Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > ENTERTAINMENTS, HOBBIES, INTERESTS > Sports > Misc Sports

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #161  
Old 13-04-2019, 07:47 PM
TXT TXT is offline
CG Super Hardcore

TXT's Avatar

 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2010
Location: miLan - KT - OT - KL
Posts: 252,664
Thanks (Received): 4885
Likes (Received): 3585
Blog Entries: 48
Active Level
My Mood:
Default



PELARI pecut negara, Russel Alexander Nasir Taib

Quote:
Russel teruja hadapi Doha


KUALA LUMPUR: Pelari pecut negara, Russel Alexander Nasir Taib sudah bersedia fizikal dan mental untuk mencabar jaguh rantau Asia di Kejohanan Olahraga Asia Doha, Qatar yang dijadual pada 21 hingga 24 April ini.

Russel mengakui tumpuannya ketika ini adalah untuk kembali segar sepenuhnya selepas bersaing dalam dua kejohanan besar iaitu Kejohanan Trek Klasik Queensland dan Kejohanan Olahraga Grand Prix Terbuka Malaysia, baru-baru ini.

"Saya bersyukur kerana dipilih mewakili Malaysia dalam acara ini (200 meter). Adalah satu keistimewaan buat saya apabila dapat bersaing dengan pelari terbaik Asia di Doha nanti.

"Sasaran saya adalah untuk melakukan yang terbaik pada hari kejohanan selain mempercayai program latihan yang diberikan," kata Russel yang memiliki kepantasan 20.77 saat (s) dalam acara 200 meter (m).

"Musim ini juga saya menemui rentak baharu dan larian yang konsisten. Untuk itu, saya harap dapat menghasilkan masa yang lebih baik agar dapat memperbaiki catatan terbaik dan juga rekod kebangsaan.”

Russel yang juga pemegang rekod kebangsaan acara 200m adalah antara sembilan atlet terbaik yang dipertaruhkan Malaysia untuk beraksi pada Kejohanan Olahraga Asia nanti.


https://www.bharian.com.my/sukan/ola...ja-hadapi-doha
__________________
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #162  
Old 23-04-2019, 06:54 PM
TXT TXT is offline
CG Super Hardcore

TXT's Avatar

 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2010
Location: miLan - KT - OT - KL
Posts: 252,664
Thanks (Received): 4885
Likes (Received): 3585
Blog Entries: 48
Active Level
My Mood:
Default



Syed Saddiq menegaskan hari ini, tumpuan kementerian kini ialah kepada memastikan atlet muda negara, khususnya dalam sukan pecut, menyerlah di peringkat Olimpik. Astro AWANI/HASIMI MUHAMAD

Quote:
'Usain Bolt Malaysia' akan dihantar ke luar negara - Syed Saddiq


PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan bahawa atlet pecut muda negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi atau 'Usain Bolt Malaysia' tidak hanya akan menjadi jaguh kampung.

Menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya telah mengarahkan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) untuk mencari peluang termasuk menghantar Muhammad Azeem menyertai program latihan di peringkat antarabangsa.

“Usain Bolt Malaysia ini sangat berbakat saya telah mengarahkan pihak MSN dan ISN untuk memberikan bantuan secukupnya untuk melatih beliau bukan sahaja untuk bawah 14 dan 15 tahun, tetapi untuk tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang.

“Kalau ada program-program profesional, kita akan minta MSN dan ISN (pertimbangkan), seperti program podium yang boleh diserapkan, kita akan serapkan lebih awal. Kalau ada program latihan luar negara, kita akan hantar beliau,” katanya pada sidang media di KBS, di sini, hari ini.
Ahli Parlimen Muar itu menegaskan, tumpuan kementerian kini ialah kepada memastikan atlet muda negara, khususnya dalam sukan pecut, menyerlah di peringkat Olimpik.

“Kita ada Khairul Hafiz Jantan (pelari pecut negara) tetapi kita perlu melatih mereka lebih, khususnya golongan muda, supaya mereka dapat melangkah ke hadapan lebih cepat.

“Kita akan melatih beliau (Muhammad Azeem) sebaik mungkin,” katanya.

Terdahulu, Muhammad Azeem, 15 tahun, mencuri tumpuan netizen termasuk Syed Saddiq selepas remaja itu menyertai acara 100m di Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2019 (MSSM).

Larian anak muda itu disifatkan sebagai “The Flash” kerana begitu pantas sehingga meninggalkan jauh pelari-pelari lain.

Beliau berjaya memenangi kejohanan tersebut dengan mencatatkan larian 10.63 saat (s).

Pada Mac lalu, Muhammad Azeem turut memecahkan dua rekod temasya pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara 2019 di Kompleks Sukan Ilagan di Bandar Ilagan, Filipina.

Selain Muhammad Azeem, bakat muda yang perlu diberi tumpuan oleh kementerian terbabit adalah atlet kelahiran Sarawak, Jonah Chang Rigan meleburkan rekod acara lontar peluru pada kejohanan yang sama.


http://www.astroawani.com/berita-suk...-saddiq-205695
__________________
Reply With Quote
  #163  
Old 23-04-2019, 06:56 PM
TXT TXT is offline
CG Super Hardcore

TXT's Avatar

 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2010
Location: miLan - KT - OT - KL
Posts: 252,664
Thanks (Received): 4885
Likes (Received): 3585
Blog Entries: 48
Active Level
My Mood:
Default



Sebelum ini, Muhammad Azeem memecahkan dua rekod temasya pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara 2019 di Kompleks Sukan Ilagan di Bandar Ilagan, Filipina pada 3 Mac lalu. - facebook / ERA (Malaysia)

Quote:
Macam 'The Flash': Remaja 15 tahun ini bakal jadi Usain Bolt Malaysia?


LARIAN seorang pelajar yang menyertai acara 100m di Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2019 (MSSM) menjadi bualan hangat para netizen di laman Facebook.

Menerusi video yang dimuat naik Team Malaysia di laman Facebook, larian remaja yang baru sahaja berusia 15 tahun, Muhammad Azeem Mohd Fahmi cukup pantas meninggalkan peserta yang lain.

Atlet muda yang berasal Perak itu berjaya mencatatkan larian 10.63 saat (s).

Komen Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi entri di akaun Twitter peribadinya pula berharap bakat Muhammad Azeem dapat digilap dan tidak dibazirkan.

“Beliau Usain Bolt Malaysia. Majlis Sukan Negara Malaysia dan Institut Sukan Negara Malaysia perlu pastikan bakat beliau tidak dibazirkan,” katanya di laman Twitter.

Nama atlet muda tersebut sebenarnya tidak asing lagi di dunia pecut.

Sebelum ini, beliau memecahkan dua rekod temasya pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara 2019 di Kompleks Sukan Ilagan di Bandar Ilagan, Filipina pada 3 Mac lalu.

Digelar "Putera Pecut" ASEAN, beliau meraih pingat emas acara 100 meter (m) dengan mencatat rekod baharu kejohanan iaitu 10.63s sekali gus merupakan catatan terbaharu rekod kebangsaan di bawah 15 tahun.


http://www.astroawani.com/berita-suk...alaysia-205624
__________________
Reply With Quote
  #164  
Old 25-04-2019, 11:58 AM
TXT TXT is offline
CG Super Hardcore

TXT's Avatar

 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2010
Location: miLan - KT - OT - KL
Posts: 252,664
Thanks (Received): 4885
Likes (Received): 3585
Blog Entries: 48
Active Level
My Mood:
Default TeamMAS


Quote:
Atlet Lompat Tinggi Negara Lee Hup Wei berjaya menduduki tempat keempat dengan lompatan 2.26m sementara @Navraj40 keenam dengan 2.23m di Asian Athletics Championship 2019 Doha Qatar

#AsianAthleticsChampionship2019
#TeamMAS
#TeamKBS
__________________
Reply With Quote
  #165  
Old 08-05-2019, 02:08 PM
TXT TXT is offline
CG Super Hardcore

TXT's Avatar

 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2010
Location: miLan - KT - OT - KL
Posts: 252,664
Thanks (Received): 4885
Likes (Received): 3585
Blog Entries: 48
Active Level
My Mood:
Default



GAMBAR fail, Zaidatul Husniah Zulkifli ketika beraksi dalam acara 100M wanita peringkat saringan di Cararra Stadium sempena Sukan Komanwel 2018. - Foto Yazit Razali

Quote:
Berat badan Husniah bertambah


KUALA LUMPUR: Ketika atlet lain sudah mula bertanding dan mendapatkan catatan masa dalam acara masing-masing, berbeza pula Zaidatul Husniah Zulkifli yang gigih berjuang menambah jisim tubuh.

Husniah yang kini menjalani latihan di luar negara bersama rakan senegara, Jonathan Nyepa dan jurulatih, M Balamurugan, dilaporkan sudah mencapai peningkatan berat badan sekali gus memberi petanda positif untuk peningkatan prestasinya.

Jika pada tahun sebelum ini, berat badan ratu pecut itu dikatakan hanyalah sekitar 41 kilogram (kg), kini berat badan Husniah sudah meningkat kepada 44kg.

"Jurulatih serta pakar pemakanan di sini sedang bekerja untuk meningkatkan biomekanik Husniah dan berat badan dia sudah bertambah kepada 44kg.

"Kalau tahun lalu, berat badan Husniah hanyalah 41kg. Kita sasarkan untuk dapatkan 45kg dan kini berat badan Husniah sudah capai 44kg," kata jurulatih negara, Balamurugan kepada BH Sukan ketika dihubungi.

"Saya harap pada bulan puasa ini, berat badan Husniah tidak turun kerana puasa di sini agak lama.

Sebelum ini media tempatan melaporkan Jonathan dan Zaidatul Husniah berpeluang mengikuti latihan selama 10 bulan di Winners Circle Athetics di Atlanta, Amerika Syarikat (AS), atas tajaan syarikat penjana kuasa bebas (IPP) Edra Power Holdings Sdn Bhd.

Mereka tiba di AS pada 27 Februari lalu dan dijangka menamatkan latihan pada Oktober ini.

Mengulas lanjut, Balamurugan menjelaskan Husniah dijadual mula bertanding dalam acara 100 meter (m) dan 200m dalam satu kejohanan di Jamaica pada 8 Jun ini.


https://www.bharian.com.my/sukan/ola...niah-bertambah
__________________
Reply With Quote
  #166  
Old 09-05-2019, 02:11 PM
TXT TXT is offline
CG Super Hardcore

TXT's Avatar

 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2010
Location: miLan - KT - OT - KL
Posts: 252,664
Thanks (Received): 4885
Likes (Received): 3585
Blog Entries: 48
Active Level
My Mood:
Default



MUHAMAMD Azeem Mohd Fahmi. - Foto Effendy Rashid

Quote:
'Azeem Bolt' perlu pendedahan di luar negara


KUALA LUMPUR: Jangan biarkan Muhammad Azeem Mohd Fahmi terperuk dan diperam hingga menjadi ‘pekasam’ dalam negara jika mahu dirinya setanding dengan juara remaja dunia dari Indonesia, Lalu Muhammad Zohri.

Itu saranan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa yang menegaskan pelari berusia 15 tahun itu perlu mendapat pendedahan di luar negara supaya bakatnya lebih berkembang.

Sadek berkata, pelan jangka pendek membabitkan masa selama 36 bulan perlu dirangka sehingga atlet yang digelar ‘Azeem Bolt’ itu layak menyertai kejohanan bertaraf dunia.

“Walaupun Azeem diserap ke Bukit Jalil, dia tetap perlu diberikan pendedahan berkala di luar negara seperti Amerika Syarikat (AS) atau Eropah. Dia tak boleh terperuk di Malaysia.

“Paling baik di England ke rana di sana sudah melahirkan pelari pecut remaja selain ekosistem latihan olahraga di sana adalah fleksibel, dapat me nyesuaikan antara atlet olahraga dan sistem pembelajaran,” kata Sadek mengulas mengenai kepentingan menghantar Azeem ke luar negara.

Menurutnya, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) perlu merangka pelan jangka masa dalam tempoh tiga tahun bagi memastikan dia bergelar juara remaja dunia seperti Lalu.

Teknologi terkini “Kita perlu mengambil contoh Lalu apabila dia menang gelaran dunia pada usia 18 tahun. Lalu sendiri pun pernah menjalani latihan di AS sebelum bergelar juara remaja dunia,” tambahnya.

Sadek bagaimanapun bersetuju dengan segala perancangan buat Azeem perlu dilakukan selepas selesai Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), atau bermula tahun hadapan jika mahu mencapai kejayaan seperti Lalu pada usia muda.

“Latihan di luar negara turut membolehkan Azeem menerima teknologi terkini, pemulihan kecederaan, me nguasai bahasa Inggeris dan menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi seperti jaguh basikal Azizulhasni Awang,” katanya.

Sebelum ini BH Sukan melaporkan Malaysia kini mempunyai permata paling bernilai apabila Azeem diiktiraf sebagai remaja terpantas di dunia untuk peringkat umur bawah 16 tahun (B16) dalam acara 200 meter (m) selepas melakukan catatan masa 21.24 saat pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Johor baru-baru ini.

Justeru, Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail mengumumkan pihaknya sudah menyerapkan Azeem ke dalam skuad pelapis kebangsaan, kelmarin.


https://www.bharian.com.my/sukan/ola...di-luar-negara
__________________
Reply With Quote
  #167  
Old 10-05-2019, 12:59 PM
TXT TXT is offline
CG Super Hardcore

TXT's Avatar

 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2010
Location: miLan - KT - OT - KL
Posts: 252,664
Thanks (Received): 4885
Likes (Received): 3585
Blog Entries: 48
Active Level
My Mood:
Default Team Malaysia

https://twitter.com/TeamMsia/status/1126707870156742656

Quote:
⏰ 13.68s
🆕 Rekod baru 110m lari berpagar MSSM.

Selepas @_azeemf membuat kejutan di Kejohanan Olahraga MSSM, seorang lagi atlet muda dari Sarawak (15 Tahun), Elvin Yap Zhi Xian turut menampilkan larian cemerlang. Jauh dia tinggalkan semua tu. 😮#KamiTeamMalaysia

Elvin juga berjaya memenangi pingat Emas 🥇 acara lari berpagar 200m & turut memecahkan rekod kejohanan (23.83s). Another gem! 💎Harap dia dapat dipantau untuk berpeluang mewakili #MAS 🇲🇾 satu hari nanti! #KamiTeamMalaysia
__________________
Reply With Quote
  #168  
Old 14-05-2019, 01:18 PM
TXT TXT is offline
CG Super Hardcore

TXT's Avatar

 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2010
Location: miLan - KT - OT - KL
Posts: 252,664
Thanks (Received): 4885
Likes (Received): 3585
Blog Entries: 48
Active Level
My Mood:
Default Team Malaysia


Quote:
Green light! ✅

Ayah (kanan) kepada pelapis pelari pecut negara membenarkan anaknya, @_azeemf berlatih di USA 🇺🇸 selepas tamat peperiksaan SPM. Ada 3 tahun lagi, kena sabar & teruskan berlatih ya. Dalam masa sama kena score dengan study dulu. 😎 #AzeemTheFlash #KamiTeamMalaysia

Kalau nak tahu, @_azeemf tersenarai dalam 20 atlet olahraga negara yang layak ke #2019SEAGames bagi acara 200m. Terbaik, Azeem. Tak sabar nak tengok dia jadi pencabar baru di peringkat ASEAN! 💪🏻 #AzeemTheFlash #KamiTeamMalaysia
__________________
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump