BTC USD 63,695.2 Gold USD 2,383.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Piza adalah lebih sihat untuk sarapan

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,324
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,695
Points
191
image.jpg

SEKEPING piza dikatakan lebih sihat berbanding semangkuk bijirin bersalut gula.



NEW YORK 4 Feb. – Makan sekeping piza pada waktu pagi merupakan hidangan sarapan yang lebih sihat berbanding semangkuk bijirin atau emping jagung bersalut gula.

Pakar pemakanan terkenal Amerika Syarikat (AS), Chelsey Amer berkata, sekeping piza boleh menjadi pilihan sarapan yang lebih seimbang berbanding kebanyakan bijirin kerana mempunyai lebih banyak protein, bahan segar dan kandungan gula yang rendah.

Menurut portal Mail Online, Amer menegaskan, kebanyakan bijirin jenama komersial didapati mempunyai kurang jumlah nutrisi dan tidak mengandungi protein yang cukup atau lemak yang sihat walaupun sudah menjadi rutin sarapan bagi majoriti masyarakat di AS.

“Anda mungkin terkejut apabila mengetahui bahawa sekeping piza dan semangkuk bijirin dengan susu mengandungi jumlah kalori yang hampir sama.

“Bagaimanapun, piza mengandungi jumlah protein yang jauh lebih tinggi dan akan membuatkan anda kenyang dalam tempoh lebih lama sepanjang waktu pagi,” katanya dalam blog The Daily Meal.

Seorang lagi pakar pemakanan, Tammy Lakota Shames menjelaskan, sekeping piza keju mengandungi 272 kalori, 12 gram protein, 10 gram lemak dan 4 gram gula serta semua jenis kumpulan makanan utama iaitu bijirin, buah, sayur dan daging.

Satu hidangan emping jagung bersalut gula pula hanya mengandungi 110 kalori dan 10 gram gula tetapi kajian pada 2014 oleh Laporan Pengguna mendapati kebanyakan orang makan sehingga 132 peratus lebih daripada satu hidangan tersebut.

“Bijirin bersalut gula boleh menyebabkan lonjakan paras gula dalam darah, yang melepaskan insulin dan keadaan ini tidak baik untuk badan anda.

“Kalori itu akan bertambah dengan cepat dan anda mungkin akan lapar sebelum waktunya. Anda boleh mempunyai satu bahagian bijirin dan kemudian menambah 400 kalori lagi dalam diet harian anda,” katanya.

Shames berkata, orang ramai boleh memilih untuk membuat sendiri piza menggunakan kerak bijirin penuh yang ditabur dengan sayur-sayuran atau semangkuk bijirin gandum penuh mengandungi kurang daripada 3 gram gula sebagai sajian sarapan yang sihat.








sumber: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/piza-lebih-sihat-untuk-sarapan-1.603021#ixzz56F4a2PXw





.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register