Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > ENTERTAINMENTS, HOBBIES, INTERESTS > Entertainments, Interests, Lifestyle > Internet World

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 20-03-2019, 03:18 PM
Ms Senorita Ms Senorita is offline
CG Journalist

Ms Senorita's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2014
Posts: 623
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 258
Active Level
My Mood:
Default Google optimis menceburi bidang ‘gaming’ menerusi Stadia



Google kini optimis menceburi bidang ‘gaming’.

The Alphabet Inc. pada Selasa telah melancarkan perkhidmatan permainan streaming terbaru yang dipanggil Stadia pada Persidangan Pemaju Permainan di San Fransisco. Pengumuman tersebut menandakan sasaran baru $ 180 bilion yang terbesar dalam industri gergasi internet.

Stadia adalah ciptaan permainan baru berdasarkan platform streaming yang membolehkan pemain mengakses hanya melalui web dan tidak perlu membeli konsol mahal ataupun komputer peribadi. Syarikat itu juga telah memperkenalkan pengawal permainannya sendiri, yang menghasilkan permainan seperti konsol dikomputer atau telefon pintar. Saham Alphabet naik kurang daripada 1 peratus di New York.

Google telah sedia mempunyai nama yang gah dalam bidang gaming menerusi aplikasi Android App Store, merupakan salah satu tempat jual beli permainan mudah alih yang paling popular. Tetapi carian gergasi seangkatan seperti Amazon.com Inc., Facebook Inc. dan Apple Inc. kurang memainkan peranan utama dalam pasaran gaming tegar yang lumayan, yang masih ada pada perkakasan seperti PS3 Sony Corp. dan Xbox Microsoft Corp. dan telah melahirkan industri hiburan ‘e-sports’ yang besar. Dengan Stadia, Google bermatlamat membawa permainan yang lebih kompleks kepada lebih ramai pemain.

"Teknologi harus disesuaikan dengan manusia, bukan sebaliknya," kata Ketua Pegawai Eksekutif Sundar Pichai pada majlis tersebut. "Kami bersungguh-sungguh dalam membina teknologi yang mudah diakses oleh semua pengguna."

Google tidak menyatakan berapa caj yang akan dikenakan kepada pengguna, atau samada ia akan dibiayai melalui iklan seperti perniagaan-perniagaannya yang lain. Perkhidmatan tersebut akan dilancarkan pada hujung tahun ini, menurut syarikat itu, tanpa mengumumkan usahasama dengan para pemaju permainan terkemuka.

“Masih belum ada kenyataan dalam sebut harga, apakah model keuntungan ?” kata Joost van Dreunen, pengasas bersama syarikat penyelidikan permainan SuperData. “Ia umpama mengatakan yang kami akan membuka restoran tetapi tidak tahu hendak menyediakan masakan apa.”

Stadia beroperasi menerusi platform video-streaming Youtube syarikat dan mengambil peluang dari pusat data rangkaian Google yang luas. Walaupun syarikat itu tidak mengumumkan kos untuk perkhidmatan itu, dikatakan dengan teknologi kecerdasan artificial buatan membantu merealisasikan produk tersebut. Dengan penyampaiannya, Google menegaskan lagi dengan bantuan teknikalnya yang tersendiri mampu menjadikan masa depan perkhidmatan permainan berfungsi. Ia telah berulangkali menyatakan kelebihan kuasa teknologi ‘cloud computing’nya dan YouTube, mencadangkan perkhidmatan itu direka untuk menarik lebih ramai pengguna kepada unit tersebut - dua bidang di mana pelabur yang inginkan pertumbuhan jualan selain pengiklanan.

Namun begitu, Google perlu memujuk penerbit permainan supaya meletakkan kandungan mereka di Stadia jika mahu menarik pemain, kata Jitendra Waral, Penganalisis Internet Senior di Bloomberg Intelligence.
"Tindakan Google memanfaatkan infrastruktur dan YouTube untuk membolehkan permainan awan merupakan logik kekuatan mereka," kata Waral. "Persoalannya, bolehkah kandungan dan pengalaman tersebut bersaing dengan Sony atau Microsoft?"

Google mungkin perlu mendapatkannya dalam bidang tersebut “kerana kandungan akan kekal sebagai raja tanpa mengira teknologi," katanya.

Itu yang harus difikirkan oleh para pelabur dalam masa beberapa bulan ini : Samada Google dapat memujuk pembina permainan gergasi untuk meletakkan kandungan mereka ke Stadia, dan berapa harganya, van Dreunen berkata. Ia mungkin melibatkan kos internet yang besar sehingga beratus-ratus juta dolar.

Google juga menyatakan pihaknya menyediakan studio untuk mencipta permainannya sendiri, diketuai oleh Jade Raymond bekas eksekutif syarikat permainan Ubisoft Entertainment SA. Google tidak menyatakan berapa yang akan dibelanjakan bagi inisiatif tersebut.

Dengan streaming yang berkualiti tinggi Google mendakwa dalam kenyataannya ia akan hanya boleh diakses kepada pelanggan yang mempunyai sambungan internet yang pantas, kata Waral. "Untuk infrastruktur dan pengguna dipersiapkan bagi tujuan ini, kita perlu menunggu beberapa tahun lagi."

Stadia juga boleh menambah sumber baru kenaikan kos apabila syarikat itu membina perniagaan cloud dan menggajikan beribu untuk memantau kandungan di YouTube. Sebagai tambahan untuk membeli permainan video bagi perkhidmatan tersebut, Google juga perlu mengubahsuai dan menaik taraf beberapa pusat datanya untuk mengendalikan trafik game-spesifik yang dihasilkan oleh perkhidmatan baru.

Saham pemaju permainan bergerak setelah pengumuman. Activision Blizzard Inc. melonjak sebanyak 5.2 peratus dan Take-Two Interactive Software Inc. memperoleh 3.2 peratus. Electronic Arts Inc. jatuh sebanyak 2.7 peratus. Jurucakap Take-Two enggan memberi komen, manakala wakil untuk para pemaju yang lain tidak segera membalas sebarang komen apabila diminta.

Syarikat itu mengumumkan usahasama dengan chipmaker Advanced Micro Devices Inc. untuk membantu memberi lebih potensi kepada perkhidmatan tersebut. Saham AMD naik lebih daripada 11 peratus.

- Bloomberg


================================================== ==


Google Pushes Into Video Games Industry With Stadia Service

(March 20): Google is getting into gaming in a serious way.

The Alphabet Inc. unit unveiled Tuesday a new game streaming service called Stadia at the Game Developers Conference in San Francisco. The announcement marks a major new foray into the $180 billion industry for the internet giant.

Stadia lets developers build new games on a streaming platform that will allow players to access the action through the web instead of having to buy expensive consoles or personal computers. The company also introduced its own game controller, which creates console-like gaming on a computer or smartphone. Alphabet shares rose less than 1 percent in New York.

Google already has a hefty presence in gaming through its Android app store, one of the most popular mobile game marketplaces. But the search giant and peers like Amazon.com Inc., Facebook Inc. and Apple Inc. have less of a central role in the lucrative hardcore gaming market, which still runs on hardware like Sony Corp.’s PS4 and Microsoft Corp.’s XBox and has spawned a huge e-sports entertainment industry. With Stadia, Google is aiming to bring more complex games to more people.

“Technology should adapt to people, not the other way around,” Chief Executive Officer Sundar Pichai said at the event. “We are dead serious about making technology accessible for everyone.”

Google wouldn’t say how much it will charge users, or whether it will be funded through advertising like most of its other businesses. The service will launch later this year, the company said, without announcing partnerships with the top-tier game developers.

“There’s no word on pricing, what’s the revenue model?” said Joost van Dreunen, co-founder of gaming research firm SuperData. “It’s a little bit like saying we’re going to start a restaurant but we have no idea what cuisine we’re making.”

Stadia runs through the company’s YouTube video-streaming platform and takes advantage of Google’s extensive network of data centers. While the company didn’t announce a price for the service, it said artificial intelligence technology helped make the product possible. With its presentation, Google drove home the point that its technical tools alone would make the future of gaming services work. It repeatedly mentioned the advantage of its cloud-computing power and YouTube, suggesting the service is designed to bring more users to those units -- two areas where investors are looking for sales growth beyond advertising.

Still, Google will need to persuade game publishers to put their content on Stadia if it wants to attract gamers, said Jitendra Waral, senior internet analyst at Bloomberg Intelligence.

“Google’s pitch of leveraging infrastructure and YouTube to enable cloud gaming is a logical extension of their strengths,” Waral said. “The question is, can the content and experience compete with Sony or Microsoft?”

Google may need to acquire in the area “because content will remain the king irrespective of the technology,” he said.

That’s what investors should look for in the next few months: Whether Google can persuade big game developers to bring their content to Stadia, and at what price, van Dreunen said. That could cost the internet giant hundreds of millions of dollars.

Google also said it’s forming a studio to create its own games, led by Jade Raymond, a former executive for gaming company Ubisoft Entertainment SA. Google didn’t say how much it would spend on that initiative.

The high-end streaming quality Google claimed in its announcement will only be accessible for people with fast internet connections, Waral said. “For the infrastructure and consumer to be ready for this movement we will have to wait a couple of years.”

Stadia could also add a new source of rising costs as the company builds out its cloud business and hires thousands to monitor content on YouTube. In addition to buying video games for the service, Google will also have to modify and upgrade some of its data centers to handle the game-specific traffic generated by the new service.

Game developer stocks moved on the announcement. Activision Blizzard Inc. jumped as much as 5.2 percent and Take-Two Interactive Software Inc. gained 3.2 percent. Electronic Arts Inc. fell as much as 2.7 percent. A spokesman for Take-Two declined to comment, while representatives for the other developers did not immediately return requests for comment.

The company announced a partnership with chipmaker Advanced Micro Devices Inc. to help power the service. AMD shares rose more than 11 percent.


Sumber : the edge markets
Attached Thumbnails
google.jpg  
Reply With Quote
Paid Advertisement
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump