Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > MAKE MONEY DISCUSSION > Gold

Gold A precious metal forum discussion. Diversify your investment portfolio smartly.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 24-01-2019, 09:05 AM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 147,718
Active Level
My Mood:
Default Harga emas di Terengganu paling murah

Quote:

Pelanggan dari Kelantan ini tidak melepaskan peluang untuk meninjau emas.


Pelanggan berpusu-pusu membeli emas di Pasar Besar Kedai Payang.


Khairuazura Abd Rahman, 50, dan Nor Sofea Mohd Nor, 30, menunjukkan koleksi emas yang terdapat di kedai mereka.


Nurshilla Majid, 32, menunjukkan gelang ‘Koko Sajat' yang mendapat permintaan tinggi ketika ini.
KUALA TERENGGANU - Rambang mata melihat kilauan emas di Terengganu yang dikatakan antara yang termurah di pasaran sekarang ini.

Masakan tidak, tinjauan Sinar Harian di Pasar Besar Kedai Payang misalnya mendapati, rata-rata peniaga emas menjual emas 916 pada harga RM160 hingga RM165 per gram, berbanding di tempat lain, yang dijual antara RM170 hingga RM190.

Ia juga dikatakan lebih murah antara 10 hingga 20 peratus berbanding di tempat lain, menjadikan ia masa terbaik untuk membeli emas bagi peminat setianya.

Difahamkan, harga emas mula turun sejak penghujung tahun lalu, dek kerana itu, penjualan emas semakin meningkat dan dijangka akan memuncak pada musim perayaan Tahun Baru Cina nanti.

Pengarah Azura Jewel's Sdn Bhd, Khairuazura Abd Rahman, 50, yang mula berniaga emas di Pasar Besar Kedai Payang sejak 1994 mengakui perkara itu dan berkata, kos sewa kedai yang murah, di samping faktor bekerja sendiri dan tempat tumpuan pelancong menjadikannya lebih murah.

"Sebenarnya harga emas di Terengganu memang murah tapi sejak penghujung tahun lalu iaitu pada musim cuti sekolah, harga emas mula turun menyebabkan sambutan yang diterima cukup baik.

"Ia diakui sendiri oleh orang luar kerana ramai pelanggan saya dari Kuala Lumpur, Johor dan Melaka akan datang beli di Terengganu. Malah, ada yang datang untuk tempah, ramai juga yang mencari gelang ‘Koko Sajat'.

"Kualiti emas juga kita jaga. Kalau ada yang kata kualiti tidak bagus menyebabkan harga murah, ia pandangan yang salah sama sekali kerana kerajaan sudah standardkan mutu emas 916 dan kita jaga kualiti emas yang kita jual," katanya yang menjual emas 916 pada harga RM163 dan harga itu masih lagi boleh dirunding.

Pengurus Kedai Emas Es Gold, Nurshilla Majid, 32, turut mengakui perkara yang sama dan berkata, kos sewa kedai yang murah dan pasarannya lebih rendah berbanding di tempat lain menyebabkannya lebih murah.

Malah katanya, pada setiap kali musim cuti, kedai-kedai emas di Pasar Payang akan menjadi tumpuan pengunjung.

"Sekarang ini memang kebanyakannya membeli emas 916 berbanding Emas 10 kerana ia lebih lembut, tidak berkilat cantik. Berbanding dengan emas 916, ia sudah dicampur sedikit, berkilat dan boleh dipakai lama dan cantik serta tahan lama.

"Kedai saya menjual pada harga RM160 dan kebanyakan pelanggan luar terutamanya, datang mencari reka bentuk yang tular sekarang ini, iaitu jenis ‘Koko Sajat'. Ia dijual pada harga RM700 hingga RM17,000 dan bergantung pada pelanggan jika ada yang naik lebih besar atau kecil," katanya.

Seorang lagi penjual emas, Nurul Amirah Wahab, 21, dari Kedai Emas dan Permata Wahab Bin Ali berkata, harga emas mula turun sejak musim cuti persekolahan hujung tahun lalu dan kini lebih murah antara 10 hingga 20 peratus berbanding tempat lain.

Katanya, faktor kos yang berbeza berbanding di tempat lain menyebabkan ia lebih murah.

Malah, dia turut mengakui pertambahan pelanggan sejak penurunan harga emas dan menjangkakan pelanggan akan meningkat pada musim cuti sempena Tahun Baru Cina nanti.

Beli emas ketika masih murah

Sejak tular mengenai harga emas yang murah di Terengganu, ramai pelanggan yang mengambil peluang untuk membeli emas ketika ini.

Rosni Amani Ahmad Nasir, 26, yang juga peniaga keropok berkata, harga yang murah berbanding tempat lain serta kualiti emas yang cantik dan baik menyebabkan dia turut membeli gelang baharu.

"Sekarang ini adalah masa yang berbaloi untuk membeli emas. Kalau kaum perempuan, tentunya mereka suka kerana selain sebagai perhiasan, ada juga yang menjadikannya sebagai aset," katanya.

Zaila Muda, 50, turut tidak melepaskan peluang untuk membeli emas setelah tular mengenai harga emas murah di negeri ini.

Dia yang mengetahui mengenainya melalui laman sosial berkata, dia berhasrat untuk membeli barangan kemas sementara harganya murah.

"Sebenarnya saya memang sudah lama berhasrat nak beli gelang baharu, tetapi apabila dapat tahu harga sudah jatuh, kami datang untuk tinjau harga dan beli yang mana berkenan di hati," katanya.


https://www.sinarharian.com.my/artic...-di-Terengganu!
Reply With Quote
Likes oldtbone liked this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 24-01-2019, 09:08 AM
Niyang Niyang is offline
CG Top Poster Club

Niyang's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2009
Posts: 39,780
Thanks (Received): 72
Likes (Received): 743
Active Level
My Mood:
Default

pelik ek... nape rege emas berubah mengikut negeri... arituh x silap kt N9 murah... ape emas ni dorang korek kt negeri masing2 ke?
__________________
"Jika inginkan tempat di sisi Matahari, bersedialah utk terbakar"

"Kita memerlukan kegelapan untuk melihat Bintang"
Reply With Quote
  #3  
Old 24-01-2019, 09:15 AM
ajey_05 ajey_05 is offline
Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2012
Posts: 1,037
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 45
Active Level
Default

di kuala terengganu saje ke @ seluruh negeri tganung...?
Reply With Quote
  #4  
Old 24-01-2019, 09:20 AM
dausbiz dausbiz is offline
CG Top Poster Club

dausbiz's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Apr 2015
Location: www.kedaifirdaus.com
Posts: 49,021
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 1403
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Wow sempoi la sapa dekat ganu leh beli emas banyak banyak
__________________


PERCUMA INFO Lebih 100 Jenis Produk KEPUASAN SEKS SUAMI ISTERI
di www.kedaifirdaus.com

Call/whatsapp/telegram 016-4650338
Reply With Quote
  #5  
Old 24-01-2019, 09:21 AM
TXT TXT is offline
CG Super Hardcore

TXT's Avatar

 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2010
Location: miLan - KT - OT - KL
Posts: 252,762
Thanks (Received): 4885
Likes (Received): 3588
Blog Entries: 48
Active Level
My Mood:
Default

Molek la gitu
Bules beli time muroh
__________________
Reply With Quote
  #6  
Old 24-01-2019, 09:32 AM
soyabean84 soyabean84 is offline
Active Plus

soyabean84's Avatar
 
Trader Rating: (12)
Join Date: Mar 2009
Posts: 3,234
Thanks (Received): 14
Likes (Received): 61
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by Niyang View Post
pelik ek... nape rege emas berubah mengikut negeri... arituh x silap kt N9 murah... ape emas ni dorang korek kt negeri masing2 ke?
Biasa nya faktor upah tuan. Harga emas sama, mgkn dkt sini upah org yang bentuk emas tu murah dibandingkan tempat lain.
Reply With Quote
  #7  
Old 24-01-2019, 09:35 AM
Niyang Niyang is offline
CG Top Poster Club

Niyang's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2009
Posts: 39,780
Thanks (Received): 72
Likes (Received): 743
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by soyabean84 View Post
Biasa nya faktor upah tuan. Harga emas sama, mgkn dkt sini upah org yang bentuk emas tu murah dibandingkan tempat lain.
oooo.... tq for info...
__________________
"Jika inginkan tempat di sisi Matahari, bersedialah utk terbakar"

"Kita memerlukan kegelapan untuk melihat Bintang"
Reply With Quote
  #8  
Old 24-01-2019, 09:41 AM
Duan82 Duan82 is offline
Super Active

 
Trader Rating: (3)
Join Date: Dec 2011
Posts: 5,560
Thanks (Received): 127
Likes (Received): 496
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by Niyang View Post
pelik ek... nape rege emas berubah mengikut negeri... arituh x silap kt N9 murah... ape emas ni dorang korek kt negeri masing2 ke?
meh saya terangkan kat tuan, pertamya harga emas tidak ditentukan oleh kerajaan, tapi ia ditentukan oleh persatuan emas negeri, atau persatuan pekedai2 emas negeri. Jawapan bila tanya mudah ajer, mcm di poh kong, saya tanya, kenapa harga tak sama? Ia jawab kerana kos, sewa kedai, gaji pekerja, jadi kami tak boleh turunkan mcm kedai lain, ia diselaraskan peringkat negeri.

Tapi bila harga naik, laju ajer dia buat naik, cuma bab turun, ia mcm maintain harga lama.
Cuma ia maklum, harga kami encik boleh buat perbandingan, cth emas berat sama,
kedai
A : Harga emas + upah =
B : Harga emas + upah =

ada kedai tinggikan harga emas, rendahkan harga upah. ada tu, rendahkan harga emas, tinggikan harga upah. Bab ini pembeli kena bijak
Reply With Quote
Likes Niyang, gmxemail liked this post
  #9  
Old 24-01-2019, 10:03 AM
no trade no trade is offline
Super Active

no trade's Avatar
 
Trader Rating: (12)
Join Date: May 2008
Posts: 7,830
Thanks (Received): 11
Likes (Received): 137
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

member aku cakap kedai dekat senawang pun murah jugak, murah sebab kedai tu tak join dengan persatuan, so harga blh bagi rendah sedikit.
__________________
"Kita bangsa dan umat yang punya satu Tuhan, satu Nabi, satu Kitab, satu Qiblat; mengapa kita tidak boleh jadi satu bersatu dan berpadu menjadi Satu Umat."

Sedapnya Pelam Kocak
NyuMmmm
Reply With Quote
  #10  
Old 24-01-2019, 10:20 AM
jagajaga jagajaga is offline
Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jul 2009
Posts: 1,297
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 48
Active Level
Default

Kat kelantan, terengganu kedai emas dah jadi macam pasar
Hari2 org kluar masuk macam beli ayam, sayur
Tp kat KL ni, jarang2 nampak org masuk kedai emas
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump