Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #5761  
Old 11-02-2019, 04:39 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 144,668
Active Level
My Mood:
Default

Saman untuk dapatkan semula RM116 juta diputuskan 15 Mac

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan membuat keputusan berhubung permohonan kerajaan untuk membatalkan saman Umno pada 15 Mac ini.


Saman itu sebelum ini bertujuan menuntut semula RM116.7 juta yang dirampas polis semasa melakukan serbuan di kediaman yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Najib Razak tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Nik Hasmat Nik Mohamad menetapkan tarikh berkenaan selepas mendengar permohonan dan hujah daripada peguam mewakili kedua-dua pihak plaintif dan defenden di kamarnya.

Peguam Kanan Persekutuan S Narkunavathy, yang mewakili kerajaan, polis dan tiga defenden lain dalam kes tersebut, berkata permohonan untuk membatalkan tuntutan Umno dibuat berdasarkan hujah bahawa parti itu tidak mempunyai lokus standi, kerana mereka mencabar waran geledah polis ketika serbuan.

"Mereka (Umno) tidak mempunyai locus standi kerana mereka mencabar waran tangkap.

"Dan hujah kedua adalah kita harus tunggu sehingga siasatan Amla (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram) selesai, kerena wang itu dirampas di bawah peruntukan Amla.

"Oleh itu, terdapat peruntukan yang mengatakan anda tidak boleh mengekalkan saman sementara menunggu siasatan selama 12 bulan, jadi 12 bulan akan tamat pada Mei," katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, peguam utama yang mewakili Umno, Hariharan Tara Singh berkata pendengaran permohonan itu mengambil masa kira-kira setengah jam.

"Hakim menetapkan 15 Mac ini pukul 10 pagi untuk menyampaikan keputusannya," katanya.

Hariharan bagaimanapun enggan mengulas mengenai hujah plaintif dalam membatalkan permohonan pendengaran.

"Apa yang saya boleh katakan ialah kita yakin, itu sahaja."

Pada September tahun lepas, Umno memfailkan saman untuk menuntut wang berkenaan yang mereka dakwa milik parti itu.

Saman itu menamakan lima defendan iaitu kerajaan Malaysia, Ketua Polis Negara, Fuzi Mohd Harun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Amar Singh Ishar Singh, pegawai polis yang mengetuai operasi untuk merampas wang tersebut, Mohd. Sakri Arifin dan individu bernama Rajagopal Ramadhasas.

Pada 27 Jun tahun lepas, Amar mengumumkan polis telah merampas barangan yang dianggarkan bernilai antara RM910 juta dan RM1.1 bilion dalam serbuan ke atas kediaman yang dikaitkan dengan Najib.

Rampasan itu termasuk RM116.7 juta dalam 26 mata wang yang berbeza, serta pelbagai barang berharga termasuk barang kemas, beg tangan mewah, cermin mata hitam dan jam tangan. - MK

Reply With Quote
Paid Advertisement
  #5762  
Old 11-02-2019, 04:46 PM
atds atds is offline
Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2013
Posts: 1,414
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 98
Active Level
Default

Quote:
undang2 boleh dimanipulasi (biasa dibuat um.no)..perompak akan cari jalan supaya tidak tertangkap (modus operasi standad um.no)....
Don bercerita tentang Um.no secara umumnya....kitorang dah lama tau don
__________________
Dapatkan barang dari Jepun semudah copy alamat website, paste di Zenmarket & beli!
Reply With Quote
  #5763  
Old 11-02-2019, 05:16 PM
GamezStar GamezStar is offline
CG Top Poster Club

GamezStar's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Jul 2008
Posts: 26,464
Thanks (Received): 196
Likes (Received): 315
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by SMI6 View Post
kalau najib kene penjara pun

org dah tak kisah sbb NAjib bukan PM dan bukan lagi kerajaan

move on la,

dah ramai tu menetri tipu ijazah, jgn jadi penipu
isu najib libat byk perkara termasuk duit rakyat. penjara je x cukup. kene la sita harga dia semua..


"some people move on, but not us"
Reply With Quote
Likes atds liked this post
  #5764  
Old 11-02-2019, 06:04 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 144,668
Active Level
My Mood:
Default

Berita Harian

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan perbicaraan kes pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dihadapinya yang dijadualkan bermula esok.
Reply With Quote
  #5765  
Old 11-02-2019, 06:38 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 144,668
Active Level
My Mood:
Default

Perbicaraan kes Najib ditangguh



PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan perbicaraan kes pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dihadapinya, yang dijadualkan bermula esok.


Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Ahmadi Asnawi bersama-sama Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Datuk Yew Jen Kie sebulat suara membenarkan permohonan penangguhan difailkan Najib pada 8 Februari lalu.

Panel membenarkan perbicaraan kes ditangguhkan sementara Mahkamah Rayuan mendengar dan memutuskan rayuan Najib berhubung tindakan pendakwaan menarik balik sijil pindah kes berhubung tujuh tuduhan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Ahmadi dalam penghakimannya, berkata Mahkamah Rayuan mengambil maklum hujahan pihak pendakwaan bahawa kesalahan yang dihadapi oleh pemohon (Najib) adalah serius dalam kapasiti beliau sebagai bekas perdana menteri.

Ahmadi berkata, pendakwaan menyatakan oleh kerana kes itu menarik perhatian masyarakat tempatan dan antarabangsa yang membabitkan kepentingan awam, ia sepatutnya dibicarakan seperti yang sudah ditetapkan sebelum ini.

“Bagaimanapun, kami berpuas hati dengan hujahan pemohon dan kami mendapati beliau berjaya menunjukkan keadaan istimewa untuk diberikan penangguhan ini.

“Kami berpendapat bahawa ia akan menyebabkan pembaziran masa dan perbicaraan yang sudah berjalan akan menjadi tidak sah jika mahkamah rayuan membenarkan rayuan pemohon kemudian.

“Kami juga mendapati tidak ada sebarang taktik untuk menangguhkan perbicaraan kes di pihak pembelaan seperti didakwa oleh pihak pendakwaan,” katanya.

Pada 7 Februari lalu, Najib menggunakan peluang terakhir untuk menangguhkan perbicaraan kes itu melalui permohonan penangguhan yang difailkan di Mahkamah Rayuan.

Najib mahu Mahkamah Rayuan mendengar dan memutuskan persoalan sama ada pihak pendakwaan boleh menarik balik sijil pindah kes itu bagi tuduhan berkenaan, sebelum perbicaraan kesnya bermula.

Terdahulu pada hari sama, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan permohonan pendakwaan untuk menarik balik sijil pindahan kes tujuh tuduhan membabitkan dana SRC International Sdn Bhd dihadapi Najib.

Hakim itu kemudian menggunakan budi bicaranya supaya tuduhan itu terus didengar di Mahkamah Tinggi dengan alasan antaranya, ia tidak memprejudiskan Najib dan tidak membawa sebarang sebarang perubahan kepada prosiding kes.


https://www.bharian.com.my/berita/ke...ajib-ditangguh
Reply With Quote
  #5766  
Old 11-02-2019, 06:51 PM
akundaktau akundaktau is offline
Legendary Member

akundaktau's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Mar 2013
Posts: 10,604
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 169
Blog Entries: 1
Active Level
Default

Tangguh sampai selasa bila?
__________________
Reply With Quote
  #5767  
Old 11-02-2019, 10:20 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 144,668
Active Level
My Mood:
Default

Najib Razak
1 hr

Penangguhan kes SRC terhadap saya adalah keputusan sebulat suara ketiga-tiga hakim Mahkamah Rayuan.

Ini bukan disebabkan oleh cubaan pihak guaman saya untuk memperlambatkan perbicaraan.

Ketiga-tiga hakim juga berpendapat bahawa mereka tidak menemui sebarang bukti taktik undang-undang telah digunakan oleh kita untuk melengah-lengahkan perbicaraan.

Punca penangguhan sebenarnya ialah akibat masalah teknikal undang-undang yang berpunca dari pihak pendakwa raya.

Reply With Quote
  #5768  
Old 11-02-2019, 10:35 PM
apoeki apoeki is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2012
Posts: 4,284
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 94
Active Level
Default

Blhla najib pusing2 semenyih lg nie
__________________
YA ALLAH, TUTUPLAH AIB KU & AMANKANLAH KETAKUTAN KU
Reply With Quote
  #5769  
Old 11-02-2019, 10:54 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 144,668
Active Level
My Mood:
Default

Tun Carlos

Ramai yg x faham..

Baru2 ni ada 3 pendakwaan baru terhadap DS Najib.

Seperti biasa setiap pertuduhan yg baru perlu peguam baca dan buat study dulu. Dats why kena ambil masa untuk start pendakwaan.

Ramai yang tak terfikir kenapa pendakwaan yg baru ni tak didakwa siap2 masa tahun lepas? Betul x?

Yang peliknya skarang Peguam Negara yg pandai menari tempohari tetiba tidak benarkan pihak peguam pembelaan Najib ambil masa utk study dan buat kerja utk pendakwaan baru tersebut.

Eh. Peguam Negara ni dah kenapa?

Nasib baik Hakim2 ketiga2 mahkamah bersikap profesional dan adil. Membenarkan untuk tangguh perbicaraan supaya peguam Najib ada masa utk study pendakwaan baru..itu je. Bukan isu besar pun.

Anwar ibrahim pun dulu sampai lebih 70 kali Mahkamah benarkan dia tangguh perbicaraan. Takdehal pun.
Reply With Quote
  #5770  
Old 11-02-2019, 11:31 PM
kasturi kasturi is offline
Legendary Member

kasturi's Avatar
 
Trader Rating: (47)
Join Date: Jul 2006
Location: Menuju puncak
Posts: 13,340
Thanks (Received): 2306
Likes (Received): 923
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

tangguh lg. x sakit ke telor pahlawan bugis tu duk kepit lama2
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump