BTC USD 63,695.2 Gold USD 2,383.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siapa Pernah Beli Rumah Selangorku? Lama gila MENUNGGU

Lebih 20,000 unit Rumah Selangorku bakal siap menjelang 2025

PSX_20190302_1424321.jpg


SELANGOR March 2, 2019 6:53 pm

OLEH SHEEDA FATHIL

CYBERJAYA, 2 MAC: Sebanyak 24,869 unit Rumah SelangorKu bakal siap sepenuhnya menjelang 2025, kata Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri komited dalam memastikan kemaslahatan dan kedudukan sosioekonomi rakyat Selangor terjamin sekali gus mampu memiliki kediaman sendiri.

Katanya, pemantauan berkala sering dibuat bagi memastikan pemaju mematuhi dan mendahului pembinaan Rumah SelangorKu itu terlaksana.

“Seperti yang sering saya tekankan sebelum ini, Kerajaan Negeri tidak teragak-agak untuk membatalkan kelulusan diberi sekiranya pemaju tidak memberikan kerjasama walaupun rundingan sudah dibuat selama 18 bulan selepas kelulusan diberi.

“Malah, Kerajaan Negeri percaya bahawa permasalahan rumah mampu milik dapat diatasi dengan lebih banyak pembinaan Rumah SelangorKu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Pelancaran Pangsapuri SelangorKu Idaman Residensi, Seksyen 6, Selangor Cyber Valley, di sini, hari ini.

Sementara itu, katanya, dengan sokongan erat daripada Kerajaan Persekutuan, beliau yakin hasrat pelaksanaan Dasar Perumahan Negara 2.0 dan Dasar Perumahan Mampu Milik dapat direalisasi.

“Dasar yang digubalkan ini akan menyelesaikan banyak permasalahan perumahan antaranya memudahkan proses kelulusan pinjaman selain menyeimbangkan komposisi nisbah rumah mampu milik dan harga bebas yang jauh berbeza ketika ini.

“Selain itu, saya amat berterima kasih kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kerana menyahut saranan Kerajaan Negeri dalam menyediakan perumahan mampu milik khusus kepada rakyat Selangor,” katanya.

Berdasarkan rekod, pembinaan Rumah SelangorKu sudah melepasi sasaran awal sebanyak 15,000 unit seperti ditetapkan menjelang 2018, manakala sehingga 31 Ogos tahun lalu, 28,639 unit sudah dibina dan 3,770 unit telah diserah kunci.

sumber - https://selangorkini.my/2019/03/lebih-20000-unit-rumah-selangorku-bakal-siap-menjelang-2025/
 
Sponsored Post

Alhamdulillah rezeki den dpt rumah selangorku 100k type B.

setahun gk apply type A. then tukar type B, terus dpt.

tips, kena tahu mukim yg kita apply tu ada tk projek2 baru. + kalau ada, tnya developer type apa. so apply mukim & type tersebut.

semoga berjaya.
 
dah contact pemaju, dia cakap datang office, dan sediakan RM3000 utk ballot unit...

minta maaf aku ni tak pernah beli rumah seblum ni dan aku tak pernah PAKAI CREDIT CARD sebelum ni... nak tanya, RM3000 tu kalau pakai CREDIT CARD, boleh ke?? :-?

Hi Bro,

Ni projek kat mane? Developer sape?
 
Just nak share pengalaman.

Pernah mohon dan ditawarkan. Bila rujuk dgn pemaju, katanya unit dah fully book. So kalau nak kena beli unit yg lain dgn harga yg berbeza.

Terus rujuk dgn pihak Lembaga. Katanya nama mmg dah ada untuk unit tu. So proceed dgn aduan supaya pihak Lembaga boleh adakan siasatan.

So status terkini, masih dalam pertimbangan untuk ditawarkan rumah. Adeeeiii

X semua pemaju lurus rupenye.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register