterangan berkenaan isi kandungan audio tu

tn putra, dah tak timbul dah pasal Nik Abduh menafikan tu suara dia. sekarang dah maklum dalam fail Mahkamah, dan dua dua pihak Plaintif Defendan bersetuju bahwa tu adalah suara Nik Abduh

sbb pasni Nik Abduh akan fokus pada bagi keterangan berkenaan isi kandungan audio tu
__________________

Last edited by cek mek molek; 11-02-2019 at 06:17 PM..
Reply With Quote
Likes g-man liked this post
  #2608  
Old 11-02-2019, 06:18 PM
midi2020 midi2020 is offline
Active Plus

midi2020's Avatar
 
Trader Rating: (5)
Join Date: Feb 2012
Posts: 4,336
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 0
Active Level
Default

Apa gunanya habiskan wang berjuta-juta ringgit untuk mulakan saman jika akhirnya tuntutan saman tu ditarik balik?

Ni soalan retorik je.. tak perlu dijawab..
__________________
Gadis comel nyanyi lagu #AWAY
Reply With Quote
  #2609  
Old 11-02-2019, 06:52 PM
cek mek molek cek mek molek is offline
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 40,352
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 4794
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by midi2020 View Post
Apa gunanya habiskan wang berjuta-juta ringgit untuk mulakan saman jika akhirnya tuntutan saman tu ditarik balik?

Ni soalan retorik je.. tak perlu dijawab..
tn midi, izinkan saya utk jawab soalan tuan ni ye dari legal point of view

gini, dalam saman fitnah kan, tak menjadi hal atau takde masalah pun kalau saman fitnah difailkan dan kedua dua peguam Plaintif dan peguam Defendan saling cabar mencabar dengan dokumen yg difailkan kat Mahkamah, pastu apabila hampir dekat masa perbicaraan penuh, kedua dua pihak pilih utk berdamai, capai penyelesaian dan rekodkan penghakiman persetujuan kat Mahkamah

ni mungkin utk save masa dan kos, sebab jika kedua dua peguam Plaintif dan Peguam Defendan masuk proses bicara penuh, lagi tinggi kos guaman yg perlu dibayar oleh klien masing masing

perlu diingat bahawa kes yg tidak melibatkan perbicaraan penuh adalah murah sikit nilainya berbanding dengan kes melibatkan perbicaraan penuh.

atau penyelesaian penuh atas persetujuan dua dua pihak dapat dicapai, menguntung dua dua phak, jadi why not, baik pilih penyelesaian penuh kan daripada teruskan perbicaraan tu..

tn midi boleh bayangkan, kalau kes saman fitnah di Malaysia pun melibatkan kos guaman yg amat tinggi dengan currency ringgit Malaysia, apatah lagi kalau di London

lawyer kat oversea ni amat value time dia, professionalism dia.
diorang mmg means business, semuanya calculated
even consultation pun ada kosnya, bukan free. lagi la currency lak dlm pound
no wonder la kes melibatkan juta juta ringgit

kita ni ada gak diskaun diskaun, foc, kalau diorang oversea ni tak main diskaun diskaun, foc ni
melainkan mereka secara jelas sebut kes tu mereka buat probono


Mahkamah juga sebenarnya amat mengalu alukan usaha kearah penyelesaian penuh jika perkara itu boleh dicapai antara kedua dua pihak, instead of perbicaraan penuh dijalankan
melainkan jika mmg takde cara lain utk selesaikan kes, perbicaraan penuh juga perlu dijalankan jadi kena buat jugak la full trial tu

ok berbalik pada kes saman fitnah, tak asing dalam kes jenis ni yg mana penyelesaian penuh dicapai sebelum perbicaraan penuh dijalankan. penyelesaian penuh dibuat di Mahkamah melalui penghakiman persetujuan

pastu perlu juga diingatkan bahawa penyelesaian dibuat tanpa pengakuan liabiliti

contoh kes di Malaysia yg mana kedua dua pihak mencapai penyelesaian penuh dan penghakiman persetujuan direkodkan tanpa melalui perbicaraan penuh

Quote:
Penghakiman persetujuan kes saman fitnah Anwar, Mazlan, TV3 direkod Rabu depan

24 Ogos 2018 11:27 AM

KUALA LUMPUR 24 Ogos - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan Rabu ini untuk merekodkan penghakiman persetujuan sebagai penyelesaian kes saman fitnah yang difailkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail dan Syarikat Televisyen Malaysia Bhd. (TV3), tiga tahun lalu.

Peguam, Datuk Hasnal Rezua Merican yang mewakili Mazlan berkata, selain penghakiman persetujuan itu yang akan direkodkan pada pukul 3 petang, 29 Ogos ini, anak guamnya dijadualkan membaca permohonan maaf di mahkamah pada 28 September ini iaitu selepas beliau pulang daripada menunaikan ibadah haji pada 19 September ini.

Sementara itu, peguam Azhar Arman Ali mewakili Utusan Melayu (M) Bhd.(UMMB) yang turut dinamakan sebagai defendan ketiga dalam saman itu tidak menolak kemungkinan terdapat penyelesaian kes tersebut oleh anak guamnya itu.

Peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili Anwar selaku plaintif pula berkata, sekiranya UMMB turut mengemukakan cadangan penyelesaian maka pihaknya juga akan turut sama merekodkan terma-terma penyelesaian bersama syarikat itu.

Peguam-peguam tersebut menyatakan demikian kepada pemberita selepas menemui Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Faizah Jamaludin di kamar hakim di sini pada hari ini yang ditetapkan untuk mengetahui perkembangan usaha ke arah penyelesaian kes itu yang sepatutnya mula dibicarakan pada Isnin lalu.

Pada 15 Oktober 2015, Anwar, 71, memfailkan saman itu dengan menamakan Mazlan yang juga bekas Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), TV3 dan UMMB atas dakwaan memfitnah beliau dengan me*ngaitkannya terlibat dengan ra*suah membabitkan badan kehakiman dan Pejabat Peguam Negara.

Dakwaan tersebut hanya diketahui selepas berita mengenainya disiarkan menerusi Buletin Utama pada 2 Ogos 2013 dan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3 Ogos 2013.

Anwar menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan serta perintah injunksi yang menghalang defendan daripada mengulangi atau menyiarkan semula perkataan fitnah itu. - UTUSAN ONLINE



http://www.utusan.com.my/berita/mahk...depan-1.734900

Quote:

Jumaat, 7 September 2018 | 1:00pm


Kes saman Khalid Samad, NSTP selesai

KUALA LUMPUR: Kes saman Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad terhadap The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan tiga lagi berhubung pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, berjaya diselesaikan secara baik.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Aliza Sulaiman merekodkan penghakiman persetujuan selepas bertemu kedua-dua pihak di dalam kamarnya di sini.

Plaintif iaitu Khalid diwakili peguam Muhammad Faiz Fadzil manakala NSTP, bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian (BH) Datuk Mahfar Ali serta dua wartawan, Hazwan Faisal Mohamad dan Rohaniza Idris sebagai defendan diwakili peguam Datuk M Reza Hassan dan Ellia Zuraini Mat Zin.

Berdasarkan persetujuan semua defendan dikehendaki membayar ganti rugi RM60,000 kepada plaintif dalam tempoh 30 hari .

Selain itu, defendan hendaklah menerbitkan artikel mengandungi wawancara khas temubual berhubung pendapat sebenar plaintif berhubung isu Usul Persendirian RUU355.

Pada Februari tahun lalu, Khalid memfailkan saman terhadap semua defendan mendakwa terdapat fitnah dalam laporan berita yang disiarkan di BH.

BH didakwa ada mengeluarkan artikel bertajuk “Selepas 20 tahun terhalang, rang undang-undang mahkamah syariah akhirnya dibentang di Parlimen, kerajaan beri PAS laluan, DAP; Amanah bantah” pada 27 Mei 2016.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Khalid yang ketika itu Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) mendakwa artikel itu membawa maksud bahawa beliau membantah pembentangan rang undang-undang itu.

Sementara itu, NSTP dalam penyataan pembelaan mendakwa artikel itu tidak berniat jahat dan laporan dibuat berdasarkan prosiding sebenar di Dewan Rakyat.

NSTP mendakwa sebagai media organisasi, mereka mempunyai tanggungjawab sosial untuk membuat laporan berhubung perkara itu kerana ia membabitkan kepentingan awam.

https://www.bharian.com.my/berita/ke...d-nstp-selesai




Quote:

Selasa, 31 Julai 2018 | 7:15pm

Kes saman Bilal Philips, Zamihan diselesaikan secara baik

KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah membabitkan pendakwah bebas warga Kanada, Abu Ameenah Bilal Philips terhadap Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) Zamihan Mat Zin, di Mahkamah Tinggi di sini, berjaya diselesaikan secara baik.

Ia berikutan Zamihan bersetuju untuk menarik balik perkataan fitnah dan akan mengemukakan permohonan maaf melalui laman media sosial Facebook dalam tempoh dua hari.

Peguam Meor Amin Meor Omar Baki yang mewakili Bilal Philips, ketika ditemui berkata, Zamihan sebagai defendan juga akan menarik balik paparan yang memfitnah anak guamnya serta merta.

"Mahkamah juga membenarkan injunksi untuk menghalang defendan daripada mengulangi fitnah terhadap plaintif.

"Pihak defendan bersetuju untuk membayar ganti rugi yang jumlahnya tidak dapat didedahkan kepada umum. Selain itu, jaminan untuk kos RM30,000 yang dibayar oleh anak guam saya akan dipulangkan semula," katanya.

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim merekodkan penghakiman persetujuan di dalam kamarnya di sini.

Peguam Fakhrul Azman Abu Hassan mewakili Zamihan.

Sementara itu, Bilal Philips ketika ditemui berkata, beliau tidak pernah terbabit dengan aktiviti pengganas malah menentang perbuatan itu sehingga Daesh menjadikannya sebagai sasaran untuk dibunuh.

"Saya bersyukur perkara ini selesai dan nama dapat dibersihkan serta kebenaran akan diketahui. Kegiatan saya terganggu dengan publisiti yang teruk akibat daripada salah faham oleh Zamihan.

"Saya harap selepas ini orang tahu siapa saya dan apa yang diperjuangkan. Salah faham itu menyakitkan, peranan saya sebagai canselor di Universiti Islam Online yang mempunyai 450,000 pelajar dari seluruh dunia juga terjejas akibat publisiti buruk ini," katanya.

Zamihan pula berkata, pihaknya bersyukur dapat mencapai sepakat untuk menyelesaikan kes tuntutan itu secara baik.

"Pada asasnya saya tidak menuduh beliau terbabit dengan keganasan. Terdapat salah faham kepada pernyataan saya sebelum ini dan saya sudah maklumkan kepada pihak peguam plaintif perkara itu.

"Saya juga memaklumkan kepada peguam sendiri untuk meleraikan salah faham itu. Saya tidak ada masalah peribadi atau pertikaian dengan plaintif, tiada pertuduhan terhadap beliau dan jika ada, saya memohon maaf," katanya.

Sebelum ini mahkamah sudah menetapkan tiga hari bermula hari ini untuk perbicaraan.

Bilal Philips selaku plaintif mengemukakan saman terhadap Zamihan kerana mendakwa defendan memfitnahnya melalui paparan bergambar yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya, tahun lalu dengan mengaitkannya sebagai penyokong keganasan antarabangsa.

Melalui writ saman dan pernyataan tuntutan yang difailkan pada 29 September tahun lalu, Bilal Philips mendakwa defendan memuat naik gambarnya dan keterangan gambar dalam akaun Facebook Ustaz Zamihan Al Ghari pada 26 November 2016 yang mendakwa beliau seorang penyokong pengganas.

Bilal Philips mendakwa, paparan itu menunjukkan poster hebahan kuliah Maghrib khas yang disampaikan Zamihan pada 1 Disember 2016 di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalulail, Kangar, Perlis.

Plaintif dengan itu menuntut defendan mengemukakan permohonan maaf secara terbuka dan perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada menerbitkan semula paparan itu, selain ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk.

Zamihan dalam pernyataan pembelaannya pula berkata, beliau tidak tahu mengenai paparan bergambar itu yang tersebar di internet.

Defendan bagaimanapun menegaskan, pernyataan dalam paparan bergambar itu bukan fitnah terhadap plaintif kerana apa yang dinyatakan adalah fakta yang benar.



https://www.bharian.com.my/berita/ke...an-secara-baik
__________________

Last edited by cek mek molek; 11-02-2019 at 07:01 PM..
Reply With Quote
Likes d_conan, raynasofia, jaws_am, notepad liked this post
  #2610  
Old 11-02-2019, 08:39 PM
kai2020 kai2020 is offline
Active Plus

kai2020's Avatar
 
Trader Rating: (56)
Join Date: May 2006
Posts: 3,693
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 292
Active Level
Default

Kan aku dh ckp suara nik abduh tu tulen, ni ada yg kata tipula, suara najib pn org bole tiru laa bla bla bla

Isunya skrg betul atau tidak isi perbualan dlm video tu, kan...yg belum dgr nilaikn sndiri
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump