Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 16-04-2018, 04:17 PM
oldtbone oldtbone is offline
Legendary Member

oldtbone's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: May 2012
Location: Lubuk Belida
Posts: 11,786
Thanks (Received): 7
Likes (Received): 2400
Active Level
My Mood:
Default Saintis Malaysia terajui kajian lemak, toksik pada jantung






LONDON: Saintis Malaysia yang berpangkalan di Universiti Oxford, Dr Masliza Mahmod, menerajui kajian perintis bagi mengurangkan lemak berlebihan dan toksik pada jantung, dikenali sebagai cardiac steatosis.

Menerusi penggunaan dadah pemecah lemak, Dr Masliza berkata, pasukannya menerima peruntukkan STG290,000 (RM1.6 juta) daripada Yayasan Jantung British (BHF) bagi menjalankan kajian perintis berkenaan selama enam bulan dalam meningkatkan kualiti rawatan untuk penghidap aortic stenosis.

"Aortic stenosis adalah keadaan apabila bukaan injap salur jantung mengecil sehingga menyebabkan aliran darah tersekat. Ini menyebabkan otot jantung terpaksa mengembang dan mengecut lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan.

"Sekatan salur jantung yang teruk boleh mencetuskan beberapa petanda awal seperti sakit dada, sukar bernafas dan pengsan, selain berupaya menyebabkan jantung gagal berfungsi.

"Kajian terdahulu menunjukkan penghidap aortic stenosis mempunyai lemak terkumpul berlebihan di otot jantung atau lebih dikenali sebagai cardiac steatosis. Ia toksik kepada otot jantung dan berupaya merencatkan fungsi jantung," katanya.

Kajian membabitkan 60 penyelidik dari beberapa hospital di Oxford berkenaan akan meneliti sama ada fibrate, iaitu dadah yang biasa digunakan untuk merawat kandungan lemak berlebihan dalam darah, berupaya mengurangkan lemak berlebihan di jantung dan meningkatkan fungsinya.

Dr Masliza yang juga pensyarah di Pusat Penyelidikan Resonans Magnetik Klinikal Oxford (OCMR), berkata beberapa pesakit akan diberikan rawatan menggunakan fibrate atau placebo secara rawak.

Katanya, pemeriksaan MRI akan digunakan bagi mengukur lemak tepu di otot jantung dan fungsinya, selain melaksanakan penilaian kesihatan sebelum dan selepas enam bulan pesakit diberikan rawatan.

"Hasil kajian ini akan membantu kita merangka pelan pada masa depan untuk mengenal pasti sama ada dadah jenis fibrate boleh meningkatkan kesihatan penghidap aortic stenosis.

"Jika kita boleh buktikan bahawa dadah ini berkesan dalam meningkatkan kemampuan jantung mengepam darah ke seluruh badan selepas menghidap aortic stenosis, doktor boleh membantu menangani penyakit berkenaan menerusi pemberian ubat berkaitan.

"Kajian ini adalah langkah pertama untuk menentukan sama ada dadah yang biasa digunakan untuk merawat kandungan lemak berlebihan dalam darah berupaya meningkatkan fungsi hati bagi pesakit aortic stenosis," katanya.

Bermastautin di United Kingdom sejak 2001, Dr Masliza menjelaskan, kajian terdahulunya membawa kepada penemuan masalah pengumpulan lemak berlebihan dalam otot jantung pesakit aortic stenosis.

Sehubungan itu, katanya, kajian terperinci perlu dilaksana menggunakan geran daripada BHF supaya pakar perubatan boleh memahami secara lanjut mengenai penyakit berkenaan.

"Permohonan kajian berkenaan dinilai oleh barisan panel luar yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini. Kita mendapat kelulusan kerana ia kajian saintifik baharu dan mempunyai kepentingan terhadap penyelidikan dan klinikal," katanya.









sumber: https://www.bharian.com.my/berita/na...k-pada-jantung









.
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 16-04-2018, 04:19 PM
dausbiz dausbiz is offline
CG Top Poster Club

dausbiz's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Apr 2015
Location: www.rahsiafirdaus.com
Posts: 43,951
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 1116
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

kejayaan saintis Malaysia

torbaik
__________________


PERCUMA RAHSIA Kenikmatan SEKS SUAMI ISTERI
di www.rahsiafirdaus.com

Call/whatsapp/telegram 016-4650338
Reply With Quote
  #3  
Old 16-04-2018, 04:27 PM
jaih jaih is offline
Super Active

jaih's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Jan 2006
Location: KB-Kuantan
Posts: 8,992
Thanks (Received): 25
Likes (Received): 85
Active Level
My Mood:
Default

fuh depa punya kajii.....
balik malaysia...minum jus dah bulih cuci salur darah..cuci buah pinggang..

pening paler geng2 pakar kita nak story kat rakyat malaysia nih..
__________________
~~~~~Tanah Serendah Sekebun Bunga~~~~~
N7100
ROM Standard Pekak

Trading History
Reply With Quote
  #4  
Old 16-04-2018, 05:19 PM
C_Kenek C_Kenek is offline
Active Plus

C_Kenek's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Feb 2008
Posts: 4,997
Thanks (Received): 8
Likes (Received): 38
Active Level
My Mood:
Default

kita apa kurang minum kopi pak ....... keluaran tempatan dah tentu sembuh dan sihat sejahtera bahagia ke akhir hayat cuma rekrut ahli baru je wat sakit jantung balik
Reply With Quote
  #5  
Old 16-04-2018, 05:55 PM
johanariff johanariff is offline
Permanently Banned - Multiple Accounts

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2018
Posts: 583
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 22
Active Level
Default

Nanti ada yg kata jus lega pun dah cukup
Reply With Quote
  #6  
Old 16-04-2018, 05:59 PM
syamsoulcc syamsoulcc is offline
Super Active

syamsoulcc's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2014
Posts: 6,487
Thanks (Received): 20
Likes (Received): 1201
Active Level
My Mood:
Default

"tipu je semua kajian barat ni,,,kajian barat ni nak hancurkan umat Islam.."

ni bukan aku kata..
ni semua kata2 otak freemason..

hmmmmmmmmmmm
__________________
"Segala apa di bumi ini, Allah punya, jadi tak perlu kita kedekut dan tamak"
"Nak cari kerja, mesti kerja yang ada life" ~~=> "pale lutut dia, mana ada kerja yg ada LIFE skarang, semua kerja mcm robot skrg, so cari la kerja yang kamu minat! itu yg penting"
Reply With Quote
  #7  
Old 16-04-2018, 09:03 PM
safuans safuans is offline
Regular

safuans's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2009
Posts: 944
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 99
Active Level
Default

Aku selalu kena masa belajar dulu. macam ada benda tersumbat kat jantung. time kena tu tak boleh tarik napas macam biasa sebab sakit. kena tahan napas dan tarik sikit je.. pastu hembus sikit.. kena sabar, lama kelamaan elok sendiri. pernah kena kat kedai makan dulu, terpaksa berdiri lama-lama kat tempat lauk tu dok tahan napas.

tapi alhamdulillah sekarang elok dah
Reply With Quote
  #8  
Old 16-04-2018, 09:18 PM
akudotcom akudotcom is offline
Active Member

akudotcom's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2007
Posts: 2,436
Thanks (Received): 18
Likes (Received): 572
Active Level
My Mood:
Default

Kalu mkn sampah, apa2 paip pun sumbat
__________________
AKU NAMPAK APA YG ENGKAU NAMPAK

takkan tu pun korang tak nampak..byk tgk tv nie..elok la jd jaga..huhuh
Reply With Quote
Likes lats840, syamsoulcc liked this post
  #9  
Old 16-04-2018, 09:23 PM
safuans safuans is offline
Regular

safuans's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2009
Posts: 944
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 99
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by akudotcom View Post
Kalu mkn sampah, apa2 paip pun sumbat
jangan lancang sangat. benda ni tak boleh dijangka..kalau nak kena, kena juga. sapa-sapa pun boleh kena.
Reply With Quote
Likes syamsoulcc liked this post
  #10  
Old 16-04-2018, 10:01 PM
akudotcom akudotcom is offline
Active Member

akudotcom's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2007
Posts: 2,436
Thanks (Received): 18
Likes (Received): 572
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by safuans View Post
jangan lancang sangat. benda ni tak boleh dijangka..kalau nak kena, kena juga. sapa-sapa pun boleh kena.
Memang betul pun

Takkan nak mkn sampah
Expect bole baik dgn magic pil plak
__________________
AKU NAMPAK APA YG ENGKAU NAMPAK

takkan tu pun korang tak nampak..byk tgk tv nie..elok la jd jaga..huhuh
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump