Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > ENTERTAINMENTS, HOBBIES, INTERESTS > Sports > Misc Sports

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #111  
Old 24-05-2019, 03:04 PM
TXT TXT is offline
CG Super Hardcore

TXT's Avatar

 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2010
Location: miLan - KT - OT - KL
Posts: 252,762
Thanks (Received): 4885
Likes (Received): 3588
Blog Entries: 48
Active Level
My Mood:
Default



TIGER Woods. - Foto AFP

Quote:
Woods sah ke Memorial sebelum Terbuka AS


LOS ANGELES: Tiger Woods mengesahkan penyertaannya di Kejuaraan Memorial pada minggu hadapan tatkala dia berhasrat mencari rentak prestasinya menjelang Terbuka Amerika Syarikat bulan depan, kata penganjur.

Woods yang merangkul gelaran ke-15 major di Masters bulan lalu, berdepan prestasi turun naik dan kembali merosot apabila tewas pada pusingan awal Kejuaraan PGA Amerika Syarikat.

Kejohanan di Bethpage Black adalah kejohanan kompetitif pertama buat Woods sejak kejayaan penuh emosi di Augusta – gelaran major pertamanya dalam tempoh 11 tahun – dan pemain Amerika Syarikat itu berkata beliau tidak cukup menjalani latihan sebelum ke kejohanan terbabit.

“Saya rasa tidak bagus dan tak boleh melakukannya. Tetapi rehat lebih bagus, jadi saya mempunyai tenaga untuk bermain,” katanya.

Bagaimanapun beliau yakin akan akan memperoleh prestasi terbaiknya semula.

“Tidak ada alasan mengapa saya tak boleh bangkit dan mengejar semula serta melakukannya,” katanya.

“Saya perlu merasakan lebih baik dahulu sebelum ia terjadi. Kami akan lakukan itu dahulu kemudian kembali bangkit.”

Woods berkata Kejuaraan Memorial di Dublin Ohio itu dimasukkan dalam jadualnya sebelum menyertai lebih banyak pertandingan sebelum Terbuka AS, yang akan diadakan antara 13-16 Jun di Pebble Beach di California.

Pemain berumur 43 tahun itu bakal membuat penampilan ke-17 dalam kejohanan jemputan oleh legenda golf, Jack Nicklaus di Muirfield Village Golf Club. – AFP


https://www.bharian.com.my/sukan/lai...ebelum-terbuka
__________________
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #112  
Old Today, 11:40 AM
TXT TXT is offline
CG Super Hardcore

TXT's Avatar

 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2010
Location: miLan - KT - OT - KL
Posts: 252,762
Thanks (Received): 4885
Likes (Received): 3588
Blog Entries: 48
Active Level
My Mood:
Default


Quote:
Woodland mahu menang lagi


GARY Woodland kembali ke jelajah PGA Amerika Syarikat (AS) minggu ini selepas memenangi Terbuka AS di Pebble Beach, untuk cuba merungkai realiti baru selepas kejuaraan pertama dimenanginya.

Pemain golf Amerika berusia 35 tahun tampil di Rocket Mortgage Classic, acara baru di Kelab Golf Detroit, awal pagi ini, bersama rakan senegara Brandt Snedeker dan Keith Mitchell.

“Sangat bagus untuk kembali semula di sini minggu ini, bagus untuk kembali semula di lapangan, kembali dengan rutin,” kata Woodland. “Saya menarik untuk kembali semula beraksi di sini.”

Woodland melakukan 13 dibawah par 271 melebihi 72 lubang di Pebble Beach untuk mengalahkan juara bertahan Brooks Koepka dengan tiga pukulan.

Selepas rehat hujung minggu yang panjang di mana dia merai hari lahir kedua anak lelakinya dan kembali semula menjalani pusingan latihan untuk mengisi tempoh rehatnya.

“Ia lebih kepada tumpuan saya kepada diri sendiri, termasuk fokus pada membuat pukulan dalam permainan golf,” kata Woodland.

Woodland, ranking ke-12, masih mempunyai banyak kejohanan yang akan disertai tahun ini, termasuk Terbuka British bulan depan, aksi play off PGA AS dan kelayakan untuk pasukan AS dalam misi mempertahankan Piala Presiden hujung tahun ini.

“Masih banyak perlu dilakukan,” kata Woodland. “Menjadi juara di kejohanan utama adalah sangat hebat, namun saya masih cuba untuk mencatat kemenangan lagi, masih cuba untuk yang lebih baik.”

Woodland, yang membuat kemunculan di PGA pada 2009 namun terpaksa berehat panjang berikutan kecederaan bahu, dia sudah memenangi empat kejuaraan jelajah sepanjang karier termasuk Kejuaraan Transitions 2011, Terbuka Reno-Tahoe 2013 dan Terbuka Phoenix tahun lalu.


https://www.hmetro.com.my/arena/2019...hu-menang-lagi
__________________
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump